SeLaMaT DaTang Ke Blog Aini Qirana

Terima kasih semua sebab follow blog Aini. Terima kasih juga sebab baca e-novel yang tak seberapa ini. Lepas baca tu...sila-silalah tinggalkan komen.

Thursday, May 26, 2011

Saat Cinta Bersemi 6 & 7

 Masa yang berlalu terasa pantas sekali. Pejam celik pejam celik , hanya tinggal dua minggu saja   lagi Ain dan Syed Harith Mirza  akan melangkah ke gerbang perkahwinan. Kedua-dua keluarga bakal pengantin sibuk menguruskan segala macam keperluan untuk majlis yang bakal berlangsung. Yang pasti walaupun sibuk dan penat, mereka gembira , al-maklumlah masing-masing nak sambut menantu.
 
Keluarga pihak pengantin perempuan telah bersetuju untuk menguruskan majlis akad nikah yang akan diadakan di rumah Encik Azman, manakala pihak pengantin lelaki pulak akan memguruskan majlis resepsi yang akan diadakan di hotel.  Segala kelengkapan perkahwinan dari hantaran hinggalah ke persalinan pengantin diuruskan olen Puan Sri Zawiyah, memandangkan dia mempunyai ramai kenalan dalam bidang andaman dan fesyen. Puan Sri Zawiyah mahu anak dan menantunya mengenakan busana  pengantin yang cantik pada majlis itu nanti.

 
Jam dinding menunjukkan jam 9.30 pagi. Rumah teres dua tingkat itu terasa sunyi. Kedua ibubapa Ain telah pun  bertolak pergi ke kampung awal pagi lagi. Ain berbaring  malas diatas katil sambil matanya memandang kosong siling. Entah kenapa semakin nak dekat hari bersejarah ni, hati aku semacam  je. Eh..bukan semacam tapi bermacam-macam ragam, aku gembira bila umi dan abah gembira, kiranya keputusan yang aku buat tu betullah, tapi bagi diri aku ..entahlah ..aku gembira bila nak mengakhiri zaman anak dara..sebab lepas  ni tak perlu lagi nak menjawab soalan-soalan cepu emas dari mereka-mereka yang suka nak menyibuk tak tentu pasal...kiranya ada kebaikan jugak.

Cuma aku rasa stress sangat bila nak memikirkan insan yang akan bergelar suamiku...sebab dia tu orang yang aku benciiiii sangat, sebab perangai dan sikap dia selalu di luar jangkaan dan menyakitkan hati. Tapi paling aku tak tahan sikapnya yang suka mengarah dan membuli.

Tapi itu bukan alasan  yang kukuh untuk Ain menolak perkahwinan itu. Pernah sekali Ain menyuarakan  tentang sikap Mirza terhadap dirinya semasa mereka kecil kepada ibu. Tapi menurut ibu, budak-budak masa kecil memang macam tu,  nakal, tapi bila dah besar perwatakan dan sikap akan berubah jadi lebih matang. Berkaitan cinta dan perasaan pulak, ibu cakap cinta boleh dipupuk selepas kahwin.

Aku , Mirza, pupuk cinta...uwekkk...nak keluar semua isi perut Ain dengar kata-kata ibu itu. Memandangkan ibu yang berkata-kata, terpaksalah aku jadi burung belatuk, mengangguk dan mengiyakan setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibuku yang tersayang tanpa sebarang bantahan. Ain bermonolog dalam hati.

Tutt...tutt..tutt....bunyi nada dering pesanan ringkas dari handphone mengejutkan Ain. Dia segera bingkas dan  mencapai handphone yang diletakkan di atas meja solek.

   Mama suruh datang rumah, tengok baju pengantin, orang butik datang, kejap lagi saya jemput Cik Ain kat rumah, ok...

Ain mencebik selepas baca sms yang baru diterima dari Syed Harith Mirza. Pantas tangannya menekan keypad handphone membalas sms itu.

Tak payah susah-susah  Encik Mirza, saya boleh  naik cab.

Beberapa  saat kemudian,

Ok...tapi kalau mama tanya ,Cik Ain pandai-pandailah jawab, k

Eleh...guna nama auntie pulak...

