SeLaMaT DaTang Ke Blog Aini Qirana

Terima kasih semua sebab follow blog Aini. Terima kasih juga sebab baca e-novel yang tak seberapa ini. Lepas baca tu...sila-silalah tinggalkan komen.

Thursday, March 03, 2011

Saat Cinta Bersemi 5


Anita yang baru keluar dari bilik air terus menghenyak punggungnya ke atas tilam empuk Ain. Tangannya masih ligat mengelap rambutnya yang basah. Keadaan menjadi hening seketika. Dia hanya memerhatikan Ain yang sedang membuka almari pakaian dan membelek satu persatu baju yang terdapat di dalam almari itu. Tidak tahu baju yang mana satu harus di pakai. Ain sendiri binggung dengan dirinya sendiri. Kenapa dia perlu mencari baju yang sesuai sedangkan dia bukannya hendak pergi ke mana-mana. Apa susah pakai jelah t-shirt dengan trousers habis cerita. Ain menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal. Hati Ain membisikkan seperti ada sesuatu yang malang akan berlaku.


“ Ain , kau cari apa tu. Kenapa kau tak tukar baju lagi,” Anita memberanikan dirinya bersuara.

“ Kau nampak tak aku buat apa ni...,” Jawab Ain dengan nada yang kasar.

“ Aku salah cakap ke...,”

“ Aku tak cakap salah pun...,” Ain memusing badannya memandang Anita yang tersengih macam kerang busuk sambil mencekak pinggangnya. 

“ Kau nak cakap apa sebenarnya...,” Ain menarik kerusi bergerak ke arah katil dan duduk berhadapan dengan Anita. Ain meletakkan kakinya di birai katil. Duduk dalam posisi santai.

“ Firstly..aku nak minta maaflah kalau pertanyaan aku ini akan menyebabkan kau terasa, tersinggung dan apa-apalah perasaan yang sewaktu dengannya...,”

“ Aku nak tanya... lelaki tadi tu siapa dan tadi aku dengar dia cakap pasal cincin kahwin...siapa nak kahwin..,”

“ Anita, sebenarnya lelaki tadi tu adalah bakal menantu abah dan ibu aku, nama dia Syed Harith Mirza. Dan cincin kahwin tu of courselah untuk bakal isteri dia..,’


Anita mengaru-garu rambutnya. Ada sedikit kekeliruan dalam dirinya.“ Ain...setahu akulah kan kakak dan abang kau kan dah kahwin. Siapa lagi anak abah kau..,”

“ Wei, Anita kenapalah kau ni lambat sangat nak pick up. Kalau kakak dan abang aku dah kahwin, maknanya akulah satu-satu anak Encik Azman dan Puan salmah yang masih bujang...ada faham kah..aiyooo,” balas Ain sambil menepuk dahi. Punyalah susah nak bagi minah satu ni faham.

“ Dan cincin tu untuk kau,” sambung Anita dengan suara separuh menjerit.

“ Iya...iyalah..siapa lagi...takkan kau pulak. Tapikan kalau kau nak aku boleh rekomenkan...jadi settle masalah aku,”                 


Anita mengeleng-geleng kepalanya mendengar idea gila Ain itu. “ Ain Shauqiena dan Syed Harith Mirza...seorang cantik , seorang lagi tampan, segak....ehmm, padanlah tu..,” Balas Anita ambil membuat isyarat memdekatkan kedua-dua jari telunjuknya yang mengambarkan pasangan secocok.


“ Aduh...sakitlah Ain..,” Anita berpura-pura mengaduh kesakitan dan mengosok-gosok jarinya apabila Ain bertindak menjentik jarinya. Rasain lo.

“ Hah...best kan....,” Ain mengangkat ibu jarinya membuat isyarat thumbs up.

