Lantaran terlalu lama berjalan Ain balik dalam keadaan yang
terlalu penat. Ain menjeling jam dinding di ruang tamu sebelum bergerak menaiki anak tangga menuju ke bilik. “ Jam
4.00 dah, patutlah mengantuk sangat…nak tidurlah kejap…,” bisik Ain.
Kebiasaannya Ain akan tidur siang dalam jam 2.00 petang atau 3.00 petang jika tidak keluar kemana-mana.
Dia menutup rapat daun pintu biliknya sebelum menghempaskan
badan di atas tilam empuk. Perlahan-lahan dia menutup matanya. Berharap
boleh lelap sebentar, menghilangkan kepenatan. Sudah menjadi kebiasaan Ain
setiap kali dia nak tidur dalam keadaan yang bukan mood tidur dia pasti akan mengosok loket rantainya.
Mungkin kerana batu yang digunakan untuk permukaan loket itu sangat halus menyebabkan Ain suka untuk memegangnya. Ain membuka mata apabila tangannya tidak dapat
mencapai loket rantai itu. Ain duduk dan meraba lehernya tapi dia tetap tidak
menemukan rantainya. Ain tidak puas hati, dia segera bingkas dan menuju meja
solek, dia memerhati batang lehernya , memang rantainya tidak ada. Ain
menggaru-garu kepalanya, cuba mengingat kalau-kalau dia telah membuka rantai
itu dan letak di tempat lain. Ini bukan kali pertama Ain tercicir rantainya
tapi penghujungnya dia pasti akan jumpa semula rantai itu. Tapi bagaimana
kalau kali ini rantai itu terus hilang.
Ain duduk bersilah di atas katil sambil memikirkan hal
kehilangan rantainya. Dia khuatir kalau ibunya dapat tahu, dia pasti akan
dimarahi. Ibu selalu berpesan agar jangan menanggalkan rantai itu tapi Ain
degil. “ InsyaAllah, kalau benda itu memang milik Ain untuk selamanya, pasti
jumpa balik.” Ain menyedapkan hati sendiri dan cuba berfikir positif. Mungkin
dua tiga hari lagi jumpalah loket itu. Benda bila dicari tak jumpa tapi bila
tak dicari pasti akan terjumpa. Jadi tunggu sajalah masanya.
Niat untuk tidur dibatalkan lantaran terlalu kalut
memikirkan kehilangan rantai miliknya. Ain mencapai tuala dan masuk terus ke
dalam bilik air. Tiba-tiba dia rasa nak mandi dalam bathtub pulak. Ain meletak
shower cream dan sedikit essential oil dalam bathtub sebelum membuka pili air.
Dibiarkan air itu berbuih seketika barulah dia masuk ke dalam bathtub. Bau dari
essential oil itu begitu menyenangkan sehingga membuatkan Ain perlahan-lahan memejam
matanya. “ Nampak gayanya tertidurlah aku kat sini nanti…hehehe…,” bisik Ain
sendiri.
Setelah terlalu lama berendam Ain mula terasa sejuk, dia
membilas badan dan memakai bathrobe kemudian keluar dari bilik air. Dia
bergerak menuju meja solek, mengambil sikat dan menyikat rambutnya. Dia
mendekatkan wajahnya ke cermin dan membelek setiap inci mukanya. Mahu
memastikan tidak ada sebarang anasir yang muncul di permukaan kulit muka. Ain memegang perutnya yang mula memainkan
lagu keroncong tanda isyarat minta
tuannya mengisikan makanan. Ain bergerak menuju ke almari baju tapi langkahnya
terhenti apabila terasa ada orang memerhatikannya dari luar pagar rumah melalui
sliding door bilik. Ain menukar laluan langkah kaki. Dia perlahan-lahan menuju
ke tepi sliding door dan mengintai di sebalik kain langsir, kelihatan sebuah
kereta mewah berwarna hitam sedang parkir diluar rumahnya. Kalau tak silap Ain
tadi dia ada melihat seorang lelaki yang sedang menyandar di kereta itu. Tapi
kemana lelaki itu menghilang?? Adakah dia menyedari yang Ain sedang
memerhatikannya lantas masuk semula ke dalam kereta.
“ Kereta orang rosak kot.” fikir Ain. Dia tidak mahu
bersangka buruk.
Ain segera mengambil baju
dan pantas masuk ke bilik air semula. Tidak berani Ain memakai baju di
ruang biliknya. Rasa tidak selamat. Beberapa minit kemudian dia keluar lengkap
memakai t-shirt dan seluar jean. Dia mengintai sekali lagi, kelihatan kereta
itu masih belum bergerak.
