Ain memandang wajah
dari dalam cermin. Ternyata benarlah kata-kata orang yang selalu Ain dengar
bahawa mak andam ni punya sentuhan magis, bisa merubah wajah seseorang menjadi
lebih cantik dan nampak berbeza. Dari dalam cermin Ain melihat wajah mak andam
yang kelihatan puas hati dengan tatariasnya,kelihatan wajah Anita dan kak ngah
tersenyum memandangnya. Tiba-tiba hati Ain dihambat rasa gembira yang tidak terhingga lebih-lebih lagi bila
terlihat wajah ibu yang baru masuk ke dalam bilik dari dalam cermin. Ain segera
berpaling dan tersenyum memandang Puan Salmah. Wajah tua ibunya kelihatan
berseri-seri, mungkin gembira kerana Ain akan berkahwin.
“Dah…dah…dah…Ain, you
jangan nak berdrama sedih-sedih pulak…nanti
luntur pulak make-up you tu. Tak larat I nak make-upkan you lagi tawww.”suara
mak andam mengejutkan Ain dari hanyut dalam dunia emosinya.
Ain tergelak
mendengar kata-kata mak andam. Yang lain pun turut tergelak mungkin tercuit
dengan kata-kata mak andam itu.
“ Ain, pergi salin
baju…lepas ni I nak dandan rambut you pulak.”mak andam menghulurkan baju nikah
yang berwarna putih kepada Ain
Ain menyambut baju
dan bergerak ke dalam tandas. Beberapa minit kemudian Ain keluar dengan baju
nikah yang berwarna putih tersarung cantik di tubuhnya.
“ Wah, Ain cantiknya
baju kau. Pandai mak mertua kau pilih ek…,”
“ Tak adalah
biasa-biasa je, kat luar tu banyak lagi yang lagi cantik dari ni tau.” jawab
Ain dengan penuh rasa rendah diri. Tidak mahu perasaan riak menguasai diri. Tak
baik.
Mak andam
mendandankan rambut Ain dengan menyanggulnya sebelum di letakkan veil. Ain
kelihatan begitu cantik dan anggun dengan solekan yang begitu memukau mata yang
melihat. Mungkin kerana Ain jarang mengenakan mekap pada wajahnya jadi bila sesekali dimekap nampak
menyerlahlah kecantikannya.
Hati Ain semakin
berdebar-debar sebaik saja Anita yang baru saja masuk ke dalam bilik
memberitahu rombongan pengantin lelaki sudahpun sampai.
Ini bermakna sebentar
lagi majlis akad nikah akan berlangsung. “ Kau ok ke Ain?” Anita menghampiri
Ain yang sedang duduk di birai katil.
“ Hah..ak..aku ok je
tapi rasa nervous sikit.”
“ Alah…tak ada
apa-apalah..kau tu je nervous lebih-lebih..tak tahulah malam ni macam mana
pulak..”senyuman nakal terukir di bibir Anita.
Muka Ain merona merah
apabila diusik oleh Anita. Dia yang faham maksud Anita segera mencubit lengan
kawannya itu.
“ Ouch…sakit tawww…”
“Isk…budak berdua ni
pantang jumpa ada saja ceritanya.” ujar kak ngah sambil berjalan menghampiri
Ain dan Anita.
“ Alah, kak…bila lagi
nak menyakat Ain. Lepas ni dia dah tak geng dengan saya lagi.”
“ Hei, apalah kau
cakap macam ni. Kau, aku…kita akan jadi geng sampai bila-bila, melainkan engkau
sendiri yang tak nak bergeng dengan aku. Iyalah, kau kan dah kerja mesti jumpa
geng baru.”
“Eleh…bucuk-bucuk
janganlah merajuk, aku main-main je…kita nikan bff.”Anita memeluk rapat bahu
Ain.
Dengan sekali lafaz
sahaja, Ain Shauqina menjadi isteri kepada Syed Harith Mirza. Kelihatan manik-manik
jernih menitis membasahi pipi gebu Ain, hatinya terasa sayu sekali. Perasaan
gembira bercampur dengan perasaan sedih kerana selepas ini dirinya bukan lagi
tanggungjawab ibubapanya tapi tanggungjawab suaminya.
