SeLaMaT DaTang Ke Blog Aini Qirana

Terima kasih semua sebab follow blog Aini. Terima kasih juga sebab baca e-novel yang tak seberapa ini. Lepas baca tu...sila-silalah tinggalkan komen.

Friday, October 18, 2013

Saat Cinta Bersemi 13

Ain memandang wajah dari dalam cermin. Ternyata benarlah kata-kata orang yang selalu Ain dengar bahawa mak andam ni punya sentuhan magis, bisa merubah wajah seseorang menjadi lebih cantik dan nampak berbeza. Dari dalam cermin Ain melihat wajah mak andam yang kelihatan puas hati dengan tatariasnya,kelihatan wajah Anita dan kak ngah tersenyum memandangnya. Tiba-tiba hati Ain dihambat rasa gembira  yang tidak terhingga lebih-lebih lagi bila terlihat wajah ibu yang baru masuk ke dalam bilik dari dalam cermin. Ain segera berpaling dan tersenyum memandang Puan Salmah. Wajah tua ibunya kelihatan berseri-seri, mungkin gembira kerana Ain akan berkahwin.


“Dah…dah…dah…Ain, you jangan  nak berdrama sedih-sedih pulak…nanti luntur pulak make-up you tu. Tak larat I nak make-upkan you lagi tawww.”suara mak andam mengejutkan Ain dari hanyut dalam dunia emosinya.

Ain tergelak mendengar kata-kata mak andam. Yang lain pun turut tergelak mungkin tercuit dengan kata-kata mak andam itu.

“ Ain, pergi salin baju…lepas ni I nak dandan rambut you pulak.”mak andam menghulurkan baju nikah yang berwarna putih kepada Ain


Ain menyambut baju dan bergerak ke dalam tandas. Beberapa minit kemudian Ain keluar dengan baju nikah yang berwarna putih tersarung cantik di tubuhnya.

“ Wah, Ain cantiknya baju kau. Pandai mak mertua kau pilih ek…,”

“ Tak adalah biasa-biasa je, kat luar tu banyak lagi yang lagi cantik dari ni tau.” jawab Ain dengan penuh rasa rendah diri. Tidak mahu perasaan riak menguasai diri. Tak baik.


Mak andam mendandankan rambut Ain dengan menyanggulnya sebelum di letakkan veil. Ain kelihatan begitu cantik dan anggun dengan solekan yang begitu memukau mata yang melihat. Mungkin kerana Ain jarang mengenakan mekap pada wajahnya  jadi bila sesekali dimekap nampak menyerlahlah kecantikannya.

Hati Ain semakin berdebar-debar sebaik saja Anita yang baru saja masuk ke dalam bilik memberitahu rombongan pengantin lelaki sudahpun sampai.

Ini bermakna sebentar lagi majlis akad nikah akan berlangsung. “ Kau ok ke Ain?” Anita menghampiri Ain yang sedang duduk di birai  katil.

“ Hah..ak..aku ok je tapi rasa nervous sikit.”

“ Alah…tak ada apa-apalah..kau tu je nervous lebih-lebih..tak tahulah malam ni macam mana pulak..”senyuman nakal terukir di bibir Anita.

Muka Ain merona merah apabila diusik oleh Anita. Dia yang faham maksud Anita segera mencubit lengan kawannya itu.

“ Ouch…sakit tawww…”

“Isk…budak berdua ni pantang jumpa ada saja ceritanya.” ujar kak ngah sambil berjalan menghampiri Ain dan Anita.

“ Alah, kak…bila lagi nak menyakat Ain. Lepas ni dia dah tak geng dengan saya lagi.”

“ Hei, apalah kau cakap macam ni. Kau, aku…kita akan jadi geng sampai bila-bila, melainkan engkau sendiri yang tak nak bergeng dengan aku. Iyalah, kau kan dah kerja mesti jumpa geng baru.”

“Eleh…bucuk-bucuk janganlah merajuk, aku main-main je…kita nikan bff.”Anita memeluk rapat bahu Ain.



Dengan sekali lafaz sahaja, Ain Shauqina menjadi isteri kepada Syed Harith Mirza. Kelihatan manik-manik jernih menitis membasahi pipi gebu Ain, hatinya terasa sayu sekali. Perasaan gembira bercampur dengan perasaan sedih kerana selepas ini dirinya bukan lagi tanggungjawab ibubapanya tapi tanggungjawab suaminya.

