SeLaMaT DaTang Ke Blog Aini Qirana

Terima kasih semua sebab follow blog Aini. Terima kasih juga sebab baca e-novel yang tak seberapa ini. Lepas baca tu...sila-silalah tinggalkan komen.

Wednesday, June 24, 2015

Cinta Untuk Kamu bab 15


“Dah siap kemas barang ke.” tanya Mirza sebaik saja keluar dari tandas. Selepas jogging tadi Mirza terus mandi, tidak selesa dengan bau keringat yang melekat di badan.

Ain mengangguk lemah. Rasa sedih pulak bila memikirkan selepas ini dia akan tinggal dengan keluarga Mirza. Walaupun untuk sekejap kerana Mirza telah berjanji untuk tinggal di rumah sendiri tapi Ain tetap rasa sedih. Sedih bila memikirkan akan meninggalkan ibu dan ayah.

“Tak payahlah nak bawa baju banyak sangat. Kita bukannya tak balik sini. Lagipun kitakan nak duduk dengan keluarga dulu sebelum kita pindah kat rumah kita.”

“Kalau macam tu, Ain bawa sikit jelah.”

“Lepas majlis resepsi, kita duduk kat rumah parents saya dalam dua minggu. Lepas tu baru giliran rumah parents Ain.  Lepas tu, baru kita masuk rumah kita. Macam mana , ok tak...”

“Ok...sangat-sangat..”

“Good.”

“Bila dah duduk sendiri , kita balik tak rumah parents Ain.”

“ Mestilah balik. Bila Mr Mirza ada cuti kita baliklah, kalau Mr Mirza tak ada cuti, Mrs Mirza boleh datang sendiri jenguk ibu dengan abah. Lepas jenguk ibu dengan abah, jangan lupa jenguk mama dengan papa pulak.”

“Mestila jenguk mama dana papa, barulah fair and square.”

“Anyway...thanks sebab memahami perasaan saya.” mata Ain terus bersinar mendengar kata-kata perihatin dari Mirza. Betapa Mr Mirza begitu memahami situasinya di saat ini. Aik kenapa dengan aku ni, semakin hari semakin cair aku dibuatnya. Adakah ini tandanya ada aura cinta yang hadir dan menyelinap masuk ke dalam taman hatiku perlahan-lahan. Apa aku harus buat ni, haruslah aku menyambut huluran cinta itu atau pun memberi sedikit waktu agar aku bisa mengenali dan memahami dirinya.

“Alah...benda kecil je pun. Apa yang penting, Mrs Mirza tak adalah  sedih-sedih macam budak kecil lepas ni. Maklumlah anak emak.”

“Amboi, bukan main lagi kalau nak mengata orang ek.”

“Ain, budak kecil...,Ain, budak kecil...” Mirza menyakat isterinya sambil memukul kusyen kecil ke  atas kepala Ain berserta gelak jahat yang dibuat-buat.

“ Hish...Mr Mirrza nikan suka sangat nak gelakkan sayalah...bila masa awak ni nak belajar cakap serius...” balas Ain sambil mengelak dari kusyen yang sengaja di pukul di atas kepalanya. Dia meneruskan kerja mengemas beg pakaian mereka walaupun menjadi bahan usikan suaminya.

“Hah...belajar apa, cakap serius.. senang je, dengar ni..serius...serius...serius...tak ada perkataan lain lagi ke nak belajar...” Mirza tersenyum, geli hati dengan Ain yang selalu saja kalut setiap kali mereka berdua-duan.

“Ain mengetis lengan Mirza kerana tidak mahu berhenti menyakatnya.”

Mirza tidak memperdulikan Ain, malah dia semakin meneruskan usikannya.

Ain mengigit bibirnya, menahan geram. Sedang asyik melihat Mirza yang mentertawakannya, Ain mendapat idea. Ain merapatkan dirinya dengan Mirza dan mula mengeletek pinggang lelaki itu. Mirza yang terkejut tidak dapat mengelak. Akhirnya dia yang sendiri kegelian dan minta Ain berhenti mengeletek pinggangnya.