“Janganlah
sedih...cair make-up taw..tak comel” bisik Anita sambil cuba menghiburkan hati
Ain.
Ain tersenyum
mendengar kata-kata kawannya itu.
Pengantin lelaki
bergerak menuju ke tempat Ain duduk bersimpuh. Terasa jantung Ain berdegup
pantas dan rentaknya tidak seirama. “Entah apa jenis perasaan yang aku rasa
ni.” hati Ain berbisik hairan.Ain tertunduk malu. Tidak sanggup rasanya
bertentang mata dengan Encik suami. Hai…malulah pulak.
Syed Harith Mirza menyarungkan
cincin ke jari manis Ain sebelum menghulurkan tangan. Ain memyambut huluran
tangan Mirza dan mencium tangan Mirza. Saat ini ada perasaan aneh yang sedang
menyelinap masuk ke dalam hati Ain. Dia tertanya-tanya pada dirinya perasaan
apakah itu. Adakah perasaan itu datang bersama huluran tangan Mirza sebentar
tadi...Walau dari mana pun perasaan itu datang, yang pasti ada kedamaian dan
kebahagain yang Ain rasakan.
Ain tersipu malu
apabila Mirza mahu mencium dahinya, lebih-lebih lagi lelaki itu sempat bermain
mata dengannya. Untuk pertama kalinya Ain tersenyum manis memandang Mirza.
Walaupun malu tapi Ain cuba jugak memaniskan muka di hadapan para tetamu yang
hadir. Selepas upacara nikah majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama
ahli keluarga dan sahabat-handai yang hadir.
Selepas semua tetamu pulang, yang
tinggal semuanya saudara-mara yang datang dari jauh sahaja. Ada yang awal-awal
lagi masuk berehat kerana terlalu penat. Manakala ada pulak yang masih sibuk
berkemas. Mirza juga tidak terkecuali dari membantu mengemaskan apa yang patut.
Usai membantu Mirza pun bergerak
naik ke tingkat atas rumah mahu menghilangkan penat. Mirza mengetuk pintu
beberapa kali tetapi tidak ada jawapan. Mahu saja dia turun ke ruang tamu
semula tetapi memandangkan ahli keluarga Ain yang lain masih lagi bersantai
Mirza mematikan niatnya itu.Dia masih dalam proses mengenal setiap saudara–mara
Ain jadi ada sedikit perasaan segan dalam hati. Dia memberanikan diri untuk
memulas tombol pintu dan melangkah masuk dengan berhati-hati. Langkah disusun
dengan teratur . Mengalahkan langkah perempuan melayu terakhir pulak.
Mirza meletakkan tangannya di dada,
terasa degupan jantungnya berdegup laju. Macam-macam yang terbayang sejak dari
tadi. Terbayang dirinya dibuli oleh Ain, dimarahi dan paling dahsyat kena kunci
dalam tandas. Isk…isk..isk…adakah patut membayangkan perkara yang belum tentu lagi
akan terjadi.
Mata Mirza melilau mencari kelibat
Ain apabila melihat katil yang kosong. Dia hairan ke mana pula isteri yang baru
dinikahinya menghilangkan diri. Takkan dah lari kot. Tadi ok je masa sarung
cincin tak ada tanda-tanda menentang perkahwinan ini. “Hai…mana pulak Cik Ain
ni…opps tersalahlah pulak Puan Ain ataupun Mrs Mirza..hah baru sedap sikit
telinga nak dengar..” bisik Mirza dalam hati.
“ Hai, tak reti nak bagi salam
ke…main redah je bilik orang. Cari siapa tu dok terhendap-hendap macam pencuri
tu.” Mirza menjadi kaku saat terdengar suara Ain dari arah balkoni. Dia terus
jadi tak keruan, maklumlah dah tertangkap…habislah apa pulak hukuman yang
menanti ni.
“ Assalammualaikum, sorry
tadi tak perasan Cik Ain kat luar ni tu sebab saya mencari-cari dalam
gelap ni.”
“ Mesti awak tak tahu bilik ni ada
balkonikan. Iyalah dulu ini bilik your parents kira master bedroom yang
kedualah, so mestilah ada sedikit kelainankan.”