“Janganlah sedih...cair make-up taw..tak comel” bisik Anita sambil cuba menghiburkan hati Ain.

Ain tersenyum mendengar kata-kata kawannya itu.

Pengantin lelaki bergerak menuju ke tempat Ain duduk bersimpuh. Terasa jantung Ain berdegup pantas dan rentaknya tidak seirama. “Entah apa jenis perasaan yang aku rasa ni.” hati Ain berbisik hairan.Ain tertunduk malu. Tidak sanggup rasanya bertentang mata dengan Encik suami. Hai…malulah pulak.


Syed Harith Mirza menyarungkan cincin ke jari manis Ain sebelum menghulurkan tangan. Ain memyambut huluran tangan Mirza dan mencium tangan Mirza. Saat ini ada perasaan aneh yang sedang menyelinap  masuk ke dalam hati  Ain. Dia tertanya-tanya pada dirinya perasaan apakah itu. Adakah perasaan itu datang bersama huluran tangan Mirza sebentar tadi...Walau dari mana pun perasaan itu datang, yang pasti ada kedamaian dan kebahagain yang Ain rasakan.

Ain tersipu malu apabila Mirza mahu mencium dahinya, lebih-lebih lagi lelaki itu sempat bermain mata dengannya. Untuk pertama kalinya Ain tersenyum manis memandang Mirza. Walaupun malu tapi Ain cuba jugak memaniskan muka di hadapan para tetamu yang hadir. Selepas upacara nikah majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama ahli keluarga dan sahabat-handai yang hadir.

Selepas semua tetamu pulang, yang tinggal semuanya saudara-mara yang datang dari jauh sahaja. Ada yang awal-awal lagi masuk berehat kerana terlalu penat. Manakala ada pulak yang masih sibuk berkemas. Mirza juga tidak terkecuali dari membantu mengemaskan  apa yang patut.

Usai membantu Mirza pun bergerak naik ke tingkat atas rumah mahu menghilangkan penat. Mirza mengetuk pintu beberapa kali tetapi tidak ada jawapan. Mahu saja dia turun ke ruang tamu semula tetapi memandangkan ahli keluarga Ain yang lain masih lagi bersantai Mirza mematikan niatnya itu.Dia masih dalam proses mengenal setiap saudara–mara Ain jadi ada sedikit perasaan segan dalam hati. Dia memberanikan diri untuk memulas tombol pintu dan melangkah masuk dengan berhati-hati. Langkah disusun dengan teratur . Mengalahkan langkah perempuan melayu terakhir pulak.

Mirza meletakkan tangannya di dada, terasa degupan jantungnya berdegup laju. Macam-macam yang terbayang sejak dari tadi. Terbayang dirinya dibuli oleh Ain, dimarahi dan paling dahsyat kena kunci dalam tandas. Isk…isk..isk…adakah patut membayangkan perkara yang belum tentu lagi akan terjadi.

Mata Mirza melilau mencari kelibat Ain apabila melihat katil yang kosong. Dia hairan ke mana pula isteri yang baru dinikahinya menghilangkan diri. Takkan dah lari kot. Tadi ok je masa sarung cincin tak ada tanda-tanda menentang perkahwinan ini. “Hai…mana pulak Cik Ain ni…opps tersalahlah pulak Puan Ain ataupun Mrs Mirza..hah baru sedap sikit telinga nak dengar..” bisik Mirza dalam hati.

“ Hai, tak reti nak bagi salam ke…main redah je bilik orang. Cari siapa tu dok terhendap-hendap macam pencuri tu.” Mirza menjadi kaku saat terdengar suara Ain dari arah balkoni. Dia terus jadi tak keruan, maklumlah dah tertangkap…habislah apa pulak hukuman yang menanti ni.

“ Assalammualaikum,  sorry  tadi tak perasan Cik Ain kat luar ni tu sebab saya mencari-cari dalam gelap ni.”

“ Mesti awak tak tahu bilik ni ada balkonikan. Iyalah dulu ini bilik your parents kira master bedroom yang kedualah, so mestilah ada sedikit kelainankan.”

