SeLaMaT DaTang Ke Blog Aini Qirana

Terima kasih semua sebab follow blog Aini. Terima kasih juga sebab baca e-novel yang tak seberapa ini. Lepas baca tu...sila-silalah tinggalkan komen.

Friday, November 04, 2011

Saat Cinta Bersemi 8 & 9


Ain mengerling jam tangannya beberapa kali.  Sejak tadi dia menunggu di perhentian bas itu tapi satu bayang teksi pun tidak kelihatan.  Ain jadi semakin gelisah. Dia sudah lambat setengah jam untuk berjumpa Anita.  Pasti Anita akan membebel. “Manalah semua teksi ni pergi…takkan semua rosak kot? bisik Ain di dalam hati. Sudah banyak kali nada dering  sms Ain berbunyi, pasti itu sms dari Anita. Ain jadi tak senang duduk di buatnya. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. 

Tanpa di sedari ada sepasang mata  sedang memerhatikan tingkahlaku Ain. Timbul rasa simpati di hati si pemerhati apabila melihat Ain yang tak senang duduk lantaran terlalu lama menunggu kemunculan teksi.

Ain hampir berputus asa kerana terlalu lama menunggu teksi. Tapi demi Anita dia gagahkan juga diri untuk terus menunggu dan berharap agar teksi muncul di saat ini. Ain mengeluarkan handphone dari dalam beg. Perasaannya berbelah bagi sama ada nak menghantar sms kepada Anita ataupun tidak. Perlukah dia membatalkan temujanji mereka pada hari itu. Ain mengerling jam tangannya sekali lagi.  Lagi sepuluh minit maka genaplah penantian teksinya selama satu jam. “ Sorry Anita, kita tak dapat jalan-jalan hari ni macam yang kita janji,” getus Ain dalam hati. 

Nampak gayanya, Anita akan memarahi Ain sekali lagi. Dengan berat hati , Ain menaip satu persatu ayat untuk memberitahu Anita. Sedang Ain leka menaip sms, tanpa di sedarinya ada sebuah kereta honda civic berwarna kelabu berhenti tepat di depannya. Bunyi hon dari kereta itu membuat Ain terkejut dan melatah. Nasib baik tuan punya kereta tak dengar kalau tak pasti Ain jadi bahan usikan. 

Ain yang terkejut segera berdiri dan bergerak ke arah kereta honda civic itu. Seingat Ain dia tidak ada kawan yang memandu kereta honda civic. “ Siapalah agaknya orang ini, jangan-jangan dia penyelamat aku…,” bisik Ain kepada diri sendiri.

“ Bismillahirrahmanirrahim…,” Ain memberanikan diri mengetuk tingkap kereta itu. 

Beberapa saat kemudian, kelihatan tingkap kereta itu turun perlahan-lahan. Ain menanti dengan penuh debar, menanti siapakah gerangannya pemilik kereta honda civic itu. Perempuan ke lelaki…Bagaikan dihempap batu rasanya kepala Ain saat terpandang wajah di depannya.

“ Aduh…apa punya malanglah hari ni, dua kali jumpa dia ni…,” gumam Ain sendiri dalam nada  separuh berbisik.

 “ Cik Ain buat apa terconggok kat situ,  naiklah…orang dah lambat ni..,” suara Syed Harith Mirza.
Ain jadi serba salah sama ada nak naik atau tidak, tapi kalau tak naik macam mana nak sampai kat Sogo,  dahlah teksi tak ada. Hentam jelah labu..Ain membuka pintu depan dan masuk ke dalam kereta. Buat macam tak ada apa-apa …habis cerita…Ain memadam sms yang ingin di hantar kepada teman karibnya.

Sepanjang perjalanan masing–masing diam, membisu seribu bahasa. Walaupun Ain rasa canggung tapi nak buat macam mana dia sendiri  lebih suka mendiamkan diri. Dia lebih rela memandang ke luar tingkap walaupun tidak ada apa-apapun yang menarik perhatian. Cuma bangunan yang tinggi-tinggi sahaja yang menjadi tontonan mata. Itu labih baik dari memandang orang di sebelah.