Ok...:)

Ain tersenyum puas. Mesti Syed Mirza tak puas hati dengan dia. Belum apa-apa lagi dah tunjuk kuasa veto. Ingat aku hairan sangat. Iya ke...aku tak hairan...sekarang bolehlah nak mengelat tapi bila dah kawin nanti, ehmm...faham sendirilah. Getus hati Ain.

Ain segera menelefon syarikat teksi untuk tempahan, kemudian menyiapkan  diri. Ain mengenakan seluar jean dan blaus labuh bercorak. Ain meneliti penampilannya di depan cermin, rambutnya yang ikal di biarkan lepas. Setelah berpuas hati dia segera mencapai beg tangan dan bergerak ke luar rumah untuk menunggu teksi.

Sebaik sahaja mendengar bunyi hon, Ain berlari-lari anak menuju ke arah teksi. Dia segera masuk ke dalam perut kenderaan itu.

Jarak di antara rumah Ain dan rumah Syed Harith Mirza bukanlah jauh sangat. Ain hanya perlu melalui beberapa taman perumahan untuk sampai ke rumah bakal suaminya itu.

Ain segera membayar tambang sebaik sahaja teksi yang di naikinya  berhenti betul-betul di depan sebuah rumah banglo.

Dari jauh Ain dapat melihat susuk tubuh seorang hamba Allah yang amat di kenalinya sedang berdiri sambil mencekak pinggang di hadapan pintu rumah banglo itu.

“Aiks..kenapa dengan mamat perasan bijak  ni, macam tak puas hati je ,” Bisik Ain di dalam hati.

Ain menghayunkan langkahnya memasuki kawasan rumah. Matanya melilau ke kiri dan kanan persekitaran rumah banglo dua tingkat itu. Ada perasaan kagum menyelinap ke dasar hati Ain tatkala melihat tatarias landskap di sekitar kawasan rumah itu. Walaupun Ain pernah bertandang ke rumah itu sebelum ini. Tapi disebabkan faktor waktu , Ain tidak sempat untuk menghayati keindahan taman itu.” Iyalah...datang waktu malam...macammanalah aku nak menghayati pemandangan yang indah ini,” Bisik Ain dalam hati.


Ain bersalam dengan Puan Sri Zawiyah. “ Auntie..apa khabar. Sorry Ain lambat..teksi lambat tadi.”

“ Tak apa...orang dari butik tu pun baru sahaja sampai...jom masuk ,” 

Ain dan Puan Sri Zawiyah beriringan masuk ke dalam rumah. Syed Harith Mirza hanya memandang Ain dan mamanya  berlalu. Dia membuntuti langkah mereka masuk ke dalam rumah. Ohh...mentang-mentanglah bakal menantu dah datang...anak sendiri dah dilupakan.


Kelihatan dua orang pekerja dari butik yang dipilih oleh Puan Sri zawiyah sedang leka meneliti setiap baju yang mereka bawa di ruang tamu banglo itu. Perlahan-lahan Ain dan Puan Sri Zawiyah serta Syed Harith Mirza berjalan menghampiri mereka.

“ Sally, ini...,” Belumpun sempat Puan Sri Zawiyah menghabiskan ayatnya, terlebih dahulu mereka dikejutkan dengan aksi melatah pekerja butik yang bernama sally itu.

“ Oh...opocot mak engkau..jatuh....eh...apa aku cakap ni..maaf Puan Sri ...melatah pulak saya...,” ucap Sally sambil menekup mulutnya.

Puan Sri Zawiyah tersenyum memandang Sally. “ Tak apa...saya tak sepatutnya kejutkan Sally.”

“ Kenalkan ini anak saya Syed Harith Mirza dan bakal menantu saya Ain,” sambungnya lagi sambil memeluk bahu Ain.


“ Owh..inilah bakal raja sehari kita...,” balas Sally sambil matanya tak berkelip-kelip memandang wajah Ain. Betapa dia sendiri teruja dengan kecantikan semulajadi bakal menantu Puan Sri Zawiyah itu.

“ Sally...you ada bawa tak baju yang saya tempah hari itu,” tanya Puan Sri Zawiyah

“ Ada Puan Sri..semuanya tiga pasang. Satu pasang baju nikah dan dua pasang lagi untuk majlis resepsi kan,”

Puan Sri Zawiyah mengangguk mengiyakan kata-kata Sally itu. “ Kalau macam itu...boleh suruh mereka cuba baju tu...manalah tahukan ada sedikit pembetulan,” arah Puan Sri Zawiyah kepada Sally sebelum dia beredar ke ruang dapur.