Mirza hanya mengangguk mengiyakan kata-kata isterinya. Sememangnya dia sudah lupa akan kewujudan balkoni itu. Dia berjalan mendekati isterinya dan berdiri tegak di belakang Ain, tanpa di pelawa Mirza duduk bersebelahan Ain.

Ain yang terkejut segera berpaling memandang Mirza yang duduk di sebelahnya. Ain dapat merasakan mereka begitu hampir sehinggakan pergerakan tubuhnya terkunci kerana tidak mahu bersentuhan dengan Mirza.

Mirza berlagak selamba. Dia sedar isterinya terkejut tapi isterinya hanya mendiamkan diri tidak seperti sebelum ini isterinya cuba untuk menghindarinya. “Ehmm..dah ada perubahan ni…bagus…bagus..,” bisik Mirza dalam hati. Mungkin juga kerana status mereka sebagai suami isteri menyebabkan Ain tidak lagi menolak Mirza.

“ Mirza , hari ini kita dah jadi suami isteri, apa perasaan you?” tanya Ain memecah kesunyian di antara mereka. Terasa janggal bila duduk berduaan tanpa sebarang kata.

“ Betul you nak tahu, happy sangat sebab tak sangka kita dah jadi pasangan suami isteri tapi pada masa yang sama saya gusar memikirkan penerimaan awak terhadap saya sebagai suami awak.”

“ Oh…happy sangat ek..tapi kenapa mesti perkataan sangat tu ada sekali …Mirza memang nak sangat kahwin dengan saya ke?...” Ain sengaja menekan perkataan sangat untuk mendapatkan yang diingini.

“ Happy sangat sebab rasa happy tu terlalu banyak sampai tak terhitung sebab tu ada perkataan  sangat. Ehmm…saya memang berharap kita ada jodoh dan berkahwin lebih-lebih lagi bila family kita mahukan begitu tapi semua ini di tangan Allah. Dan sememangnya sudah tersurat ada  jodoh di antara kita maka kita terikat dengan ijab Kabul yang sah.” jawapan yang berhati-hati dan terselit sedikit ketidakjujuran dalam jawapan itu. Mirza tidak mahu mengaku yang sememangnya dia mahu memperisterikan Ain. Dia malu sekiranya Ain menolaknya. Dia akan berterus terang bila sampai masa dan ketikanya.

“ Encik Mirza…”

“Pembetulan…abang…saya rasa itu panggilan manja yang paling sesuai. Apa kata kita mulakan dengan benda-benda yang kita rasa simple tapi sebenarnya penting.”

“Hah…aa…ab…bang..” tiba-tiba datang pulak gagap Ain, tak pernah-pernah gagap sebelum ni. Buang tabiat ke  apa.

“ Mula-mula memang tak biasa tapi lama-lama oklah tu. Practice make perfect.”  kenyit mata Mirza.

Keadaan menjadi senyap seketika masing-masing masih dalam proses penyesuaian. Ain jadi hilang punca untuk berbual dengan Mirza. Lelaki itu lebih berminat untuk berbual perkara-perkara yang berhubung dengan alam rumahtangga mereka. Sedangkan Ain pulak baru sahaja mahu membiasakan diri dengan fasa perkahwinan ini.

“Saya masih memerlukan sedikit ruang untuk membiasakan diri untuk memanggil Encik Mirza, abang. Untuk sementara …” Ain cuba menyuarakan ketidakpuasaan hati.

“Untuk sementara Mrs Mirza kena juga biasakan diri sebab kita akan duduk dengan family saya dalam masa seminggu, before we move to our own house…ok…”

“ What…Mrs Mirza…dia bahasakan aku Mrs Mirza. Dulu Cik Ain sekarang Mrs Mirza lepas ni apa pulak…sayang…darling…eeehh…dia ni ikut sedap mulut dia je…” gerutu Ain dalam hati.

“ Ok…depan our parents saya akan panggil  abang tapi kalau kita dah pindah rumah sendiri saya nak kita panggil macam biasa, boleh…”

“Boleh tak?..” Ain tidak berpuas hati apabila Mirza masih  tidak memberikan  jawapan.