“ Kau ni sensitif sangatlah...orang gurau je..,”

“ Setahu aku kau tak de boyfriend tapi dari mana datangnya bakal suami kau ni..,”

“ Dia tu makhluk asing yang jatuh dari planet mana entah....kenapa, kau pun teringin dengan orang asing ke...nanti aku suruh dia kenalkan kau dengan makhluk asing yang lain..ok..,”

Bunyi ketukan pintu dari luar bilik membuatkan Ain dan Anita berpandangan sesama sendiri. Perbualan mereka juga turut melayang entah kemana-mana hala tujunya dek terkejut oleh ketukan bunyi pintu.

Ain memandang Anita sambil  membuat  isyarat mata menyuruh Anita membuka pintu. Ain sengaja tidak mahu membuka pintu. Dia tahu itu pasti ibunya. Dan dia juga tahu ia pasti berkaitan dengan mamat perasan bijak tu.

Ain menarik tangan Anita yang masih tidak berganjak dari atas tilam untuk berdiri. Anita dengan malas bergerak ke arah pintu. Dia menarik nafas panjang kemudian menghembusnya dengan perlahan sebelum memulas tombol pintu.

“ Kenapa lambat buka pintu,” Puan salmah menjengah ke dalam bilik.

“ Sorrylah, mak cik ganggu..tidur ke...,” sambungnya lagi apabila matanya menangkap sekujur tubuh Ain yang terbaring diatas katil dengan posisi badan yang membelakangkan pintu.  

“ Ha’ah...mak cik..,” jawab Anita sambil tersengih. Dia sendiri tidak tahu bila masa Ain baring di atas katil. Aduh...Ain...Ain...kau kalau nak mengelak, nombor satu, ada sahaja alasan atau lakonan kau. Tapi scene  yang ini aku tak tahu menahu pulak. Jadi tak dapek lah den nak nolong.

  Mak cik nak Anita bangunkan Ain ke...,”

“ Ehmm...boleh juga...kalau dah bangun bagitahu kat dia...Mirza ada kat bawah tunggu dia. Kesian Mirza, dah lama dia tunggu Ain kat bawah. Mirza kata dia tak ada cuti jadi kena pergi beli cincin hari ini juga..,” Ujar Puan Salmah sengaja menekan suaranya apabila menuturkan ayat yang ketiga. Dia tahu Ain sengaja buat-buat tidur. Ain...Ain kau dah lupa , aku ini ibu kau.

Anita perlahan-lahan menutup daun pintu bilik sebaik sahaja Puan salmah beredar. “ Nampaknya lakonan kau tak menjadilah beb...,”

Ain segera bangun dari pembaringannya. Mukanya monyok. Dia tiada pilihan melainkan keluar dengan Syed Harith Mirza. Pantas dia membuka dan mengeluarkan baju dari dalam almari dan bersiap dengan pantas. Ain memerhati penampilannya di depan cermin. Setelah berpuas hati barulah dia sedia untuk keluar.

 Kau ok ke,” tanya Anita apabila melihat wajah muram Ain.

 Tak...aku tak ok...tak okkk...tahu tak...argghh...geram aku dibuatnya...,”

 Rilekslah beb...jangan di ikut hati yang marah, nanti merana badan,”

 Kau ni kalau bab madah-madah nombor satu ek...,”

 Entah ubat apalah agaknya  dia bagi dengan ibu dan  abah sampai mereka pun termakan pujuk rayu dia...,”

 Itu bukan ubat Cik Ain tapi itulah ayat-ayat power untuk menambat hati mertua...kau pun kena belajar dengan dia..,”

“ Tak kuasa aku...dahlah...tak payah cakap pasal dia. Anita...kau tidur sini tak malam ni ...,’ tanya Ain kepada Anita yang berdiri di sisi cermin dan masih memandangnya  tanpa berkelip mata.


 Aku kalu boleh , aku nak ...but mama tak sihatlah...sorry Ain..maybe next time...ok...,” jawab Anita dengan mimik muka sedih.

“ O.k, jangan lah buat muka macam tu...aku fahamlah...kau ni ingat aku ni macam makhluk kat bawah tu suka paksa-paksa orang ....,” balas Ain seraya memeluk bahu kawan baiknya itu.