Ain tidak menghiraukan permintaan Mirza, sebaliknya Ain semakin ligat mengusik suaminya. Inilah namanya balasan. Tadi kenakan orang, sekarang rasakan.

Mirza jenuh menyuruh Ain berhenti akhirnya dia pantas menangkap tangan Ain. Ain yang terkejut, tergamam. Dia cuba menarik tangannya tapi genggaman tangan Mirza terlalu kuat. Mata Ain buntang apabila Mirza mendekatkan mukanya ke muka Ain.

Mirza dapat mendengar degupan jantung Ain yang berdenyut kencang. Jelas kelihatan bibir Ain yang merah dan mungil di ruang mata Mirza. Ain menutup mata rapat apabila Mirza semakin berani mendekatkan wajahnya. Mirza tersenyum melihat reaksi spontan Ain, muncul idea nakal dalam fikiran Mirza.

Ain masih menutup mata, dia tidak berani untuk melihat apa yang Mirza cuba lakukan. Ain memberanikan diri untuk mencuri pandang dan “cup...” sepantas kilat bibir Mirza mendarat di atas bibir Ain. Ain yang tergamam and terkejut tidak mampu untuk mengelak. Ain segera menutup bibirnya dan membuka mata perlahan-lahan. 

Kelihatan Mirza sedang berdiri berdepan dengannya. Ain berpaling dari memandang wajah Mirza. Wajahnya merona merah. Malu sangat-sangat.

“Mr Mirza..kenapa awak buat ..." pertanyaan Ain terbantut tatkala terpandang wajah Mirza yang mengukir senyuman nakal di depannya.

“Buat apa...,”

“Ehmm...tak ada apa-apalah...,”

Ain, saya tahu awak malu kalau kita duduk berdua-duaankan. Saya suka tengok gelagat malu-malu kucing awak tu.

“Dahlah tu jangan nak senyum kambing je...cepat tolong angkat beg ni.” Ain berlagak selamba. Berpura-pura seolah-olah babak romantis sebentar tadi tidak pernah berlaku. Dalam hati tuhan saja yang tahu. Suhu badan pun terus naik...rasa panas semacam je sekarang ni. Kejutan ni memang sangat -sangat mengejutkan. Tulah asyik nak tunggu kejutan konon sekarang kan dan terkejut beruk. Entah-entah beruk pun tak terkejut macam aku sekarang ni.
 “Aik...cepatnya berkemas.”

“Tulah...asyik ketawa je...tangan langsung tak bekerja.”

“Amboi, mulut...apa guna ada isteri...kalau suami kena kemas baju sendiri.”

“Baiklah..encik suami, lawan cakap dengan awak ni tak ada guna...bukannya boleh menang pun menambahkan sakit hati lagi ada.”

“Tahu tak apa.”

Beg sudah pun bertukar tangan. Ain membuntuti Mirza untuk berjumpa kedua orang tuanya. Mereka akan pergi terus ke hotel manakala ibu dan ayahnya akan menyusul kemudian. Majlis resepsi malam ini diurus sepenuhnya oleh mama Mirza.


“Hah...dah turun pun pengantin baru kita. Ingatkan tak nak keluar dari bilik tu.”Encik Azman mengusik anak gadis dan menantunya.

“Abah ni...ada-ada je, buat apa nak duduk lama-lama dalam bilik...bukannya ada apa-apa pun..,” balas Ain dengan wajah yang merona merah. Malulah tu.

“Iya ke...macam tak percaya je...”

“Hish, abang ni dahlah tu...kang merajuk anak awak tu, jenuh pulak nak pujuk.” pintas Puan Salmah. Tidak mahu suaminya terus-terusan mengusik anak dan menantunya.

“Duduklah, yang tercegat tu kenapa...kamu sarapan dulu baru gerak. Ops..ibu lupa..ada orang tu dah ada suami yang pandai memasak. Awal-awal lagi dah sediakan sarapankan abahnya.” sambung Puan Salmah.