“ Baiklah Puan Sri,” pantas Sally mengarahkan pembantunya menghulurkan baju pengantin itu kepada kedua-dua bakal raja sehari.



Beberapa minit kemudian Puan Sri Zawiyah muncul dari arah dapur bersama pembantu rumahnya yang menatang dulang minuman untuk dihidangkan kepada tetamu.

“ Sally, ajak pembantu you tu minum,” Puan Sri Zawiyah mempelawa Sally dan pembantunya minum sebaik sahaja dulang minuman diletakkan di atas meja.

“ Susah-susah je Puan Sri,”

“ Ish...tak adalah..,”

“ Ain..kenapa tercegat kat sini...tak nak try ke baju pengantin kamu tu,” tanya Puan Sri Zawiyah apabila melihat Ain yang masih berdiri seperti patung cendana itu.

Ain tersengih memandang wajah Puan Sri Zawiyah.” Haa...nak...nak tapi salin kat sini ke...Ain malu,” muka Ain jadi merah mungkin tidak dapat membayangkan kalaulah dia terpaksa salin baju di depan orang lain. Tak pernah dibuatnya.

Jawapan Ain di sambut dengan ketawa oleh Puan Sri Zawiyah, baru dia sedar keadaan mereka ketika itu. Dia bergerak
 ke ruang dapur kemudian keluar semula bersama pembantu rumahnya.

“ Ain..kamu ikut mak Biah. Nanti dia tunjukkan bilik untuk kamu salin baju,”

“ Thanks..auntie..,”

Hanya anggukan dan senyuman  yang menyambut ucapan itu. Mata Puan Sri Zawiyah masih memandang lenggang-lenggok Ain bersama mak Biah memanjat naik ke tingkat atas  hinggalah hilang di balik tangga.

“ Puan Sri jangan renung lama-lama hilang nanti seri menantu,” usik Sally. Dia perasan pandangan Puan Sri Zawiyah tidak berhenti  dari terus merenung wajah Ain.


“ Ish...Sally..pandai je...sejak bila pulak seri menantu hilang kalau mak mertua pandang..kamu ni ada-ada saja,” Puan Sri Zawiyah terkejut apabila sedar ada orang lain yang melihat tingkahnya itu.


“ Tapikan Puan Sri...saya pun mula-mula Puan Sri kenalkan tadikan tak berkelip juga mata saya dibuatnya..,” ujar Sally sebaik sahaja dia dan pembantunya duduk berhadapan Puan Sri Zawiyah. 


Sally mencapai dan menghirup minuman yang dihidangkan perlahan-lahan. Hilang rasa haus tekaknya.“ Lega rasanya dapat minuman sejuk ni, Puan Sri..,”

“ Puan Sri saya nak tanyalah kan...bakal menantu Puan Sri tu, mak bapak dia keturunan orang padang pasir ke,” sambung Sally lagi.

“ Kenapa tanya macam tu..,” Puan Sri Zawiyah hairan dengan pertanyaan Sally.

“ Saya lihat dia tak ubah seperti gadis-gadis Arablah Puan Sri, mata dia yang lentik, hidung yang mancung... ,”

“ Tak adalah Sally, mak bapak dia orang melayu. Mereka kenalan lama kami. Dari hubungan kenalan itu kami kukuhkan lagi ikatan itu dengan jalinan kekeluargaan. Itu yang kami jodohkan mereka berdua,”

“ Owh...macam tu, diorang tak membantah ke,”

“ Mirza, pada mu.....,” Puan Sri zawiyah tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila terpandang Ain yang turun dengan baju pengantin yang tersarung di badannya menuju kearah mereka.


“ Auntie Baju ni macam ketat sangatlah...susah Ain nak bernafas,” Ain memberitahu bakal ibu mertuanya.

“ Boleh tak kalau...longgarkan sikit..boleh tak,” Ain berharap sangat agar wanita bernama Sally itu setuju. Selain susah bernafas, Ain sebenarnya kurang selesa dengan baju itu kerana terlalu ketat.

“ Of course boleh, kami di butik sentiasa mengutamakan keselesaan pelanggan.”

“ Iya ke, baiknya...thank you Cik Sally.”