“ Yang pasti makhluk tu handsome weii..mana nak cari...” Ain membuat aksi nak muntah apabila mendengar pujian Anita terhadap Syed Harith Mirza itu,

 Kau dah siap ke..aku  nak balik dah ni...,” beritahu Anita.


 Ok...jom turun sekali dengan aku..,”



Syed Harith Mirza yang melihat Ain turun hanya memandang dengan renungan yang penuh makna dan sukar ditafsir. Namun begitu ada senyuman di bibir itu. Dan Ain tahu benar dengan makna senyuman itu. Apa lagi kalau bukan senyuman mengejek kerana berjaya membuat Ain mengikutnya keluar walaupun dalam keadaan paksa rela. Ain yang menyedari cuba berbuat selamba dan cuba memaniskan wajah di hadapan kedua orang tuanya.


“ Mak cik, kami pergi dulu ya..,” Tiada jawapan dari mulut Puan salmah dan Encik Azman hanya anggukan sebagai tanda memberi keizinan untuk mereka keluar.


Ain bersalam dengan kedua orang tuanya, diikuti oleh Anita dan Syed Harith Mirza.  Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke garaj kereta.

“ Ok...Ain, bye...apa-apa hal nanti call aku ok...,” ucap Anita kepada Ain sebaik sahaja Ain mahu menaiki kereta BMW milik Syed Harith Mirza itu.

“ Ok...bye...,” lemah sungguh suara Ain kedengaran. Inilah jadinya kalau Ain dipaksa melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Seandainya Ain punya pilihan, pasti sekarang dia tidak perlu menghadap muka musuhnya itu.

Anita memandang kereta BMW itu bergerak sambil melambai tangan sehingga kereta BMW itu hilang dari pandangan. Kemudian dia segera menaiki keretanya dan berlalu meninggalkan kediaman itu bersama tabir senja yang melabuhkan tirainya. Dalam hati Anita berdoa agar Ain dan Syed Harith Mirza akan berbaik-baik demi kebahagian dan kesejahteraan rumahtangga yang bakal dibina.

________________________________________________


Sepanjang perjalanan, masing-masing diam membisu seribu bahasa. Ain dengan wajah yang muram lebih suka membuang pandang ke luar tingkap kereta. Manakala Syed Harith Mirza pula lebih menumpukan perhatian kepada  pemanduannya. Tergambar kepuasan di wajah itu. Demi untuk melihat Ain mengalah dan setuju untuk keluar dengannya dia sanggup menunggu dengan sabar berjam-jam lamanya. Berkat kesabaran itu dia berjaya dalam misinya.

“ Ok...sampai..,” ucap Syed Harith Mirza sebaik sahaja kereta BMW itu parkir di depan sebuah shopping complex
.
“ Tuan puteri tak nak turun ke...,”

Ain yang terkejut cepat-cepat turun dari kereta.” Ingat aku hairan nak duduk lama-lama dalam kereta ni,” omel Ain dengan suara separuh berbisik.

“ Awak cakap saya ek..,”

Ain mengangkat bahunya dan berjalan mendahului Syed Harith Mirza masuk ke dalam shopping complex itu. Syed Harirh Mirza membuntuti Ain. Kalau tadi dia berpuas hati sebab berjaya membuat Ain keluar tapi sekarang dia perlu bersabar dengan karenah Ain. Ternyata gadis ini memang sukar untuk di tafsir apatah lagi untuk dikawal.


Ain berjalan tanpa mempedulikan kehadiran Syed Harith Mirza di sisinya. Dia buat seolah-olah dia berjalan sendirian. Mata Ain begitu asyik memandang setiap deretan kedai yang terdapat di dalam shopping complex itu. Kakinya terhenti dan berundur ke belakang semula apabila matanya dapat menangkap sesuatu yang menarik perhatiannya.  Mata Ain tidak berkelip saat terpandang anak patung yang terdapat dalam kedai itu. Ada berbagai patung karakter kartun dalam kedai tersebut. Laju Ain menghayun langkah kakinya memasuki kedai itu. Rasa tak puas kalau sekadar memandang tanpa memegang dan mengomol patung kegemaran Ain. Syed Harith Mirza hanya memerhatikan telatah Ain. Tak sangka Ain Shauqiena yang garang mengalahkan singa betina itu rupa-rupanya ada juga sikap keanak-anakan.