Mirza hanya mengangguk mengiyakan
kata-kata isterinya. Sememangnya dia sudah lupa akan kewujudan balkoni itu. Dia
berjalan mendekati isterinya dan berdiri tegak di belakang Ain, tanpa di pelawa
Mirza duduk bersebelahan Ain.
Ain yang terkejut segera berpaling
memandang Mirza yang duduk di sebelahnya. Ain dapat merasakan mereka begitu
hampir sehinggakan pergerakan tubuhnya terkunci kerana tidak mahu bersentuhan
dengan Mirza.
Mirza berlagak selamba. Dia sedar
isterinya terkejut tapi isterinya hanya mendiamkan diri tidak seperti sebelum
ini isterinya cuba untuk menghindarinya. “Ehmm..dah ada perubahan
ni…bagus…bagus..,” bisik Mirza dalam hati. Mungkin juga kerana status mereka
sebagai suami isteri menyebabkan Ain tidak lagi menolak Mirza.
“ Mirza , hari ini kita dah jadi
suami isteri, apa perasaan you?” tanya Ain memecah kesunyian di antara mereka.
Terasa janggal bila duduk berduaan tanpa sebarang kata.
“ Betul you nak tahu, happy sangat
sebab tak sangka kita dah jadi pasangan suami isteri tapi pada masa yang sama
saya gusar memikirkan penerimaan awak terhadap saya sebagai suami awak.”
“ Oh…happy sangat ek..tapi kenapa
mesti perkataan sangat tu ada sekali …Mirza memang nak sangat kahwin dengan
saya ke?...” Ain sengaja menekan perkataan sangat untuk mendapatkan yang
diingini.
“ Happy sangat sebab rasa happy tu
terlalu banyak sampai tak terhitung sebab tu ada perkataan sangat. Ehmm…saya memang berharap kita ada
jodoh dan berkahwin lebih-lebih lagi bila family kita mahukan begitu tapi semua
ini di tangan Allah. Dan sememangnya sudah tersurat ada jodoh di antara kita maka kita terikat dengan
ijab Kabul yang sah.” jawapan yang berhati-hati dan terselit sedikit ketidakjujuran
dalam jawapan itu. Mirza tidak mahu mengaku yang sememangnya dia mahu
memperisterikan Ain. Dia malu sekiranya Ain menolaknya. Dia akan berterus
terang bila sampai masa dan ketikanya.
“ Encik Mirza…”
“Pembetulan…abang…saya rasa itu
panggilan manja yang paling sesuai. Apa kata kita mulakan dengan benda-benda
yang kita rasa simple tapi sebenarnya penting.”
“Hah…aa…ab…bang..” tiba-tiba datang
pulak gagap Ain, tak pernah-pernah gagap sebelum ni. Buang tabiat ke apa.
“ Mula-mula memang tak biasa tapi
lama-lama oklah tu. Practice make perfect.” kenyit mata Mirza.
Keadaan menjadi senyap seketika
masing-masing masih dalam proses penyesuaian. Ain jadi hilang punca untuk
berbual dengan Mirza. Lelaki itu lebih berminat untuk berbual perkara-perkara
yang berhubung dengan alam rumahtangga mereka. Sedangkan Ain pulak baru sahaja
mahu membiasakan diri dengan fasa perkahwinan ini.
“Saya masih memerlukan sedikit ruang
untuk membiasakan diri untuk memanggil Encik Mirza, abang. Untuk sementara …”
Ain cuba menyuarakan ketidakpuasaan hati.
“Untuk sementara Mrs Mirza kena juga
biasakan diri sebab kita akan duduk dengan family saya dalam masa seminggu,
before we move to our own house…ok…”
“ What…Mrs Mirza…dia bahasakan aku
Mrs Mirza. Dulu Cik Ain sekarang Mrs Mirza lepas ni apa
pulak…sayang…darling…eeehh…dia ni ikut sedap mulut dia je…” gerutu Ain dalam
hati.
“ Ok…depan our parents saya akan
panggil abang tapi kalau kita dah pindah
rumah sendiri saya nak kita panggil macam biasa, boleh…”
“Boleh tak?..” Ain tidak berpuas
hati apabila Mirza masih tidak
memberikan jawapan.