“ Ehmm…tengoklah dulu macam mana…yang penting sekarang bukannya masa akan datang…” Mirza berdiri dan mengerak-gerakkan badannya ke kiri dan ke kanan cuba membetulkan urat-urat badan yang tegang. Mirza menguap beberapa kali cuba memberi isyarat kepada isterinya, masa untuk masuk  tidur.

Ain yang faham maksud si suami cepat –cepat membuang pandang ke arah lain. Mirza berdiri meninggalkan Ain yang masih membatu sambil mata mendongak ke langit.

Walaupun mata Ain tertumpu pada bintang-bintang malam yang bertaburan di dada langit tapi fikirannya entah ke mana-maan. Masih terngiang–ngiang di telinganya akan nasihat – nasihat yang telah diberikan oleh ibu. Sungguhpun dia dan Mirza bukanlah berkahwin atas dasar cinta seperti pasangan yang lain tapi masih ada juga insan lain di luar sana yang bercinta selepas kahwin dan mereka bahagia. Harap mereka pun macam tu. Beberapa minit kemudian dia membuntuti langkah suaminya

Ain berdiri di belakang Mirza yang kelihatan seperti mencari sesuatu di dalam bilik mereka. Ain pasti suaminya mencari beg pakaiannya. Ain membiarkan suaminya dalam keadaan tercari-cari itu sementara dia pulak masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba sahaja perutnya memulas-mulas pulak. Agaknya  perut Ain tak tahan dengan makanan yang pedas-pedas siang tadi.

Ain mencari kelibat Mirza sebaik saja keluar dari tandas. Dia hairan ke mana pulak suaminya hilang. Takkan dah lari kot. 

Ain tak ambil pusing ketiadaan suaminya sebaliknya dia merebahkan dirinya di atas tilam empuknya. Sakit perut Ain masih terasa. Memandangkan Mirza tiada dalam bilik, Ain mengambil kesempatan itu untuk mencapai minyak cap kapak di dalam laci meja di sisi katil. Ain segera menuang minyak di tapak tangan sebelum menyingkap bajunya dan melumurkan minyak itu ke atas perutnya. Ain mengusap-ngusap perutnya agar minyak angin itu meresap ke dalam lapisan  kulit perut dengan segera. Ain terasa sedikit lega. Perlahan-lahan Ain menutup matanya. Majlis siang tadi benar-benar memenatkan Ain. Dia terlelap seketika.

“Ehem…kalau iya pun mengantuk, janganlah lupakan suami yang tadi lagi tertunggu-tunggu ni.”
Automatik mata Ain celik mendengar suara Mirza. Ain mengetap bibir. Kenapalah dia tak perasaan suaminya baring kat atas sofa.

“Alamak…jangan-jangan dia nampak aku…oh tidakkkkk…,” Ain segera turun dari atas katil dan bergerak menghampiri Mirza. Mungkin kerana perut yang terlampau sakit, Ain terlepas pandang sofa yang menjadi tempat suaminya berbaring.

“Awak dah lama baring kat sini ke?”

“ Lamalah juga sampai saya boleh nampak apa awak buat tadi tu…”

“ Buat apa…” Ain berpura-pura tidak tahu.

“ Buat apa yang awak buatlah.”

“ Dahlah, malas nak layan awak.”

“ Malas layan…mana boleh malas. Ehem…malam ni malam pertama, jadi jangan bagi alasan malas.”

 Ain mencebik mendengar kata-kata suaminya. Pada masa yang sama hatinya berdebar-debar. Rasa nak lari saja dari bilik itu. Tapi nasib baik otaknya masih berfikiran waras. Tidak mahu dirinya jadi bahan usikan saudara-mara yang berkampung di ruang tamu.

“ Mrs Mirza, Mrs Mirza…beg baju Mr Mirza mana?”

Ain menepuk dahinya. Dia terlupa memberitahu Mirza yang bajunya semua sudahpun dipindahkan ke dalam almari.

“ Semua pakaian awak dalam beg tu saya dah pindahkan ke dalam almari. Sorry, saya terlupa bagitahu.” ujar Ain sambil membuka almari yang menempatkan baju Mirza. Kelihatan baju mirza tersusun elok saja.