“ Baju yang lain macam mana ok ke..,”

“ Yang lain ok no problem ... Ain naik tukar baju dulu ya...,” ucap Ain sambil mengangkat ibu jarinya.

Ain segera memanjat tangga naik ke bilik. Baru saja tangannya  memulas tombol pintu kedengaran suara sumbang yang singgah  menyapa gegendang telinganya.

“ Wah...Cik Ain pakai kebaya nampak...macam tak percaya pulak...,” tegur Syed Harith Mirza sambil mengosok matanya.

Isk...mulut dia ni tak pernahlah kalau tak diam, benci tau.” Pembetulan ...ini bukan kebaya tapi baju kurung moden. Lagi satu.....kau ada masalah ke kalau aku pakai baju yang berfesyen sikit..,”

“ Of courselah tak ada masalah malah aku kagum setidak-tidaknya  nanti tak adalah orang cakap isteri aku ni  ketinggalan zaman.”

Ain mendengus geram. Cepat-cepat tangannya menolak pintu dan memboloskan diri ke dalam bilik , meninggalkan Syed Harith Mirza yang masih berdiri di depan pintu. Pasti lelaki itu menganggap Ain bersikap kurang ajar. Tapi kadangkala orang-orang  seperti ini tidak boleh di bagi muka sangat. Makin dilayan makin menjadi.

Syed Harith Mirza hanya memandang daun pintu tertutup rapat. Dia mengeleng kepala beberapa kali. Matanya masih ditalakan pada pintu bilik tetamu iu. Seperti biasa Syed Harith Mirza pasti ada saja idea untuk mengusik Ain. Dia tersenyum kemudian menyandarkan tubuhnya di dinding luar bilik tetamu itu.

Beberapa minit kemudian pintu bilik terkuak dari dalam bilik. Kelihatan Ain yang sudah pun siap menukar pakaian keluar dan menutup pintu bilik. Baru saja kakinya nak melangkah dia dikejutkan oleh satu suara yang menegurnya.

“ Cik Ain tukar baju ka , buat baju....” perli Syed Harith MIrza

Bagaikan terkena renjatan elektrik badan Ain jadi kaku seketika. Dia menoleh ke belakang sambil mencengkak pinggang.

“ Kalau saya ada sakit jantung dah lama saya mati tahu tak..,”

“ Sebab saya tahu Cik Ain tak ada sakit jantunglah, saya buat..,”

“ Malas nak layan..,” Ain menuruni anak tangga perlahan- lahan. Meninggalkan Syed Harith Mirza dengan wajah yang tidak puas hati.

Belumpun sampai separuh anak tangga, pergerakan Ain terhenti apabila lengannya di paut dari belakang. Ain yang terkejut hampir-hampir terjatuh tapi tubuhnya sempat disambut oleh tangan sasa Syed Harith Mirza.

“ Cik Ain tak apa-apa...,”

Ain mengelengkan kepala. Dia terkesima dengan tingkah Syed Harith Mirza itu. Mereka bertatapan seketika. Hati Ain berdegup kencang saat mata bundar Syed Harith Mirza  terus menatap wajahnya. Ain tunduk malu. Selama ini dia tidak pernah begitu hampir dengan mana-mana lelaki tapi kenapa dengan Syed Harith Mirza dia jadi berani begitu. Inikah virus cinta yang sering diperkatakan oleh orang-orang di luar sana. Kalaulah benar ini bermakna Ain telahpun di jangkiti virus itu. Oh tidakkkkk.......doktor tolong Ainnnnnn.


Begitu Ain sedar akan keadaan mereka, dia segera berdiri dan berdehem beberapa kali. Pipinya merona merah, malu. Dia membetulkan pakaiannya yang sedikit kusut sambil melangkah turun ke tingkat bawah. Tuhan saja yang tahu perasaan Ain masa itu. Tapi Ain cuba kawal perasaannya ketika itu. Jangan sampai Syed Harith Mirza perasan. Kalau tak nanti ada saja modalnya untuk menyakat Ain. Dia tu bukannya boleh percaya.

Ain berjalan menghampiri Puan Sri Zawiyah yang sedang leka memerhatikan Cik Sally dan pembantunya menyimpan baju-baju pengantin yang dibawa, ke dalam kereta dari pintu utama banglo itu. Begitu mereka selesai, kedua-duanya melambai tangan, tanda mereka akan beredar. Puan Sri Zawiyah dan Ain mengangkat tangan membalas lambaian itu.