“ Ehmm…tengoklah dulu macam
mana…yang penting sekarang bukannya masa akan datang…” Mirza berdiri dan
mengerak-gerakkan badannya ke kiri dan ke kanan cuba membetulkan urat-urat
badan yang tegang. Mirza menguap beberapa kali cuba memberi isyarat kepada
isterinya, masa untuk masuk tidur.
Ain yang faham maksud si suami cepat
–cepat membuang pandang ke arah lain. Mirza berdiri meninggalkan Ain yang masih
membatu sambil mata mendongak ke langit.
Walaupun mata Ain tertumpu pada
bintang-bintang malam yang bertaburan di dada langit tapi fikirannya entah ke
mana-maan. Masih terngiang–ngiang di telinganya akan nasihat – nasihat yang
telah diberikan oleh ibu. Sungguhpun dia dan Mirza bukanlah berkahwin atas
dasar cinta seperti pasangan yang lain tapi masih ada juga insan lain di luar
sana yang bercinta selepas kahwin dan mereka bahagia. Harap mereka pun macam
tu. Beberapa minit kemudian dia membuntuti langkah suaminya
Ain berdiri di belakang Mirza yang
kelihatan seperti mencari sesuatu di dalam bilik mereka. Ain pasti suaminya
mencari beg pakaiannya. Ain membiarkan suaminya dalam keadaan tercari-cari itu
sementara dia pulak masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba sahaja perutnya memulas-mulas
pulak. Agaknya perut Ain tak tahan
dengan makanan yang pedas-pedas siang tadi.
Ain mencari kelibat Mirza sebaik
saja keluar dari tandas. Dia hairan ke mana pulak suaminya hilang. Takkan dah
lari kot.
Ain tak ambil pusing ketiadaan
suaminya sebaliknya dia merebahkan dirinya di atas tilam empuknya. Sakit perut
Ain masih terasa. Memandangkan Mirza tiada dalam bilik, Ain mengambil
kesempatan itu untuk mencapai minyak cap kapak di dalam laci meja di sisi katil.
Ain segera menuang minyak di tapak tangan sebelum menyingkap bajunya dan
melumurkan minyak itu ke atas perutnya. Ain mengusap-ngusap perutnya agar
minyak angin itu meresap ke dalam lapisan kulit perut dengan segera. Ain terasa sedikit
lega. Perlahan-lahan Ain menutup matanya. Majlis siang tadi benar-benar
memenatkan Ain. Dia terlelap seketika.
“Ehem…kalau iya pun mengantuk,
janganlah lupakan suami yang tadi lagi tertunggu-tunggu ni.”
Automatik mata Ain celik mendengar
suara Mirza. Ain mengetap bibir. Kenapalah dia tak perasaan suaminya baring kat
atas sofa.
“Alamak…jangan-jangan dia nampak
aku…oh tidakkkkk…,” Ain segera turun dari atas katil dan bergerak menghampiri
Mirza. Mungkin kerana perut yang terlampau sakit, Ain terlepas pandang sofa
yang menjadi tempat suaminya berbaring.
“Awak dah lama baring kat sini ke?”
“ Lamalah juga sampai saya boleh
nampak apa awak buat tadi tu…”
“ Buat apa…” Ain berpura-pura tidak
tahu.
“ Buat apa yang awak buatlah.”
“ Dahlah, malas nak layan awak.”
“ Malas layan…mana boleh malas.
Ehem…malam ni malam pertama, jadi jangan bagi alasan malas.”
Ain mencebik mendengar kata-kata suaminya.
Pada masa yang sama hatinya berdebar-debar. Rasa nak lari saja dari bilik itu.
Tapi nasib baik otaknya masih berfikiran waras. Tidak mahu dirinya jadi bahan
usikan saudara-mara yang berkampung di ruang tamu.
“ Mrs Mirza, Mrs Mirza…beg baju Mr
Mirza mana?”
Ain menepuk dahinya. Dia terlupa
memberitahu Mirza yang bajunya semua sudahpun dipindahkan ke dalam almari.
“ Semua pakaian awak dalam beg tu saya
dah pindahkan ke dalam almari. Sorry, saya terlupa bagitahu.” ujar Ain sambil
membuka almari yang menempatkan baju Mirza. Kelihatan baju mirza tersusun elok
saja.