Ain tidak tahu apa yang harus dibuat. Kedua ibubapanya belum
balik dari rumah saudara mara untuk memberi kad jemputan perkahwinan. Ain
terpandang handphone di atas katil. Tiba-tiba dia teringat akan seseorang. Di
saat-saat macam ni, dia perlu mengenepi
semua hal yang berkaitan dengan perasaan. Apa yang penting keselamatannya.
Marah, benci, dan yang lain-lain seangkatan dengannya harus di abaikan untuk
seketika.
Ain mendail nombor handphone Mirza tapi engaged pulak. Ain
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mendail lagi. Kali ini
handphonenya berbunyi tapi tidak diangkat. “ Mana dia ni, angkatlah handphone.”
gerutu Ain.
“ Hello, assalamualaikum.” Kedengaran suara Mirza memberi
salam.
“ Waalaikumussalam.”
“ Cik Ain, ada apa?” tanya Mirza ringkas.
“ Sorry ganggu, awak kat mana ni,?”
“ Saya dalam perjalanan nak balik. Kenapa?”
“ Ehmm….saya….saya nak minta tolong.” Ain teragak-agak dan
malu untuk meminta bantuan tapi dia terpaksa juga.
“ Tolong apa.”
“ Tolong datang rumah…boleh. Ibu dengan abah keluar tak
balik lagi. Saya takut. Ada kereta parking kat luar pagar, saya nak duduk kat
taman pun tak berani. Mirza, awak boleh datang tak?”
“ Ok, macam ni… awak jangan keluar… kejap lagi saya sampai.
Ingat tau jangan keluar.”
“ Ok, thanks Mirza.” Ain menarik nafas lega. Sebentar lagi penyelamatnya
datang. Kenapa di saat seperti ini dia teringat akan lelaki itu. Bukankah
lelaki itulah yang selalu cuba dielakkannya. Ain memegang dadanya, adakah taman
di dalam hatinya sudah mula berbunga.
Ain memberanikan diri turun ke ruang tamu. Dia memasang
semua lampu. Dibiarkannya setiap sudut rumah menjadi terang benderang supaya
orang lain tahu rumah itu berpenghuni. Ain cuba menghilangkan perasaan takutnya
dengan menonton tv. Dia mengerling jam tangannya. Sudah setengah jam berlalu
sejak dia menelefon Mirza. Hatinya gusar mengapa Mirza belum sampai. Tiba-tiba
perasaan takut semakin kuat melingkari dirinya.
Ain mengerling jam sekali lagi dan pada masa yang sama
kedengaran bunyi hon kereta dari luar pagar. Dia segera membuka pintu
utama. Jelas terpancar kelegaan pada
wajah Ain sebaik saja melihat kereta honda civic milik Mirza di luar pagar. Tangannya segera menekan
remote pintu pagar. Perlahan-lahan kereta honda civic milik Mirza masuk ke
halaman rumah dan parkir tepat di depan rumah.
“ Awak tak apa-apa.” tanya Mirza sebaik saja turun dari
kereta.
“ Saya tak apa-apa.”
“ Kereta hitam yang awak cakap tu masih ada kat depan, tapi
awak janganlah takut, saya dah cakap dengan tuan dia. Kereta tu rosak, tengah
tunggu towing car…,”
“ Ohh…iyakah, saya ingatkan orang manalah yang parking
kereta kat depan tu…thanks sebab datang…,”
“ No problems…,”
“ Kenapa tercegat kat sini, jomlah duduk…tapi kat luar ni
jelah. Kalau masuk tak bolehlah sebab saya seorang je.”
“ Duduk kat luar pun, kat luarlah….janji Cik Ain duduk
sekali.” Mirza memperlahankan ayat yang terakhir sambil tersenyum nakal.
Ain pura-pura tidak mendengar dan buat muka selamba.“ Awak
duduk dulu, kejap lagi saya keluar. Jangan balik pulak, kejap saja tau.”
Mirza mengangguk seraya tersenyum. Hati berbunga bila
mendengar Ain beriya-iya melarangnya dari balik. Dia baru sahaja sampai, kerusi
pun tak panas lagi takkanlah dah
terfikir nak balik. Tambahan pulak orang yang tersayang memerlukan
bantuan, tak sampai hati nak meninggalkan Ain sendirian di rumah itu. Kalau
jadi sesuatu, dia juga yang susah.
Beberapa minit kemudian Ain keluar sambil menatang dua buah mangkuk dan dua tin coca-cola beserta
gelas berisi ais. Dia meletakkan mangkuk untuk dirinya dan Mirza di atas meja.