Ain berpusing mahu memberi laluan kepada Mirza tapi Ain terkejut kerana Mirza berdiri di belakangnya. Hampir- hampir saja dia terlanggar mirza.

Ain jadi kaku seketika. Langkah kakinya seperti terkunci. Walaupun dalam keadaan yang samar tapi Ain dapat melihat dengan jelas renungan mata Mirza yang begitu mempersona.
Mirza merapatkan wajahnya ke wajah Ain. Dia dapat melihat wajah isterinya yang kelihatan tegang.

 “Pasti dia takut.” Bisik hati Mirza.

Perlahan-lahan  tangan kiri Mirza memaut pinggang Ain. Dia dapat merasakan tubuh isterinya menggigil. Mirza tersenyum nakal. Mirza menarik Ain rapat  ke dalam pelukannya. Buntang mata Ain apabila berada di dalam pelukan Mirza. Tapi dia tidak pulak menolak tubuh suaminya.

“Dapat pun...” ucap  Mirza sebaik saja tangan kanannya berjaya mencapai baju singlet dan seluar boxer yang tersusun  di dalam almari.

“ Ah…baju…boxer..hah, iyalah lupa Ain nak keluarkan tadi.” Ain cuba menutup perasaan gemuruhnya.

“ Lupa nak keluarkan…macam mana Mrs Mirza tahu yang Mr Mirza nak pakai singlet dengan boxer…,”Mirza tersenyum nakal dengan kening yang sengaja di naikkan ala-ala Ziana Zain pulak.

“ Saya agak je…,” Ain mengetap bibir. Kenapalah jawapan itu yang terpacul keluar dari bibirnya.

Sambil tersenyum Mirza berlalu ke dalam tandas dan beberapa minit kemudian dia keluar dengan lengkap berpakaian. Mirza memanjat katil dan merebahkan badan. Kepenatan siang tadi kini terasa menjalar ke seluruh tubuh. Ain hanya memerhati tanpa banyak bunyi. Dia serba salah. Tidak tahu sama ada mahu tidur di atas sofa ataupun berkongsi katil bersama suaminya. Ain terasa lucu bila memikirkan hatinya yang berbolak-balik itu.

“ Kenapa tercegat tu, tak nak tidur ke.” Suara Mirza mengejutkan Ain.

Ain tidak menjawab sebaliknya dia memanjat katil dan berbaring di sebelah Mirza. Ain memandang Mirza yang kelihatan tidur dengan lena. Bantal peluk yang di jadikan sempadan di peluk erat seolah-olah berharap agar bantal peluk itu akan menjaga tuannya.

“ Tidurlah Mrs Mirza...malam dah larut ni, jangan risau, saya setuju dengan syarat  pertama dalam e-mail awak tu. Yang lain akan difikirkan.” Mirza bersuara apabila tidurnya terganggu dengan gerak tubuh badan Ain yang masih belum tidur.

Ain yang mendengar , terkejut. Nampaknya Mirza telah membaca e-mail itu tapi dia berpura-pura tidak tahu. Pandai sungguh lelaki itu bersandiwara di depannya. Ain memandang sisi tepi wajah Mirza dengan pandangan yang berapi-api  tapi akalnya segera menghalangnya dari bertidak memandangkan mereka pengantin baru takut pulak  sebarang kekecohan nanti  disalah ertikan oleh saudara-mara  yang berkampung di rumah mereka. Tak pasal-pasal esok ada pulak yang jadi bahan usikan.

Ain cuba menutup matanya. Sekarang di mahu berehat. Walau apapun ketidakpuasan hatinya terhadap Mirza sebaiknya di biarkan dulu. Esokkan masih ada. Perlahan-lahan Ain memejamkan matanya dan akhirnya lena daaing bertandang.


Setelah yakin yang isterinya telah tidur,  Mirza memberanikan dirinya untuk memusingkan badannya dan menatap wajah isteri tercinta. Walupun Ain belum bersedia dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tapi isterinya tidak pulak membelakangkannya. Sebuah kucupan singgah di pipi Ain. Mirza tersenyum. Dia merapatkan dirinya dengan Ain dan mememeluk pinggang Ain. Mirza berdoa semoga pintu hati isterinya akan terbuka untuknya suatu hari nanti. 