Ain berpusing mahu memberi laluan
kepada Mirza tapi Ain terkejut kerana Mirza berdiri di belakangnya. Hampir-
hampir saja dia terlanggar mirza.
Ain jadi kaku seketika. Langkah
kakinya seperti terkunci. Walaupun dalam keadaan yang samar tapi Ain dapat
melihat dengan jelas renungan mata Mirza yang begitu mempersona.
Mirza merapatkan wajahnya ke wajah
Ain. Dia dapat melihat wajah isterinya yang kelihatan tegang.
“Pasti dia
takut.” Bisik hati Mirza.
Perlahan-lahan tangan kiri Mirza memaut pinggang Ain. Dia
dapat merasakan tubuh isterinya menggigil. Mirza tersenyum nakal. Mirza menarik
Ain rapat ke dalam pelukannya. Buntang
mata Ain apabila berada di dalam pelukan Mirza. Tapi dia tidak pulak menolak
tubuh suaminya.
“Dapat pun...” ucap Mirza sebaik saja tangan kanannya berjaya
mencapai baju singlet dan seluar boxer yang tersusun di dalam almari.
“ Ah…baju…boxer..hah, iyalah lupa
Ain nak keluarkan tadi.” Ain cuba menutup perasaan gemuruhnya.
“ Lupa nak keluarkan…macam mana Mrs
Mirza tahu yang Mr Mirza nak pakai singlet dengan boxer…,”Mirza tersenyum nakal
dengan kening yang sengaja di naikkan ala-ala Ziana Zain pulak.
“ Saya agak je…,” Ain mengetap
bibir. Kenapalah jawapan itu yang terpacul keluar dari bibirnya.
Sambil tersenyum Mirza berlalu ke
dalam tandas dan beberapa minit kemudian dia keluar dengan lengkap berpakaian.
Mirza memanjat katil dan merebahkan badan. Kepenatan siang tadi kini terasa
menjalar ke seluruh tubuh. Ain hanya memerhati tanpa banyak bunyi. Dia serba
salah. Tidak tahu sama ada mahu tidur di atas sofa ataupun berkongsi katil
bersama suaminya. Ain terasa lucu bila memikirkan hatinya yang berbolak-balik
itu.
“ Kenapa tercegat tu, tak nak tidur
ke.” Suara Mirza mengejutkan Ain.
Ain tidak menjawab sebaliknya dia
memanjat katil dan berbaring di sebelah Mirza. Ain memandang Mirza yang
kelihatan tidur dengan lena. Bantal peluk yang di jadikan sempadan di peluk
erat seolah-olah berharap agar bantal peluk itu akan menjaga tuannya.
“ Tidurlah Mrs Mirza...malam dah
larut ni, jangan risau, saya setuju dengan syarat pertama dalam e-mail awak tu. Yang lain akan
difikirkan.” Mirza bersuara apabila tidurnya terganggu dengan gerak tubuh badan
Ain yang masih belum tidur.
Ain yang mendengar , terkejut.
Nampaknya Mirza telah membaca e-mail itu tapi dia berpura-pura tidak tahu.
Pandai sungguh lelaki itu bersandiwara di depannya. Ain memandang sisi tepi
wajah Mirza dengan pandangan yang berapi-api tapi akalnya segera menghalangnya dari
bertidak memandangkan mereka pengantin baru takut pulak sebarang kekecohan nanti disalah ertikan oleh saudara-mara yang berkampung di rumah mereka. Tak
pasal-pasal esok ada pulak yang jadi bahan usikan.
Ain cuba menutup matanya. Sekarang
di mahu berehat. Walau apapun ketidakpuasan hatinya terhadap Mirza sebaiknya di
biarkan dulu. Esokkan masih ada. Perlahan-lahan Ain memejamkan matanya dan
akhirnya lena daaing bertandang.
Setelah yakin yang isterinya telah
tidur, Mirza memberanikan dirinya untuk
memusingkan badannya dan menatap wajah isteri tercinta. Walupun Ain belum
bersedia dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tapi
isterinya tidak pulak membelakangkannya. Sebuah kucupan singgah di pipi Ain.
Mirza tersenyum. Dia merapatkan dirinya dengan Ain dan mememeluk pinggang Ain. Mirza
berdoa semoga pintu hati isterinya akan terbuka untuknya suatu hari nanti.