Demikian juga dengan Mirza, dia  meneruskan pemanduannya dengan tenang. Sesekali matanya akan mencuri pandang ke arah Ain. Bagi Mirza wajah itu sentiasa ayu pada pandangan matanya. Ain Shauqina gadis yang pertama kali membuatkan dirinya menjadi tidak keruan  sejak mereka di  sekolah menengah lagi. Setiap kali mereka berselisih ketika waktu rehat pasti Mirza akan menjadi tidak menentu. Tapi lantaran sikapnya yang sering membuli Ain semasa mereka di sekolah rendah dahulu menyebabkan Ain tidak gemar untuk bertegur sapa apatah lagi untuk bercakap dengannya.

Selepas Mirza melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia tidak pernah lagi mendengar khabar berita tentang gadis itu. Pernah juga terlintas di fikirannya untuk bertanya tentang Ain kepada teman-temannya yang lain tapi dia malu jika teman-temannya tahu dia menyimpan perasaan terhadap Ain sedangkan semasa di sekolah rendah, dia dan rakan-rakannya selalu membuli Ain. Sudahnya dia diamkan diri saja.

Tapi semuanya berubah selepas kepulangannya ke Malaysia setelah habis pengajian di luar Negara. Ketika mamanya menyuarakan keinginan untuk menyunting Ain sebagai  suri hidupnya, ia benar-benar sesuatu yang di luar dugaannya. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.Mahu saja dia menjerit gembira dan terus bersetuju. Tapi egonya sebagai seorang lelaki melarangnya berbuat demikian. Sudahnya dia berlakon di depan mamanya, berpura-pura bimbang kalau saja niat baik mamanya itu tidak di terima oleh keluarga Ain. Tetapi mamanya yakin akan niat baik mereka itu dan menyuruh Mirza supaya tidak terlalu bimbang akan hal itu. 

Kini setelah Mirza berjumpa dan mengenali Ain secara perlahan-lahan barulah dia tahu, betapa gadis yang bernama Ain itu seorang yang amat keras hati. Tapi Mirza berjanji pada dirinya yang dia akan cuba untuk mencairkan hati yang keras itu sekaligus menambat hati Ain.

Setelah hampir lima belas minit dalam perjalanan akhir mereka sampai ke tempat yang dituju. Kereta honda civic itu masuk ke ruang parkir kereta Sogo.  Ain memandang Mirza di sebelahnya, dia jadi hairan kenapa Mirza tidak menurunkan dia di  depan bangunan Sogo tapi sebaliknya masuk ke ruang parkir. 

“ Janganlah tengok macam nak terkeluar biji mata tu…bukan Cik Ain seorang saja nak jalan-jalan kat dalam Sogo ni. Saya pun nak juga.,”

“ Gulp…,” Ain menelan air liur mendengar kata-kata Mirza itu. Apabila melihat Mirza turun Ain segera membuka pintu kereta dan turun. Dia hampir-hampir lupa mereka sudahpun berada dalam bangunan  Sogo.

Mereka jalan beriringan  menuju ke pintu lif. Sebaik saja pintu lif terbuka mereka segera masuk ke dalam perut lif untuk naik ke tingkat atas. Di sebabkan orang yang berpusu-pusu masuk ke dalam lif menyebabkan mereka terhimpit di ruang sudut lif.  Masing -masing diam  kerana tidak selesa dalam keadaan begitu.

Jualan Mega Sale yang sedang berjalan menyebabkan Sogo dipenuhi oleh orang ramai. Keadaan yang sesak  itu membuatkan pergerakan Ain agak perlahan dan terbatas.  Ain memandang Mirza yang berjalan dengan laju di hadapannya. Sesekali dia dapat menangkap lelaki itu menoleh ke belakang. Tapi bila pandangan mereka berlaga masing-masing segera memalingkan muka ke arah lain.

Tangan Ain menggagau mencari handphone di dalam beg tangannya apabila terdengar handphonenya berdering. Ain memandang skrin handphone untuk melihat siapakah gerangannya si pemanggil.

“ Hello, Anita…kau kat mana , aku dah sampai ni..hello..hello..Anita…hello…,” Ain memandang handphonenya dengan wajah kehairanan. “ Kenapa dia letak handphone…pelik, takkan marah kot,” Ain bercakap dengan diri sendiri sambil tangannya menggaru rambutnya yang tidak gatal.

