Ain mencapai kalendar yang terletak di
atas meja di sisi katil. Matanya
tertumpu pada tarikh yang dibulatkan dengan marker pen berwarna merah.Terdengar
keluhan kecil dari bibir mungil Ain apabila akal mengingatkannya bahawa esok
adalah tarikh yang telah ditandakan itu.
Keriuhan sanak saudara yang telah sampai
dari kampung sejak semalam memenuhi
segenap ruang rumah dua tingkat
itu. Manakan tidak anak-anak saudara-mara yang masih kecil sibuk bermain dan berlari
dengan girang dan gembira sesama mereka.
Walaupun seisi keluarga dalam mood
gembira tapi masih ada insan yang tidak pasti dengan perasaannya sendiri. Ain
memeluk dan menongkat wajahnya dengan lutut. Terasa masa terhenti seketika
apabila dia mula memikirkan majlis yang akan berlangsung esok.Semuanya akan
berubah sebaik sahaja akad nikah dilakukan. Dia bukan lagi anak perempuan yang
akan sentiasa bermanja-manjaan dengan ibubapanya, tapi sebaliknya dia seorang
isteri yang akan memegang tanggungjawab yang besar. Dan juga bakal menjadi ibu
kepada anak-anak Mirza nanti. Banyak sangat yang perlu di pelajari dari ibu tapi
selama ini Ain selalu tidak mengendahkan semua itu. Bagaimanalah agaknya dia
akan mengendalikan rumahtangganya kalau
banyak sangat perkara yang dia tidak tahu.
Ain menoleh gambar keluarga yang
tergantung di dinding, kelihatan wajah kak long yang tersenyum berdiri di
samping abang ngah dan dirinya pula duduk diantara ibu dan abah. Mujurlah ada
kak long yang tersenyum manis itu, awal-awal lagi memberi green light kepada
Ain agar tidak malu dan segan untuk bertanya apa yang perlu. Ain rasa bertuah
ada insan-insan yang menyayangi dirinya. Ain berharap suaminya juga akan
menyayanginya begitu.” MIrza, sayang aku…entah-entah akau jadi amah kat rumah
dia nanti. Dia tu bukan boleh percaya.” suara hati Ain bergema.
Handphone Ain berbunyi menandakan ada
sms yang diterima. Ain membiarkan
handphone itu, dia malas mahu
melihat sms yang diterima. Dia tiada mood untuk membalas sms ataupaun menjawab
sebarang panggilan buat masa ini. Buat seketika Ain rasa kosong sangat. Kosong
macam lagu Najwa Latiflah pulak.
Bunyi ketukan bertalu-talu dari pintu
bilik memyebabkan Ain segera melompat turun dari katil dan membuka pintu.
Terpampang wajah ibu dengan segaris senyum dibibir.
“ Ada apa ibu?” soal Ain kepada Puan
Salmah.
“ Ada panggilan untuk kamu.” jawap Puan
salmah ringkas.
“ Siapa yang call ibu?” tanya Ain lagi sambil memeluk lengan Puan Salmah
dan mereka bersama-sama turun ke ruang tamu rumah itu.
“ Entahlah ibu tak tanya pulak, kawan kamulah tu.”
Ain mengerut dahi,tidak puas hati dengan jawapan si ibu. Jarang sekali
kawan-kawannya menelefon ke rumah. Semuanya pasti akan menghubungi
handphonenya.
“ Hello…Assalamualaikum. Boleh saya tahu siapa ni?” tanya Ain sebaik sahaja mencapai gagang telefon.
“ Waallaikummussalam…,” jawap pemanggil di hujung sana.
“ Siapa ni ye…,” tanya Ain sekali lagi. Hairan kenapa si pemanggil tak
memperkenalkan diri walaupun sudah ditanya awal-awal lagi.
“ Hai…baru seminggu tak jumpa, tak call…takkan dah tak boleh cam suara
saya.” Si pemanggil masih mahu berteka-teki dengan Ain.
“ Awak ni siapa, saya rasa awak ni dah salah nombor.Kalau awak main-main
lagi saya letak telefon ni. Sekali lagi saya tanya , awak ni sia….”kata-kata Ain
terputus sebaik saja mendengar suara yang dikenali di hujung talian.
“ Assalamualaikum, Cik Ain…how are you?,”
“ Mirza, is that you, tapi suara tadi tu lain macam je bunyinya..”