Ain hanya tersenyum tanpa sebarang komen. Kedua-dua mereka menarik kerusi dan duduk. Ain melihat sarapan yang terhidang di atas meja sama dengan sarapan yang disediakan oleh Mr. Mirza, rajin pulak dia ni sediakan sarapan untuk semua orang.

“Ibu...abah...Mirza dengan Ain dah nak gerak ke hotel. Mama nak kami datang awal.”

“Nanti petang, saya hantar driver ambil ibu dengan abah.” sambung Mirza lagi.
“Hish..tak payah susah-susah Mirza, nanti abah drive sendiri.”

“Kalau abah dah cakap macam tu, tak apalah...kita jumpa kat hotel.”

“Iyalah.”

“Abah..kami gerak dululah.” Mirza bersalam dengan kedua ibubapa mertuanya kemudian diikuti oleh Ain.

“Hati-hati bawa kereta tu.” pesan Puan Salmah

“Baik ibu.” jawab Mirza.

Puan Salmah dan Encik Azman mengiringi anak dan menantunya dengan pandangan yang kosong dari mereka masuk ke dalam kereta sehinggalah kereta perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah. Hati ibubapa manalah yang tidak sedih mengenangkan anak akan mengikut suami dan hidup sendiri. Hanya doa yang mampu dititipkan buat bekalan mereka dalam menempuh alam rumah tangga, semoga mereka bertemu kebahagian hingga ke Jannah. Amin

Friday, March 20, 2015

Salam kepada semua pembaca Saat Cinta Bersemi, untuk pengetahuan semua judul Saat Cinta Bersemi akan bertukar kepada Cinta Untuk Kamu. Ini disebabkan oleh tajuk sebelum ini merupakan judul sebuah buku yang berada di pasaran. Mohon maaf kerana berlaku persamaan tajuk. Sebelum guna tajuk baru , Aini dah google kat internet, tak ada lagi tajuk yang sama. Hopefully tak ada perlanggaran tajuk selepas ini.

So, untuk update seterusnya ...tiada lagi Saat Cinta Bersemi ...yang ada Cinta Untuk Kamu. Terima kasih kepada pengikut blog dan pembaca yang rajin singgah dan membaca e-novel Aini.

Wednesday, November 19, 2014

SAAT CINTA BERSEMI 14



Ain terbangun apabila terdengar sayup-sayup namanya di panggil. Dalam keadaan mamai Ain bangun dan duduk sambil menggosok-gosokkan matanya. Ain jadi lupa seketika yang dirinya sudah pun berkahwin. Tanpa memperdulikan Mirza yang berdiri di tepi katil, Ain membaringkan badan kembali. Beberapa minit kemudian dia bangun semula dan segera bingkas sambil mencapai tuala mandi di depan pintu tandas sebelum memboloskan diri ke dalam tandas.

Mirza mengeleng-geleng sambil tersenyum melihat telatah isterinya. Mirza membentangkan sejadah sementara menunggu isterinya bersiap. Ini adalah solat berjemaah mereka yang pertama selepas bergelar suami isteri. Beberapa minit kemudian Ain keluar dari tandas dan terus mencapai telekung yang tersedia di atas sejadah. “Pasti Mr Mirza yang meletakkannya di sini.” bisik hati Ain. “Ehm, pandai dia nak pikat hati aku, tak sabar nak tunggu apa lagi lepas ni.” bisik hati Ain lagi.

Usai solat Subuh, Ain menyambut huluran tangan Mirza dan mencium tangan. Kemudian disusuli dengan Mirza mencium ubun-ubun isterinya. Walaupun hati Ain bergetar dengan keadaan itu tapi sedaya upaya Ain untuk sembunyikan perasaannya itu. Ain kalau main sembunyi-sembunyi perasaan ni memang pakar. Walaupun hati sudah berdag dig dug, tapi tuan punya badan tetap menafikan.

Ain melipat telekung dan sejadah mereka sebelum memanjat katil semula, mahu menyambung tidurnya. Sudah terbiasa dengan rutin yang begitu sehinggakan Ain lupa kepada Mirza dan membiarkan saja suaminya yang berdiri kehairanan melihat tabiatnya itu.