“Ehem…,”

Ain memandang  ke arah datangnya suara orang berdehem itu. Pandangannya menangkap sesusuk tubuh Mirza yang  berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri itu. Ain hampir-hampir terlupa yang dia datang dengan Mirza. Ain melihat lelaki itu menudingkan jari telunjuknya ke arah Ain menyebabkan Ain menoleh ke sebelah kanan dan kiri tapi tiada apa pun yang menarik perhatiannya.

“ Apa..,” tanya Ain kepada Mirza. Dia pelik apa sebenarnya yang ingin  di sampaikan oleh lelaki itu.

Mirza tidak menjawab pertanyaan Ain tapi sebaliknya memberi isyarat kepada Ain supaya memusingkan badannya  ke arah  belakang.

Ain menurut kata-kata Mirza,. Dia segera memusingkan badannya ke belakang, tidak sabar untuk melihat apa yang  ingin di tunjukkan oleh Mirza.

 Alangkah terkejutnya Ain apabila melihat Anita yang berbaju merah berdiri di belakangnya sambil mencekak pinggang.  Anita berjalan mendekatinya.  

“ Wei, asal ko lambat sangat aku dah pening dah pusing-pusing kat dalam ni seorang-seorang,” jerkah Anita dengan muka masam.

Ain memegang lengan Anita seraya berkata” Sorilah beb, aku tunggu lama kat bus stop tapi satu bayang teksi pun tak nampak. Nasib baik Mirza lalu kat depan bus stop tu, dapatlah aku tumpang dia. Kalau tak memang tak sampailah aku kat sini,” terang Ain bersungguh-sungguh.

“Ok..ok, tak payahlah nak explain  panjang lebar, aku fahamlah,”

“ Apa-apa pun, sebelum kita nak memborong kat  shopping kompleks ni jom kita momom dulu. Aku dari tadi tak makan lagi tau sebab nak tunggu bestfriend aku ni datang.” sambung Anita lagi.

“ Lah…iya ke..kesiannya, ok…jom…jom pergi makan…,”Ain menarik tangan Anita agar mengikutnya pergi ke restoran.

“ Kejap..kejap, kita berdua je ke…habis yang berdiri kat situ tu apa cerita…,” Anita menunjuk ke arah Mirza yang sedang memandang ke arah mereka sambil berpeluk tubuh.

Ain menepuk dahi.” A’ahlah, aku lupa…kau tunggu kejap ok..,” balas Ain.

“ Encik Mirza, kita orang nak pergi makan. Encik nak join ke?” tanya Ain sebaik saja menghampiri Mirza.

Hanya gelengan kepala yang menjadi jawapan.


“ Ok, bye…kitaorang pergi dulu. Encik Mirza, thanks sebab tumpangkan saya...” ucap Ain sambil tersenyum.

Mirza terpaku seketika saat melihat senyuman di bibir mungil Ain. Betapa  dia tidak pernah bermimpi sebelum ini akan menerima senyuman manis dari bakal isterinya. Pantas hatinya berdegup kencang kerana senyuman itu.

“ Bye..,” ucap Ain sekali lagi apabila melihat Mirza mematungkan diri sambil memandangnya dengan mata yang tidak berkelip.

Mirza yang tersedar segera memandang ke arah kanan dan kira, cuba menutup perasaan malunya. Kemudian dia menudingkan jari telunjuknya kepada diri sendiri.  

Ain mengangguk. Kemudian  mengangkat tangannya dan melambai kepada Mirza.

Mirza melurut dada, lega kerana Ain tidak menyedari perbuatan Mirza sebentar tadi. Dia meletakkan tangannya semula ke atas dadanya, degupan itu masih lagi terasa walaupun rentaknya semakin berkurangan.



Anita menyisip air sirap bandung perlahan-lahan sambil memerhatikan Ain yang sedang asyik menikmati sizzling noodles.

“ Sedap sangat ke, sampai tak ada bunyi…,” tanya Anita.

“ Macamlah kau tak tahu inikan favourite aku…,”

“ Tahulah, aku saja usik kau..,”


“ Kau cakap kau tak suka mamat perasan baik tu, tapi tadi aku tengok bukan main lagi kau bercengkerama dengan dia, dah kuch-kuch hota hai ke korang berdua.” Sambung Anita lagi.

“ Apalah kau ni suka fikir bukan-bukan, bila masa aku bercengkerama. Aku cuma ucap terima kasih je sebab tumpangkan aku. Kalau aku tak tumpang dia aku tak sampai sini. Nanti tak pasal-pasal ada pulak orang tuduh aku, lupa kawanlah, sibuk memanjanglah dan macam-macam tuduhan lagilah...”