Friday, April 19, 2013

Saat cinta bersemi 12



Ain mencapai kalendar yang terletak di atas meja di sisi katil. Matanya tertumpu pada tarikh yang dibulatkan dengan marker pen berwarna merah.Terdengar keluhan kecil dari bibir mungil Ain apabila akal mengingatkannya bahawa esok adalah tarikh yang telah ditandakan itu.



Keriuhan sanak saudara yang telah sampai dari kampung sejak semalam memenuhi  segenap ruang rumah  dua tingkat itu. Manakan tidak anak-anak saudara-mara yang masih kecil sibuk bermain dan berlari dengan girang dan gembira sesama mereka.



Walaupun seisi keluarga dalam mood gembira tapi masih ada insan yang tidak pasti dengan perasaannya sendiri. Ain memeluk dan menongkat wajahnya dengan lutut. Terasa masa terhenti seketika apabila dia mula memikirkan majlis yang akan berlangsung esok.Semuanya akan berubah sebaik sahaja akad nikah dilakukan. Dia bukan lagi anak perempuan yang akan sentiasa bermanja-manjaan dengan ibubapanya, tapi sebaliknya dia seorang isteri yang akan memegang tanggungjawab yang besar. Dan juga bakal menjadi ibu kepada anak-anak Mirza nanti. Banyak sangat yang perlu di pelajari dari ibu tapi selama ini Ain selalu tidak mengendahkan semua itu. Bagaimanalah agaknya dia akan mengendalikan rumahtangganya  kalau banyak sangat perkara yang dia tidak tahu. 





Ain menoleh gambar keluarga yang tergantung di dinding, kelihatan wajah kak long yang tersenyum berdiri di samping abang ngah dan dirinya pula duduk diantara ibu dan abah. Mujurlah ada kak long yang tersenyum manis itu, awal-awal lagi memberi green light kepada Ain agar tidak malu dan segan untuk bertanya apa yang perlu. Ain rasa bertuah ada insan-insan yang menyayangi dirinya. Ain berharap suaminya juga akan menyayanginya begitu.” MIrza, sayang aku…entah-entah akau jadi amah kat rumah dia nanti. Dia tu bukan boleh percaya.” suara hati Ain bergema.





Handphone Ain berbunyi menandakan ada sms yang diterima. Ain membiarkan  handphone itu, dia  malas mahu melihat sms yang diterima. Dia tiada mood untuk membalas sms ataupaun menjawab sebarang panggilan buat masa ini. Buat seketika Ain rasa kosong sangat. Kosong macam lagu Najwa Latiflah pulak.



Bunyi ketukan bertalu-talu dari pintu bilik memyebabkan Ain segera melompat turun dari katil dan membuka pintu. Terpampang wajah ibu dengan segaris senyum dibibir.



“ Ada apa ibu?” soal Ain kepada Puan Salmah.



“ Ada panggilan untuk kamu.” jawap Puan salmah ringkas.





“ Siapa yang call ibu?” tanya Ain lagi sambil memeluk lengan Puan Salmah dan mereka bersama-sama turun ke ruang tamu rumah itu.



“ Entahlah ibu tak tanya pulak, kawan kamulah tu.”



Ain mengerut dahi,tidak puas hati dengan jawapan si ibu. Jarang sekali kawan-kawannya menelefon ke rumah. Semuanya pasti akan menghubungi handphonenya.







“ Hello…Assalamualaikum. Boleh saya tahu siapa ni?” tanya  Ain sebaik sahaja mencapai gagang telefon.



“ Waallaikummussalam…,” jawap pemanggil di hujung sana.



“ Siapa ni ye…,” tanya Ain sekali lagi. Hairan kenapa si pemanggil tak memperkenalkan diri walaupun sudah ditanya awal-awal lagi.



“ Hai…baru seminggu tak jumpa, tak call…takkan dah tak boleh cam suara saya.” Si pemanggil masih mahu berteka-teki dengan Ain.



“ Awak ni siapa, saya rasa awak ni dah salah nombor.Kalau awak main-main lagi saya letak telefon ni. Sekali lagi saya tanya , awak ni sia….”kata-kata Ain terputus sebaik saja mendengar suara yang dikenali di hujung talian.





“ Assalamualaikum, Cik Ain…how are you?,”



“ Mirza, is that you, tapi suara tadi tu lain macam je bunyinya..”