“ Lama ke tunggu…,”
“ Hah…tak adalah, saya tengah ym dengan kawan ni, jadi tak
terasalah lamanya…”
“ Saya masak maggi je. Nak masak benda-benda berat ni ambil
masa. Jadi saya pilihlah mi maggi yang
sedap di masak enak di makan ni. Kira saya belanja Encik Mirzalah ni
sebab datang menemankan saya.” ujar Ain.
“ Buat susah-susah je. Lapar ke…,”
“ Tak, mengantuk…,”
Mirza mencebik mendengar jawapan Ain. Dia tahu Ain saja
melawak dengannya. Mirza hanya memandang Ain tak berkelip. Rasa pelik dengan
keramahan yang ditunjukkan Ain. Selama ini, jangankan duduk sekali, bercakap
dalam telefon pun payah nak dengar suara. Sepatah di tanya sepatahlah juga
jawapannya. Tapi berlainan pulak hari ini, hanya kerana kereta berwarna hitam
yang rosak depan rumah, Ain melayan dia dengan baik siap masak maggi lagi. “
Wah, alangkah bagusnya kalau tiap-tiap hari ada kereta rosak kat depan rumah
ni...,” bisik Mirza dalam hati sambil bibir menguntum senyuman.
“ Kalau Cik Ain nak, kita boleh makan kat luar. Makan maggi
ni bukan boleh kenyang pun, setakat alas perut tu bolehlah…,”
“ Keluar…tak naklah…saya dah masak ni sayang pulak kalau tak
makan. Terima kasih jelah. Lain kali ye…”
“ Kenapa senyum-senyum tengok maggi tu, apalah yang maggi tu
cakap sampai senyum ke telinga macam tu …,” sambung Ain lagi.
“ Hah…tak ada apa-apa…maggi ni cakap janganlah makan saya,
pandang je…,”
Kali ini Ain pulak yang mencebik mendengar jawapan Mirza.
Seperti selalu mereka berdua pasti tidak
akan puas hati jika tidak mengenakan satu sama lain. Mungkinkah kerana sikap
ini mereka akan bisa jadi rapat. Harap-harap macam tulah.
“ Ehmm, kenyangnya perut …terima kasih untuk maggi yang
sedap ni.” ucap Mirza sambil menunjukkan mangkuk yang sudah pun menjadi
licin-selicinnya.
“ Ok je, tak ada hal punya…,” jawab Ain sempoi. Dia menggangkat
mangkuk dan gelas untuk dibawa ke dapur. Mirza cuba menawarkan bantuan tapi Ain
awal-awal lagi sudah menegahnya. Beberapa minit kemudian Ain keluar sambil
membawa laptop miliknya.
Mirza hanya memerhatikan Ain yang sedang membuka laptop dan melayari internet. Sesekali matanya
melirik ke arah Ain. Ternyata Ain begitu leka dengan dunia alam siber sehingga
melupakan Mirza yang duduk bersebelahannya.
“ Ohh, inilah hobi Cik Ain kalau malam hari, ye? Buka saja
internet terus tak ingat dunia.,”
Ain mengangkat kepalanya dan megalihkan pandangan kepada
Mirza yang duduk di sebelahnya. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum sebagai
jawapan kepada pertanyaan Mirza itu sebelum bersuara.
“ Tak juga, bergantung kepada apa yang Ain nak cari
dalam internet. Kalau tak melayari internet Ain lebih suka tengok tv je."
“ Kalau Mirza pulak macam mana. Kalau waktu-waktu macam ni
buat apa?” soal Ain.
“ Tak menentu, kalau kawan ajak keluar , saya keluarlah.
Kalau tak saya duduk rumah saja. Ni ada si manja yang menemankan saya. Tak
boleh berenggang tau kami ni. Ke mana pergi selalu berdua.” jawab Mirza sambil
menunjukkan handphone Samsung Galaxy Note miliknya.
Ain tergelak mendengar Mirza yang membahasakan handphonenya
si manja. Terasa lucu. Ada-ada saja lelaki ini.
“ Kenapa gelak sampai macam tu. Tak percayalah tu…,”
“ Bukan tak percaya tapi lucu je bunyinya, cara Mirza layan
handphnone tu macam layan kucing pulak. Dahlah bagi nama si manja pulak tu.
Nama ni sesuai dengan kucing je tau.”
“ Kucing… memanglah nama tu nama kucing. Seekor kucing parsi
yang comel dan manja, yang dimiliki oleh bakal ibu mertua Cik Ain. Ehmm…Cik Ain
, awak suka kucing tak?”