Mirza senyum dan menggelengkan kepala. Mirza tidak menyambung tidur semula ,sebaliknya dia terus turun menuju ke dapur.

Mirza membuka peti ais dan melihat apa yang boleh di masak.Walaupun agak sedikit kekok kerana Mirza terpaksa membuka satu-persatu kabinet untuk mencari bahan-bahan lain yang diperlukan, namun itu tidak mematahkan semangat yang berkobar-kobar demi isteri tercinta.

Mirza sedar dirinya bukanlah seorang chef terkenal tapi demi memberi kejutan untuk isteri tercinta apa salahnya mencuba. Alah setakat masak yang simple tu, lepaslah juga. Bak kata pepatah, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Sekarang nikan dunia di hujung jari. Dengan sentuhan jari-jemari segala maklumat dapat di gapai.

Mirza tersenyum memandang hidangan yang tersedia di atas meja. Mudah-mudahan isteri tercinta suka. Mirza meletakkan sarapan untuk Ain diatas dulang manakala untuk mertuanya diletakkan di atas meja di ruang makan bersama secebis nota untuk mereka berdua.

Sebelum naik ke bilik, Mirza sekali lagi memeriksa kebersihan dapur selepas digunakan. Maklumlah tak nak dengar komen-komen yang bernas dari mak mertua.


Ain membuka mata perlahan-lahan apabila mendengar namanya diseru berkali-kali dan terasa pipinya dielus lembut.Hish..apa pula yang merayap kak pipi ni. Jangan-jangan lipas. Ain menyapu-nyapu mukanya seolah-olah cuba menghalau lipas. Tapi hairannya benda yang merayap tu ada lagi. Mahu tak mahu Ain terpaksa jugalah bangun. Ain memisat-misat  matanya dan memegang pipinya. Hairan..betulkah tadi tu lipas.

Ain terdengar bunyi flush dari dalam tandas. Memaksa kepalanya ditoleh ke arah tandas. Mata Ain terus buntang apabila melihat kelibat suaminya yang baru keluar dari tandas dengan memakai tuala saja. Awal-awal pagi lagi mata Ain sudahpun disajikan  dengan pemandangan yang tak berapa elok untuk kesihatan mata. “Hish dia ni…ini kejutan boleh membunuh aku ni. Saja je nak buat aku blushing pagi-pagi hari. Mr mirza, aku tahulah badan kau sasa, lengan berotot perut berketul-ketul tapi takkan itupun nak tunjuk kat aku.”gerutu Ain dalam hati.

Ain buat-buat bodoh depan Mirza. Anggap je tak nampak apa-apa.“Ain bawa bertenang, dia saja nak goda kau tu.” bisik sang hati.

Mirza yang sedang memakai baju dapat melihat riak tidak selesa pada wajah Ain dari dalam cermin. Dia tersenyum. Malulah tu.” Alah nak malu apa, kan dah kahwin. Lepas ni lagi selalulah Mrs mirza nampak pemandangan yang superb berani macam ni. Hahaha…”kedengaran ketawa kecil meletus dari bibir Mirza.

“Ini mesti kutuk akulah ni…nanti kau, ada ubi ada batas lain hari aku balas..” gumam Ain dalam hati.

“ Mrs Mirza, morning…sorry tak perasaan, Mrs mirza dah bangun…”

“Amboi…perli nampak..”

“ Tak perlilah…cakap betul..”

Mirza melabuhkan punggungnya di atas sofa dan menggamit Ain duduk disebelahnya. Ain membiarkan gamitan Mirza. Sebaliknya dia mencapai telefon bimbitnya di atas katil dan memeriksa satu persatu pesanan yang masuk ke dalam peti pesanan.  

“ Mrs Mirza…come, sit here, sebelah Mr Mirza..” sekali lagi Mirza mengamit Ain. Ada senyuman manis terukir di bibir lelaki itu. Sentiasa tersenyum apabila berdepan dengan Ain walaupun Ain sentiasa menunjukkan riak wajah yang mengikut moodnya.