“ Sudah-dudahlah tu Cik Ain oii...kalau berkenan, beli jelah,”

Ain yang terkejut dengan suara Syed Harith Mirza itu, menjadi kaku, tangannya segera meletak semula anak patung yang di peluknya  di atas rak. Mukanya merah, malu.  Ain berdehem beberapa kali cuba menutup perasaan malunya saat itu sebelum berlalu meninggalkan Syed Harith MIrza jauh di belakang. “Isk...macam manalah aku boleh lupa aku keluar dengan dia. Tak pasal-pasal malu aku di buatnya,” Ain memarahi diri sendiri.

Syed Harith Mirza tersenyum sendiri. Dia mempercepatkan langkahnya mengejar Ain. Mereka berjalan beriringan. Masing-masing buat tak tahu.

Langkah mereka berhenti apabila sampai di sebuah kedai barang kemas. Mereka berdua memasuki kedai itu. Kedengaran Syed Harith Mirza bertanyakan sesuatu kepada pekerja di kedai itu. Ain tidak mengambil pusing sebaliknya dia leka menatap satu persatu barang kemas yang di pamerkan di dalam meja pameran berkaca. Beberapa minit kemudian kelihatan seorang wanita cina keluar dari pintu belakang kedai itu dan bergerak mendekati mereka. Wanita itu berumur dalam lingkungan 40an.


“ Encik Milza, apa khaba?” ucap wanita cina itu sambil tersenyum manis memandang Syed Harith Mirza.

“ Baik, Madam Khoo....bisnes, apa macam...ada ok kah?”

“ Bolehlah...sekalang ah kami ada itu promotion ah...ramai  olang datang ini kedai ma,”

“ Owh...itu macam ah...baguslah itu.Madam Khoo, itu hari ah saya mama ada suruh simpan barang ah,”

“ Ada-ada...you tunggu sikijap ah...saya panggil saya punya pekelja mari angkat itu barang kemas..,” Syed Harith Mirza hanya mengangguk kepalanya.

“ Encik Mirza kata nak beli cincin kan tapi tadi saya dengar auntie dah tempah...,” ada nada tidak puashati pada suara Ain. Adakah Syed Hrith Mirza telah menipu Ain.

“ Memanglah kita datang nak beli...kenapa, ada orang nak bagi free ke..,”

“ Tapi saya dengar tadi...,”belumpun sempat Ain menghabiskan kata-katanya, Syed Harith Mirza segera memintas kata-kata Ain.

“ Cik Ain, memanglah mama tempah tapi dia tempah untuk simpan sahaja supaya design yang terbaru dan terkini tu tak habis orang beli. Maklumlah sayangkan bakal menantukannn...,”

“ Ada faham tak Cik Ain..,” sambung Syed Harith Mirza sambil matanya merenung mata Ain. Mereka bertatapan seketika. Sepertinya ada alur elektrik yang memancar dari sinar mata mereka berdua.

“ Iya..faham..,” jawab Ain. Segera dia melarikan pandangan ke sudut lain di dalam kedai barang kemas itu. Rasa bersalah menyelubungi hati Ain kerana beranggapan yang tidak baik terhadap Syed Harih Mirza.


“ Encik...cik..,” suara pekerja di kedai itu membuatkan kedua-duanya terkejut dan menoleh serentak. Jarak duduk mereka yang dekat menyebabkan dahi  mereka terhantuk sesama sendiri. “ Ouch....aduh sakitlah...,” Ain menggosok-gosok dahinya. Begitu juga Syed Harith Mirza tapi dia cuba berbuat selamba, walaupun terasa sakit dia cuba untuk tidak menunjukkan reaksi itu di depan Ain, lebih-lebih lagi pekerja kedai itu menyaksikan kejadian itu.