“ Yup. Its me..…mestilah suara tak sama sebab itu suara adik sepupu I yang I upah untuk  menyakat you Cik Ain.”



“ Menyakat saya …you tak de kerja lain ke?”



“ Tak ada sebab tu I menyakat you.”



“ Awak memang selalu



“ So…, tomorrow is our hari bersejarahkan…,”



“ Ya..why…,”



“ Tak adalah saja nak tanya Cik Ain kemeriahan kat sana macam mana…,”



“ Oh…kemeriahan…ehm, kat sini meriahlah juga dengan saudara-mara yang dah sampai, dengan adik-adik sepupu yang kecil yang berlari-lari kat dalam  rumah, tak cukup kat dalam rumah sambung pulak kat luar..sangat meriah..thay’re happy”



“ Happy….wow, ayat tu memang kenalah dengan cara you gambarkan kemeriahan kat sana ,adakah itu mengambarkan yang Cik Ain pun happy jugak.”



“ Yes.”



“ Encik Mirza, jom chatting. I have something to tell you.”



“ Ok.”



Ain meletak gagang telefon dan berlari naik ke bilik. Dia segera mendapatkan laptopnya di atas meja belajar dan mula membuka YM. Sebaik saja melihat nickname  En. Mirza, Ain segera menyapa.



Ain          : Sorry Encik Mirza sebab awak terpaksa ym dengan saya. Saya   tahu awak lebih suka bercakap melalui telefon tapi terlalu ramai tetamu sekarang ni so rasa tak selesa bila semua mata memandang pada saya.Hope you don’t mind.



Mr. Right  : Tak pe I faham. Cik Ain nak cakap apa tadi?



Ain          : Pasal perkahwinan kita esok.



Mr. Righ   : Kenapa, Cik Ain nak  tukar fikiran ke..



Ain         : Walaupun saya ada masa beberapa jam lagi menjelang pagi esok tapi tak terfikir pulak untuk buat semua itu. Banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga.



Mr. Right : Lega hati dengar jawapan Cik Ain. So, maknanya ada benda lain yang merunsingkan fikiran Cik Ain.



Ain         : Iya, lebih kurang macam tulah.



Mr. Right : Takkan Cik Ain susah hati pasal kucing mama pulak.



Ain         : Kucing?...oh… of course not…kan orang tu dah janji tak nak   bela kucing…lupalah tu..



Mr. Right : Iya ke orang tu cakap macam tu…tak pe nanti orang tu semak diary dia. Cuba Cik Ain  cakap perkara yang sebenar.





Ain menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dan menarik nafas sebelum mula menaip. Terasa berat jari-jemari mahu menaip tapi kalau tak di beritahu takut lain pulak jadinya nanti. Lebih baik mencapai kata sepakat sebelum apa –apa berlaku. Aduh…bunyi macam berat sekali ni.







Ain           : Kita akan berkahwin dan tinggal sekali, saya rasa bukan hanya saya tapi Encik Mirza juga mungkin tidak akan selesa bila ada orang lain duduk dalam bilik Encik Mirzakan. Saya macam tu jugak tapi itu tidak menjadi soal. Cuma yang satu ni saya memang belum bersedia. Maksud saya menjadi isteri Encik Mirza dalam erti kata yang sebenar.Kalau Encik Mirza tak faham, tak pe. Saya dah hantar e-mail kat Encik Mirza. Bacalah…



Mr. Roght : Erti kata sebenar….apa tu?...tak fahamlah…explain sikit…



Ain         : Hah…explain…ehm…memandangkan awak memang tak faham baik tak yah explain terus, takut bertambah pulak ketidakfahaman Encik Mirza tu. Oklah…saya dah mengantuk…nak tidur…good night…bye.



Mr. Right : Cik Ain tunggu du…



Belumpun sempat  Mirza menghabiskan ayatnya,  Ain sudahpun menekan punat butang off. Mirza menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kemudian terukir senyuman manis di bibir lelaki  itu sepertinya dia faham apa yang cuba di sampaikan oleh Ain tapi dia sengaja buat-buat tak tahu. Esokkan masih ada… akan sampai waktu untuk dia tanya perkara tadi.