Ain memandang lama suaminya sebelum bermalas-malasan bangun dan duduk di sebelah Mirza. Buat seketika masing-masing membisu tanpa sepatah kata.

“Ehem…Mr Mirza ni taklah mahir sangat kalau bab masak-masak ni…tapi….tapi…untuk Mrs Mirza yang tercinta, Mr Mirza sanggup belajar dengan Chef google, menu yang sedap dan sihat.”

“So…” balas Ain dengan muka bengang. Sikit-sikit dengan ayat-ayat puitis, ingat aku cair ke dengar ayat tu. Aku ni bukannya minah jiwang.

“So…inilah hasilnya...taraaa….” Mirza menarik kain napkin yang menutup hidangan sarapan pagi  yang diletakkan di atas meja.

Mulut Ain melopong melihat makanan yang terhidang di depan mata.” Wow…yang ni memang kejutan, benar-benar bikin gue jadi terkejut.” bisik Ain dalam hati.

“Hai…kalau iyapun…janganlah mulut tu ternganga sampai nak jatuh dah rahang tu.”

Ain segera menekup mulutnya sambil memandang Mirza di sebelahnya. Malu. Jelas kelihatan pipinya yang putih bertukar kemerah-merahan.

“ Macam mana suka tak.”

“ Ehmm…bolehlah…” jawab Ain acuh tak acuh.

“Bolehlah…”balas Mirza tidak puas hati dengan jawapan Ain.

“Takkan bolehlah…tak ada perkataan lain ke selain bolehlah…”desak Mirza lagi yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan si isteri.

“Betullah perkataan tu…bolehlah…”

“Are you sure, perkataan yang sesuai tu bolehlah..”

Ain sekadar mengangguk sebagai jawapan.

“Ok…jangan menyesal tau.” pantas tangan Mirza mengangkat dulang dan mahu bergerak menuju pintu.

Baru beberapa langkah kedengaran Ain membuka mulut.“ Eh…nak pergi mana tu…makanan tu nak bawa ke mana …” soal Ain yang hairan dan terkebil-kebil melihat tingkah Mirza yang mahu membawa dulang itu pergi.

“Nak ke dapur…nak buang makanan yang ‘bolehlah’ ni…”

“Kenapa pulak nak buang…kan dah penat-penat minta tolong dengan chef google lepas tu penat-penat lagi masak. Kesian makanan tu.”

“Tak apalah penat sikit je tu.” Mirza buat-buat merajuk. Saja nak menyakat Ain.

“ Macam nilah, demi makanan yang dah siap kena masak ni…Mrs Mirza berbesar hati nak tukarlah perkataan tu…” Ain cuba berkompromi dengan Mirza.

“Tukar dari bolehlah kepada suka dan nampak menyelerakan. Macam mana boleh diterima tak…”

“Itu je…”

Aik dia ni nak demand perkataan pulak.”Macam mana kalau suka, nampak menyelerakan dan nammmpak sedap. Last words…kalau tak nak terima…terpulang. Say bye bye jelah dengan makanan tu.”

Mirza tersenyum simpul, mission complete.”Ok..ayat diterima..” jawab Mirza sambil memusingkan badan dan meletakkankan kembali dulang di atas meja.

Ain menelan air liur melihat makanan di depan mata.

“Kenapa tenung makanan tu macam tak pernah makan je…”

“Amboi mulut dia nikan…aku cili kang baru tahu.” nasib baik kata-kata itu berbisik di dalam hati saja kalau tak terpaksalah sesi pujuk-memujuk lagilah jawabnya.

“Bukan tak pernah makan…dah lama tak makan menu sihat macam ni….sihatlah sangat.” jawab Ain dengan nada geram dan dua perkataaan terakhir disebut perlahan.

“Kita nikan asyik berjawab-jawab…makannya bila…”sambung Ain lagi.

Mirza ketawa mendengar kata-kata Ain. Nampaknya isteri tercintanya dah tak sabar-sabar nak makan. Tak sabar nak rasa air tangan suamilah katakan.