“ A’ah ek, kalau tak pasal dia mesti kau masih tersadai kat bus stop tu kan…”

“ Hah, pandai pun kau, baru kali ni aku rasa kau guna otak kau dengan betul, syabas kepada Anita kerana telah pulih..,”

“ Kau perli aku ek…,”

“ Gurau jelah…peace no war,” balas Ain sambil mengangkat dua jarinya tanda peace.

“ Malas nak layan, kau dah siap ke…kalau dah jomlah jalan, kang habis pulak barang yang aku nak borong tu.” Anita berdiri sambil menyangkutkan beg tangan ke bahu.

Ain mengangguk dan turut berdiri sambil mengangkat beg tangannya dari riba sebelum di sangkutkan ke bahu.

Mereka berjalan bergandingan keluar dari food court itu menuju ke destinasi yang ingin dituju. Masing-masing sedang memikirkan apa yang ingin di beli. Sudah menjadi kebiasan bagi Anita untuk memborong apa saja yang diinginkan setiap kali dia keluar shopping. Bagi Ain pulak dia harus berjimat dalam berbelanja. Memandangkan dia belum bekerja jadi dia harus tahu membezakan antara keperluan dan kehendak. Dia tidak boleh berbelanja sesuka hati, walaupun abah tidak pernah menyuruhnya agar berjimat tapi Ain tahu, ada sesetengan perkara ibubapa tak akan beritahu tetapi mahu anak mereka faham sendiri. Dan itulah yang Ain cuba praktikkan.


Mereka berjalan mengunjungi setiap bahagian yang menawarkan diskaun bagi setiap barang yang dijual. Anita rambang mata melihat harga yang ditawarkan. Setiap kali mereka berjalan dari satu kaunter ke satu kaunter Anita pasti akan singgah dan membeli barang. Inilah sikap Anita setiap kali keluar shopping.  Bagi Ain pula, dia hanya akan mebeli sesuatu barang kalau barang itu betul-betul diperlukan. 

Disebabkan kedua-duanya leka membeli-belah mereka tidak sedar sehingga  terlanggar seorang pemuda yang sedang berselisih jalan dengan mereka. Habis barang-barang mereka terjatuh dan bersepah di lantai. Bukan setakat barang mereka barang orang itu pun turut sama terjatuh. Anita dan Ain serta pemuda itu memungut barang masing-masing.

“ Maaf encik, tak sengaja terlanggar..,” ucap Ain lembut dengan senyuman di hujung bibir.

“ Tak apa, saya pun tak sepatutnya jalan melulu macam tu, saya nak cepat tadi, tu yang terlanggar cik berdua…,” balas pemuda itu.

“ Cik berdua tak apa-apakan..,”sambung pemuda itu lagi.

“ Tak..,” jawab Ain dan Anita serentak.

“ Kalau macam tu saya pergi dulu…,” ucap lelaki itu sambil berjalan laju meninggalkan Ain dan  Anita yang masih lagi terkejut dengan kejadian itu.

“ Ain, kenapa kau pandang lelaki itu semacam je..,” Anita hairan melihat Ain masih mematungkan diri sambil memandang lelaki itu sehingga hilang dari pandangan mereka.

“ Entahlah tapi lelaki itu…aku rasa aku pernah lihat dia tapi aku tak ingatlah kat mana…,”

“ Alah, pelanduk dua serupa kot…tak yah nak peningkan kepala nak ingat…jom kita sambung shopping.” ujar Anita sambil memeluk bahu kawannya dan mereka berjalan beriringan menuju destinasi seterusnya.

Tanpa mereka sedari ada mata yang memerhatikan gerak-geri mereka dari jauh. Ada kelegaan di wajah si pemerhati apabila dapat memboloskan diri dari dua orang  gadis itu. Dia tidak khuatir akan gadis yang  berbaju merah tapi dia khuatir dengan gadis yang  seorang lagi itu. Gadis itu melihatnya dengan pandangan yang begitu mendalam. Seolah-olah gadis itu cuba memerah  otak untuk mengingat wajahnya. Sebenarnya dia bimbang  jika identiti dirinya terbongkar. Nampaknya dia perlu berhati-hati di masa akan datang.