“ Cik Ain ...ok kah..,” Syed Harith Mirza menolak tubuhnya agar lebih dekat dengan Ain. Pantas tangannya  membelek dahi bakal isterinya itu. Ain  yang terkejut dengan tingkah Syed Harith Mirza itu cuba menepis tangan Syed Harith Mirza tapi sayang tangannya lelaki itu lebih kuat dari jangkaan Ain. Sudahnya dia hanya mendiamkan diri. Perlahan-lahan jari Syed Harith Mirza mengelus lembut dahi Ain kemudian meniupnya lembut dengan tujuan melegakan bahagian itu. Ain terkesima dengan aksi tak terduga Syed Harith Mirza itu. Lidahnya kelu untuk berkata-kata, kalau sebelum ini lidahnya laju sahaja menuturkan kata-kata yang berbaur sindiran ataupun ayat-ayat yang menimbulkan kemarahan tapi kenapa kini dia tidak bisa berbuat demikian. Apakah sebabnya...

“ Dah ok dah ni...balik nanti tuam dengan ais ok...,”

Ain mengangguk perlahan. Muka Ain jadi panas menahan malu. Hari ini sahaja sudah dua kali Ain terkena dengan Syed Harith Mirza. Pasti dia suka dan ketawakan aku dalam hati..eiihh...geramnya. Bisik Ain dalam hati.

“Ehemm...,” pekerja itu berdehem sebelum meletakkan beberapa jenis corak cincin yang telah di tempah oleh Puan Sri Zawiyah di atas meja. “ Ini cincinnya encik..cik...,”

“ Ah...ok, terima kasih...sorrylah tadi ada selingan sekejap...,” balas Syed Harith Mirza.

“ Tak apa...kami dah biasa dengan situasi macam ni...cik tengoklah mana yang berkenan...ok. Kalau ada apa-apa, nanti panggil ya...,” ujar pekerja itu kemudian dia berlalu meninggal pasangan itu untuk membuat pilihan mereka.

Mata Ain tak berkelip langsung saat terpandang cincin itu, ada lima jenis corak cincin kesemuanya dengan designnya yang berbeza-beza.. Ain membelek dan memcuba satu-persatu dan di jarinya. Hati Ain terpaut dengan keunikan salah satu dari lima jenis corak itu. Cincin yang bertatahkan sebutir permata dan diapit oleh dua butir permata yang kecil  amat memikat hati Ain. Berkali-kali dia mencuba cincin itu. Dia ingin meminta pendapat si bakal suami tapi sang hati melarangnya berbuat demikian. Malu kata sang hati.

Syed Harith Mirza yang melihat tingkah Ain hanya tersenyum. “ Cik Ain....rasanya cincin yang you try tu cantik...I suka...designnya lain dari yang lain.” Inilah kali pertama dia dapat melihat gadis itu dari jarak yang dekat.

Aiks dia ni macam tahu-tahu  je aku suka yang ni. “ Iya ke...Ain rasa biasa saja...tapi kalau Encik Mirza berkenan, kita beli yang ni jelah...,”

“ Betul ke biasa...I tengok dah lima, enam kali juga cincin tu keluar masuk jari awak. Tak apa you pilihlah yang lain, I boleh tunggu,”

“ Ehmmm....Ain ikut je pilihan Encik Mirza tu...,” Ain akhirnya memilih cincin yang menambat hatinya itu, lebih-lebih lagi pilihannya itu mendapat pujian dari Syed Harith Mirza. Ada kuntuman senyum terukir di bibir mungil itu.

“ Miss...,” Ain memanggil jurujual tadi dan menyuruhnya membungkus cincin yang telah dipilih.

Ain memanjangkan lehernya mencari kelibat Syed Harith Mirza yang hilang entah ke mana. Pekerja tadi yang menyedari perbuatan Ain  segera mendekatinya. “ Cik cari lelaki tadi ya, dia ada kat bahagian gelang tangan...kat sebelah sana,” Ain mengucapkan terima kasih dan berjalan mengikut arah yang ditunjukkan oleh jurujual itu.