“ Yup. Its me..…mestilah suara tak sama sebab itu suara adik sepupu I
yang I upah untuk menyakat you Cik Ain.”
“ Menyakat saya …you tak de kerja lain ke?”
“ Tak ada sebab tu I menyakat you.”
“ Awak memang selalu
“ So…, tomorrow is our hari bersejarahkan…,”
“ Ya..why…,”
“ Tak adalah saja nak tanya Cik Ain kemeriahan kat sana macam mana…,”
“ Oh…kemeriahan…ehm, kat sini meriahlah juga dengan saudara-mara yang
dah sampai, dengan adik-adik sepupu yang kecil yang berlari-lari kat dalam rumah, tak cukup kat dalam rumah sambung
pulak kat luar..sangat meriah..thay’re happy”
“ Happy….wow, ayat tu memang kenalah dengan cara you gambarkan
kemeriahan kat sana ,adakah itu mengambarkan yang Cik Ain pun happy jugak.”
“ Yes.”
“ Encik Mirza, jom chatting. I have something to tell you.”
“ Ok.”
Ain meletak gagang telefon dan berlari naik ke bilik. Dia segera mendapatkan
laptopnya di atas meja belajar dan mula membuka YM. Sebaik saja melihat
nickname En. Mirza, Ain segera menyapa.
Ain :
Sorry Encik Mirza sebab awak terpaksa ym dengan saya. Saya tahu awak lebih suka
bercakap melalui telefon tapi terlalu ramai tetamu sekarang ni so rasa tak
selesa bila semua mata memandang pada saya.Hope you don’t mind.
Mr. Right : Tak pe I faham. Cik Ain nak cakap apa tadi?
Ain : Pasal perkahwinan kita esok.
Mr. Righ : Kenapa, Cik Ain nak tukar
fikiran ke..
Ain : Walaupun saya ada masa
beberapa jam lagi menjelang pagi esok tapi tak terfikir pulak untuk buat semua
itu. Banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga.
Mr.
Right : Lega hati dengar jawapan Cik Ain. So, maknanya ada benda lain yang
merunsingkan fikiran Cik Ain.
Ain
: Iya, lebih kurang macam
tulah.
Mr. Right : Takkan Cik Ain susah hati pasal kucing mama pulak.
Ain : Kucing?...oh… of course not…kan orang tu dah
janji tak nak bela kucing…lupalah tu..
Mr.
Right : Iya ke orang tu cakap macam tu…tak pe nanti orang tu semak diary dia. Cuba
Cik Ain cakap perkara yang sebenar.
Ain menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dan menarik nafas sebelum
mula menaip. Terasa berat jari-jemari mahu menaip tapi kalau tak di beritahu
takut lain pulak jadinya nanti. Lebih baik mencapai kata sepakat sebelum apa
–apa berlaku. Aduh…bunyi macam berat sekali ni.
Ain : Kita akan berkahwin dan tinggal sekali,
saya rasa bukan hanya saya tapi Encik Mirza juga mungkin tidak akan selesa bila
ada orang lain duduk dalam bilik Encik Mirzakan. Saya macam tu jugak tapi itu
tidak menjadi soal. Cuma yang satu ni saya memang belum bersedia. Maksud saya
menjadi isteri Encik Mirza dalam erti kata yang sebenar.Kalau Encik Mirza tak
faham, tak pe. Saya dah hantar e-mail kat Encik Mirza. Bacalah…
Mr. Roght : Erti kata sebenar….apa tu?...tak fahamlah…explain sikit…
Ain : Hah…explain…ehm…memandangkan
awak memang tak faham baik tak yah explain terus, takut bertambah pulak ketidakfahaman
Encik Mirza tu. Oklah…saya dah mengantuk…nak tidur…good night…bye.
Mr.
Right : Cik Ain tunggu du…
Belumpun sempat Mirza
menghabiskan ayatnya, Ain sudahpun
menekan punat butang off. Mirza menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kemudian
terukir senyuman manis di bibir lelaki itu sepertinya dia faham apa yang cuba di
sampaikan oleh Ain tapi dia sengaja buat-buat tak tahu. Esokkan masih ada… akan
sampai waktu untuk dia tanya perkara tadi.
best lama update nak lagi.
ReplyDeletesambung lagi..
ReplyDeletesalam, mcm mana nak berhubung dengan aini?
ReplyDeleteWalaikumsalam, sorry lambar reply..lama tak buka blog. Grup Editor boleh menghubungi saya melalui email, aini.armand82@gmail.com
Delete