“ Auntie, Ain tak boleh lama ni, Ain dah janji dengan Anita...kitaorang nak keluar beli barang sikit,” Ain berdiri sambil tangan kanannya menyangkut beg di bahu .

“ Lah..., kejapnya ...kalau iya pun makan tengahari kat sinilah dulu,”

“ Tak apa auntie, lain kali ye. Ain dah janji dengan Anita, nak jumpa kat Sogo. Kesian dia, dari minggu lepas lagi dia ajak tapi Ain sibuk sebab tu Ain janji hari ni. Auntie tak kisahkan..,” Ain serba salah menolak pelawaan Puan Sri Zawiyah. Tapi kali ini Ain benar-benar terpaksa menolak pelawaan itu. Kesian dengan Anita. Sudah banyak kali dia merungut setiap kali Ain tiada masa untuk keluar dengannya. Jadi kali ini Ain mesti mengotakan janjinya.

“ Tak apa, Ain..auntie faham...,”

“ Terima kasih auntie...,” ucap Ain dengan senyuman terukir dibibir.

“ Macam mana Ain nak pergi... ?” soal Puan Sri Zawiyah.

“ Ain ambil teksi je auntie..,”

“ Isk...takkan Ain nak jalan sampai kat luar sana....,”

“ Tak pe auntie, Ain dah biasa. Lagipun nak keluar kat busstand tu bukannya jauh sangat pun. Nanti, Ain jalanlah perlahan-perlahan.”

“ Ain kamu tu anak dara, kamu jangan ingat malam saja ada bahaya. Sekarang ni siang hari pun macam-macam boleh terjadi.”   ternyata Puan Sri Zawiyah begitu perihatin dengan keselamatan bakal menantunya.

Mata Puan Sri Zawiyah beralih ke arah Syed Harith Mirza yang baru saja keluar dari  dapur sambil memegang  minuman tin di tangannya .

“ Mir, mari sini... mama nak minta tolong sikit..,” langkah Syed Harith Mirza untuk menapak ke tingkat atas terhenti apabila mamanya memanggil namanya. Dia berpaling dan berjalan ke ruang tamu. Dia mengambil posisi berdiri bersebelahan dengan Ain.

“ Ada apa ma...,”

“ Ni, mama nak minta Mir hantarkan Ain ke Sogo. Dia ada janji dengan kawannya, Anita. Mir, tak de buat apa-apakan..,”

“ Ehmm, Mir tengah tunggu kawan ma. Kitaorang nak keluar...,”

“ Alah, bukannya lama kejap je. Lepas hantar Ain , Mir pergilah terus jumpa kawan Mir tu. Mir call kawan Mir, suruh dia tunggu kat mana-mana, lepas hantar Ain, Mir  terus pergi sana. “

“ Tapi ma, arah yang Mir dengan kawan Mir nak pergi tu bertentangan dengan jalan ke Sogo, Ma. Nanti susah pulak nak pusing balik ke sana...,”

“ Apa pulak susahnya, kamu kan tahu jalan kat KL ni. Lainlah kalau kamu tu datang dari tempat lain.” suara Puan Sri Zawiyah kedengaran sedikit keras.

Ain mula rasa tidak sedap hati apabila mendengar dua-beranak ini bertikam lidah semata-mata kerana dirinya.” Auntie, tak payah susah-susah. Ain boleh pergi sendiri. Auntie jangan risau, ok..,” Ain cuba meredakan keadaan.

Ain segera menghulur tangan, bersalaman dengan Puan Sri Zawiyah. “ Auntie, Ain pergi dulu ye.”

Puan Sri Zawiyah mengangguk “ Hati-hati jalan Ain, auntie minta maaf  sebab tak dapat hantar Ain. Auntie rasa bersalah sebab auntie yang jemput Ain datang....”

“ Auntie, janganlah rasa macam tu. Ain memang dah plan nak naik teksi. Ok...auntie, Ain gerak dulu..,”

Puan Sri Zawiyah hanya menghantar  Ain dengan pandangan yang penuh dengan rasa bersalah. Kalaulah suaminya tidak ke luar kota dengan Pak Kassim. Pasti dia akan menyuruh pemandunya itu menghantar Ain. Tidaklah dia rasa bersalah seperti sekarang.