Perlahan Ain bergerak mendekati Syed Harith Mirza yang sedang leka memilih gelang tangan. “ Nak beli gelang tangan ka..,” tanya Ain lembut. Dia pun ikut serta membelek beberapa gelang tangan yang di pilih oleh Syed Harith Mirza.

“ Ah..ha, boleh tolong pilihkan tak..,”

“ Boleh...no problem...first saya kena tahu Encik Mirza nak beli gelang untuk siapa...,”

“ Untuk someone yang special...sangat...sangat special...” Entah kenapa tiba-tiba hati Ain berdegup laju saat mendengar kata-kata Syed Harith Mirza itu. Tiba-tiba tangkai hatinya jadi sakit. Sakit sangat...Ain sendiri tidak pasti apa yang terjadi kepada dirinya sendiri.

“ Saya tahu...your special girlfriendkan...umur dia berapa...,” Ain cuba berlagak selamba. Tenanglah wahai hati jangan cepat melatah nanti dia perasan. Aku tidak mahu itu terjadi. Nanti parah jadinya.

“ Kenapa pulak nak tanya umur segala....,”

“ Iyalah...faktor umur penting kalau kita nak bagi hadiah, lebih-lebih lagi barang kemas tau...takkan nak bagi dia gelang tangan untuk mak cik-makcik kot...tak pasal-pasal Encik Mirza kena sembur dengan dia...,” Ikhlaskah aku menolong dia pilihkan gelang tangan untuk special girlfriend dia tu. Kenapa ada satu perasaan aneh menyelinap ke ruang hati ku ini. Cemburu kah aku. Kenapa aku harus cemburu pada dia. Siapa dia pada aku.... Tidak...tidak..aku tak boleh ada perasaan itu. Ain cuba mengusir jauh perasaan itu.

 Umur dia dalam lingkungan umur Cik Ainlah rasanya...,”

“ Kalau macam tu...pilih yang ni...designnya ringkas dan cantik sesuai dengan gadis umur 20an keatas...,” Ain menunjukkan gelang tangan yang dipilihnya kepada Syed Harith Mirza.

“ Ehmm, cantik..pandai juga Cik Ain pilih, Ok...kalau macam tu saya pilih yang ini ...tolong bungkus sekali dengan cincin tadi...saya bayar dengan kad kredit ya..,”Syed Harith Mirza menghulur gelang tangan dan kad kredit  kepada jurujual.

“ Encik, ini barang kemas yang encik beli...,” jurujual itu menghulurkan barang yang dibeli kepada Syed Harith Mirza berserta kad kredit yang digunakan untuk membuat pembayaran.” Terima kasih kerana datang ke kedai ini, sila datang lagi.”

Beberapa minit kemudian wanita cina yang menyambut mereka semasa sampai tadi keluar dari pintu belakang kedai barang kemas itu.

“ Sudah mau balik ah Encik Milza...telima kasih sebab mari saya punya kedai. Next time you mari lagi ah..,”

“ Iyalah Madam Khoo, sudah shopping baliklah..lain kali saya mari lagi... service kat kedai ni banyak bagus.., pekelja semua ramah-tamah..no wonderlah mama saya suka mari sini. Ok madam saya pergi dulu...thank you very much,bye..” Ain hanya mendengar sahaja Syed Harith Mirza yang bercakap dengan pemilik kedai barang kemas. Setelah memberi ucapan terima kasih kepada Madam Khoo, mereka pun keluar dari kedai barang kemas itu.

“ Ok...memandangkan urusan kita dah selesai..bolehlah kita pergi makan...,” ajak Syed Harith Mirza sambil tangannya mengosok-gosok perutnya yang sedang  lapar.