“ Ha’ahkan..lupa pulak nak jemput makan. Ingat nak tengok je tadi.”

“Mrs Mirza…jemputlah makan, jangan malu-malu..” pelawa Mirza dengan ketawa yang masih bersisa di bibirnya.

Ain menyuap omelet dan mengunyah dengan penuh perasaan kemudian diikuti dengan baked bean sebelum meneguk air fresh oren. Kemudain diulangi lagi menyuap omelet dan baked bean semula ke dalam mulut. Sedap. Ain dah bosan dengan menu Puan Salmah, nasi lemak, mee goreng dan beraneka kuih-muih. Sekali-sekala sarapan ala-ala orang putih ni, best juga.

Mirza hanya memandang Ain yang leka dengan dunianya sendiri. Macam nikah Ain Shauqina yang pernah dikenalinya beberapa tahun dulu. Seorang pengemar makanan.

“ Kenapa tak makan?”

“Tak lapar, tengok Mrs Mirza makan pun dah buat saya kenyang.”

“Rugi…sedappp…”

“Tak rugi, dah selalu makan..”

“Gulp…,”rasa nak tercekik pula Ain dengar jawapan suaminya. Rasa macam kepala kena hempap dengan batu besar pun ada. Memanglah dah biasa makan. Dulu duduk oversea memanglah makan benda ni.Tak cukup kat situ sambung pulak kat sini, perasan nak jadi mat saleh celoplah tu.

“Oh…ok..” macam tak ikhlas je Ain nak jawab.

“Lepas breakfast ni, Ain siap-siap tau…kita kena pergi rumah ambil mama. Lepas tu kita gerak pergi hotel.” Mirza menukar topic perbualan mereka.

Ain menjeling jam dinding. Baru jam 8.00 pagi.”Kenapa nak gerak awal.”

Mirza menjungkit bahu tanda tidak tahu. "Dah arahan mama macam tu, nak tak nak kena ikut." jawab Mirza ringkas.

Ain terdiam dan otaknya menjadi buntu. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

"Kenapa?" soal Mirza apabila menyedari perubahan pada riak wajah si isteri.

"Tak ada apa-apa...sedap breakfast ni, Mrs Mirza terharu dengan kesungguhan Mr Mirza. Mrs Mirza bagi 5 bintang...lain kali buat lagi."jawab Ain sambil tersenyum manis memandang Mirza. Ain segera menukar topik...tidak mahu Mirza mengesan perubahan moodnya.

"Kalau macam tu, habiskan Mr Mirza punya ni sekali...k." Mirza menolak pinggannya kepada Ain sambil tersenyum nipis dan menjungkit keningnya.

Ain memandang dua buah pinggan di depannya dengan mata yang tidak berkelip. " Macam mana nak habiskan ni...banyak..,"

"Entah...itu Mrs Mirza kena fikirkan sendiri...k...,"balas Mirza selamba.

Mirza bingkas dari sofa dan meregangkan badannya ke kiri dan ke kanan, membetulkan urat-urat badan. Kemudian berjalan menuju ke pintu bilik sebelum berhenti beberapa saat di depan pintu. "So, Mrs Mirza teruskan bersarapan...Mr Mirza nak keluar joging...k..,"

Ain terkebil-kebil melihat Mirza yang menghilang di balik pintu dengan sekelip mata. Hati Ain menjadi geram apabila ditinggalkan begitu. Ain merenung pinggan di depannya, dia tidak percaya akan makan begitu banyak seawal pagi. Dek kerana geram Ain meyuap  makanan itu ke dalam mulutnya tanpa henti dan  mengunyah dengan laju sehingga ke suapan yang terakhir Ain. Pinggan yang telah licin di perhatikan bersama hembusan nafas yang turun naik. 

"Mirzaaaaaaa...,"beberapa minit kemudian kedengaran jeritan Ain bergema di setiap pelusuk rumah sehingga mengejutkan kedua orang tuanya. Mereka berpandangan sesama mereka dan hanya mengelengkan kepala sahaja. Mereka sudah tahu ada orang yang akan menerima padahnya selepas ini.