“ Suka, setakat pandang tu bolehlah. Kalau nak pegang tu,
saya menyerah kalah awal-awal sebab saya alergi dengan bulu kucing sebab tu
rumah saya ni tak ada kucing. Tapi kalau pergi rumah kak ngah, hah…kucing dia
banyak, ada lapan ekor semua tau. Mirza suka kucing?”
“ Entahlah tapi rumah saya ada kucing, yang pasti itu bukan
kucing saya.”
“ Oh, iya ke. Hmmm…,”
“ Kenapa bunyi macam tu..,”
“ Tak ada apa-apa..,”
“ Jangan risau, lepas kahwin kita tak duduk dengan
family saya. Kita akan pindah ke kondo
milik saya. Kawasannya aman damai, sunyi, bersih dan paling penting saya tak
bela kucing. Cik Ain mesti suka.”
Ain memandang tepat ke wajah Mirza. Entah mengapa tutur kata Mirza itu benar-benar menunjukkan keperihatinan lelaki itu terhadap masa depan rumahtangga yang akal mereka dirikan. Dia tersenyum mendengar jawapan panjang lebar Mirza itu.
Begitu teliti sekali perancangannya selepas mereka berkahwin. Ain menyangka dia
akan tinggal dengan keluarga mertua. Tetapi rupa-rupanya awal-awal lagi Mirza
sudah mempunyai perancangan sendiri. Mungkin
Mirza dapat meneka akan keinginan hati Ain untuk tinggal berasingan. Ain
akui secara perlahan dia semakin tertarik dengan lelaki yang bakal menjadi
suaminya itu. Dia sendiri tidak tahu bila semua itu berlaku. Yang pasti Ain
rasa cukup selesa apabila dekat dengan
Mirza. Bila duduk bersebelahan macam ni
Ain dapat mengamati raut wajah lelaki itu. Kulit Mirza yang putih bersih dan kemerah-merahan itu membuatkan Ain suka
melihatnya. Mirza punya mata yang berwarna hazel dan pandangan dari mata itulah yang sering
membuatkan Ain jadi tidak menentu. Entah
kenapa selama ini dia tidak mampu melihat semua itu. Mungkin dia terlalu
mengikut amarah zaman kanak-kanaknya sehingga membutakan mata hatinya. Mujur
Ain sempat tersedar. Mungkin inilah yang dinamakan chemistry. Mungkin juga
Mirza telah berjaya mencairkan hati batunya.
“ Kenapa awak diam, Cik
Ain…,” tiba-tiba kata-kata itu terpacul dari bibir Mirza, mungkin tidak
selesa dengan suasana yang tiba-tiba menjadi senyap.
“ Tak tahu nak cakap apa…,”
“ Lah Cik Ain ni, saya ingatkan saya dah tersalah cakap tadi.
Awak fikir sesuatu ke?”
“ Fikir…fikir apa…tak ada apa-apalah. “
“ So, tadi tengahari shopping apa?”
“ Bukan saya yang shopping tapi Anita. Dia sukalah bab
shopping ni.”
“ Cik Ain tak suka ke…habis siapalah nak teman saya pergi
shopping nanti.”
“ Hah…awak nak pergi shopping…bila..,”Ain terkejut mendengar
kata-kata Mirza.
“ Bila kita dah kahwin nantilah, bukan sekarang…awak dah tak
sabar nak keluar dengan saya ke…,” Mirza tersenyum nakal sambil menjungkitkan
keningnya sebelah.
Muka Ain merona merah, tak tahu nak letak muka kat mana.
Bawah meja, boleh tak.” Bukan tak sabar, saya takut saya yang tak ada masa nak
temankan Encik Mirza.” Saja nak cover line sebab dah terlepas cakap tadi. Malu
oh.
“ Tak ada masa, kita adakanlah masa…,” jawab Mirza dengan
senyuman yang penuh makna.
“ Oh ok.,” Ain mati akal. Sudahnya dia mengiyakan saja
kata-kata lelaki itu. Tiba-tiba rasa malu untuk bertentang mata dengan lelaki
itu.
“ Cik Ain terima kasih sebab sudi berbual dengan saya. Dan
terima kasih juga untuk maggi yang sedap lagi enak tu. Lepas borak-borak dengan
Cik Ain ni, saya rasa kita ni boleh ngamlah. Lain kali kalau ada orang parking
lagi kat depan tu, ringan-ringankanlah jari-jemari Cik Ain untuk mendail nombor
telefon saya, ok.”