“ Ain tak laparlah...,”

“ Lah tak lapar ke...perut saya dah berkeroncong dah ni...tak apalah...kita baliklah kalau macam tu...,”

Ain tahu Syed Harith Mirza tidak berpuas hati. Sebenarnya Ain sendiri lapar tapi entah kenapa moodnya tiba-tiba berubah. Adakah kerana gelang tangan itu...adakah Ain sedang memasuki fasa perasaan tanpa disedarinya...ahh...kenapalah kau  jadi macam ni. Kesian dia tau, lapar...tak boleh kah kalau kau  berkompromi dengan dia..dahlah dia sanggup tunggu kau  lama...maklumlah perempuan kalau shoppingkan...tengok dia dah merajuk dah..puaslah hati kau sekarang..sang akal mula memanupulasi tuannya. Tiba-tiba Ain di hambat rasa bersalah sangat.

Ain mengejar Syed Harith Mirza yang sudahpun berjalan mendahuluinya.“ Encik Mirza...tunggulah Ain...janganlah jalan laju-laju...Ain tak boleh kejar tau,” Ain mendapatkan Syed Harith  Mirza yang bergerak laju meninggalkannya di belakang. Merajuk sangatkah dia...sampai aku panggil pun dia tak hiraukan. Ahh..lelaki ini sering membuat aku rasa serba salah. Gerutu Ain dalam hati.

Ain tercunggap-cunggap apabila sampai di tempat Syed Harith Mirza duduk. Ain terus melabuhkan punggungnya  di sebelah Syed Harith Mirza.” Kata lapar , tapi Ain tengok ok je, boleh pulak jalan laju mengalahkan ERL, tak macam orang yang lapar pun.”

“ Encik Mirza boleh tak kita pergi food court, Ain lapar lah. Segala lemak tepu, lemak tak tepu dah terbakar dah, gara-gara kejar Encik Mirzalah ni,” sambung Ain lagi. Kali ini Ain pulak yang menggosok perutnya.

“ Aiks...tadi cakap lain sekarang cakap lain pula. Pelik...pelik..mood Cik Ain dah elok ek...,” usik Syed Harith Mirza.

“ Apa Encik Mirza cakap ni...mood saya ok lah...,” Ain menidakkan usikan Syed Harith Mirza.

“ Iya ke...kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu..tapi saya tahu kenapa mood Cik Ain tak elok tadi. Cik Ain...jea...jea...jealouskan... pasal ge....,”

“ Kalau nak makan jomlah...jangan sampai Ain ubah fikiran ok...,” Ain jadi benggang bila Syed Harith Mirza terus-terusan mengusiknya. Pantas dia memintas kata-kata lelaki itu. Dia malu sebenarnya kalau Syed Harith Mirza tahu akan sebab  perubahannya mendadak moodnya tadi.

“ Jomlah, susah nanti kalau tuan puteri mengamuk. Tapi, betulkan...,” Syed Harith Masih mengasak Ain supaya mengaku. Bibirnya mengukir senyuman nakal.

“ Apa yang betul...tak ada maknanya..jangan perasan ok..,”

Niat Ain untuk bergerak terbantut apabila tangan Syed Harith Mirza dengan pantas menarik lengan  Ain.“ Tak nak mengaku sudah...tapi sekurang-kurangnya saya tahu ada respon positif dari orang diiii...,”Syed Harith Mirza mengerak-gerakkan jari telunjuknya kemudian berhenti tepat di wajah  Ain”...sana...,”

Ain mendengus kecil “ Malaslah nak layan orang yang tak betul ni..,” Ain mula mengatur langkah meninggalkan Syed Harith Mirza yang masih dengan dramanya.

“ Iya...orang yang tak betul nilah juga kahwin dengan Cik Ain tau...Cik Ain nak pergi mana tu, food court kat sebelah sinilah ,” laung Syed Harith Mirza. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang mereka.

Ain berpusing semula dan menarik tangan Syed Harith Mirza agar mengikutnya.” Buat malu je..,” omel Ain. Walaupun  dengan nada yang berbisik tapi masih boleh di tangkap oleh pendengaran Syed Harith Mirza. Ada senyuman yang terukir dibibir lelaki itu. Semesti senyuman yang punya maksud tersirat.