“ Amboi, perli nampak. Encik Mirza kalau setakat maggi tu,
tak ada hallah, saya banyak stok maggi. Saya yang patut ca….,” bunyi hon dari
luar pagar mematikan kata-kata Ain. Dia dan Mirza berpandangan kerana terkejut
dan takut kalau-kalau itu adalah orang dari jabatan agama. Tak pasal – pasal
pulak kena tangkap khalwat. Minta dijauhkan.
Kelihatan seorang wanita separuh umur keluar dari tempat
duduk hadapan. Setelah diamati akhirnya Ain menarik nafas lega. Laju tangannya
menekan butang remote control pintu pagar. Perlahan-lahan kereta proton waja
milik Encik Azman memasuki halaman rumah dan terus parkir di garage.
“ Ain, Mirza kenapa ni? Macam nampak hantu saja…,” tanya Puan
Salmah sebaik saja menghampiri anak gadis dan bakal menantunya.
Ain pun menceritakan
perihal kereta mewah yang parkir di luar pagar yang telah membuatnya jadi
takut untuk keluar. Kerana rasa takut itulah juga yang telah mengheret Mirza
berada di rumahnya. Setelah diselidiki oleh Mirza rupa-rupanya kereta itu rosak
dan sedang menunggu kereta tarik datang.
Kedua ibubapa Ain hanya mengangguk kepala mendengar
penjelasan anak gadis mereka. Kini fahamlah mereka akan duduk perkara yang
sebenar. Penjelasan itu melegakan. Sebenarnya mereka sendiri hairan melihat
kereta honda civic Mirza yang parkir di halaman rumah. Berbagai andaian yang
muncul dalam minda. Mujur Ain bijak
membaca riak airmuka mereka dan memberi penjelasan.
Mirza menjeling jam tangannya. Jarum jam tangannya sudahpun menunjukkan pukul 11.00 malam. Begitu cepat masa berlalu,
tak terasa. Dia sendiri sudah mengantuk. Esok dia akan menghadiri mesyuarat dan
perlu datang awal ke pejabat kerana ada beberapa kerja yang perlu disiapkan.
“ Memandangkan pak cik dengan mak cik dah balik, saya pun
nak beredar ni.” Mirza minta diri.
“ Terima kasih sebab datang tolong tengokkan Ain ni.”
“ Tak ada apa-apalah pak cik.” Balas Mirza seraya bersalam
dengan kedua ibubapa Ain sebelum masuk ke dalam kereta. Perlahan dia menurunkan
cermin kereta dan mengangkat tangan.
“ Kamu baik-baik bawa kereta tu. Jangan laju-laju drive tu.”
Pesan Encik Azman.
Mirza membunyikan hon sebelum bergerak keluar meninggalkan
perkarangan rumah Encik. Bersama malam yang semakin larut Mirza memandu dengan
kelajuan yang minima membelah kepekatan malam. .
Ain beriringan dengan kedua ibubapanya masuk ke dalam rumah.
Dia yang sudahpun mengantuk segera minta izin untuk masuk tidur dan segera
memanjat tangga ke tingkat atas meninggalkan abah dan ibunya yang masih mahu
duduk di ruang tamu. Ain menutup rapat pintu bilik sebelum mencapai baju tidur di belakang pintu. Usai menukar
baju, Ain dikejutkan oleh bunyi ringtone sms, dia segera mencapai handphone di
atas katil. Tiba-tiba terukir senyuman yang manis di bibir mungil Ain saat membaca sms yang dikirimkan oleh Mirza.
Cik Ain,
Selamat malam, Sweet dream…I’m always with you…:)
Entah kenapa hati Ain senang sekali saat menerima sms itu.
Adakah hati Mirza juga begitu saat mengirimkan sms itu?
“Kenapa bahang kemarahan yang dulunya umpama gunung berapi
yang menanti saat meletus kini sudah tidak terasa kehangatannya dan semakin
padam. Adakah hujan cinta yang turun menyirami
bumi telah menyejukkan lahar gunung berapi itu sehinggakan bunga-bunga
kasih yang tidak pernah diketahui akan asal-usulnya turut tumbuh hingga
berbunga dan mewangi. Arghhhhh...aku keliru, sungguh aku keliru.” sambil
berbaring Ain bermonolog di dalam hati.
Ain memeluk erat bantal peluknya dan menutup rapat matanya.
Dia mahu lena dalam dakapan malam dan melupakan seketika perasaannya yang penuh dengan kesangsian itu. Semoga
semua rasa keliru dan sangsi itu akan pergi saat dia terbangun dari tidur.
NAK LAGI PLEASE
ReplyDelete