SeLaMaT DaTang Ke Blog Aini Qirana

Terima kasih semua sebab follow blog Aini. Terima kasih juga sebab baca e-novel yang tak seberapa ini. Lepas baca tu...sila-silalah tinggalkan komen.

Tuesday, January 18, 2011

Saat Cinta Bersemi 3


Bunyi bising dari pengunjung-pengunjung pusat membeli belah MidValley, betul-betul membuatkan Ain rimas. Dia tidak selesa berjalan dengan keadaan yang sesak begitu. Kalau diikutkan hati , memang dia malas nak datang ke tempat itu. Tapi memandangkan itu permintaan  Syed  Harith Mirza terpaksalah  dia datang.


Esok, jumpa kat restoran KFC, Midvalley Megamall.


S. Harith Mirza


Masih terbayang-bayang di ruang mata Ain, sms yang dikirimkan oleh Syed Harith Mirza kepadanya dua hari lepas. Senang-senang sahaja bagi arahan suruh orang jumpa dia, ingat aku ni bini engkau. Tapi betullah tu, bakal bini, huhuhu..... Ain dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tapi dia cuba membuang semua andaian-andaian negatif yang cuba dikenalpasti oleh otaknya.


Ain menarik nafas sebelum dihembus perlahan. Cuba mengatasi perasaan gugup yang bertandang di tangkai hati. Tak pernah dia alami perasaan seperti ini. Tenang Ain...tenang..sang hati memberi kata-kata perangsang kepada tuannya. Tidak mahu tuannya jadi tak keruan bila berdepan dengan Syed Harith Mirza nanti.


Ain sengaja memilih meja yang terletak di bahagian sudut restoran. Biar jauh dari orang. Senang nak bercakap, paling penting tak bising. Ain memandang sekeliling restoran, mencari insan yang ingin di temui. Jangkamasa yang lama membuatkan Ain lupa akan raut wajah Syed Harith Mirza. Dia sendiri terfikir bagaimana agaknya rupa dia sekarang. Adakah dia kacak seperti Hritrik Roshan atau segak seperti Datuk Jins Samsudin. Paling penting adakah dia sudah kurus atau pun semakin comel....hehehe. Apalah aku ni ke situ pulak fikiran aku. Masalahnya sekarang ni macam mana aku nak kenal orang yang bernama Syed Harith Mirza ni. Dia menghalakan pandangannya ke setiap sudut dalam restoran KFC itu. Ain mengomel sendirian

  “ Cari saya ke? Ain segera berpaling mencari wajah pemilik suara itu. Mak ooi...biar betul. Mata Ain tak berkelip saat terpandang tuan empunya diri. Tampan dan segak. Itulah first impression Ain . Pakej kedua-dua aktor yang diminatinya, ada pada pemuda yang berdiri di depannya itu.


  “ Encik ni ...,”

  “ Syed Harith Mirza Bin Tan Sri  Hisham,” belum sempat Ain bertanya Syed Harith Mirza terlebih dahulu memintas kata-katanya dan memperkenalkan diri..

  “ Awak ni, Cik Ain Shauqiena Binti Azman kan ”

Ain hanya menganggukkan kepalanya mengiyakan pertanyaan itu. Mulutnya bagai terkunci saat terpandang wajah tampan Syed Harith MIrza.

Syed Harith Mirza menarik kerusi dan  duduk bertentangan dengan Ain. Buat pertama kalinya selepas limabelas tahun, dia menatap wajah insan yang pernah menjadi rakan sepermainan suatu masa dahulu. Cantik. Iya Ain semakin cantik, wajahnya putih bersih tanpa sebarang cacat cela pun. Hidungnya mancung, bulu matanya lentik, bibirnya, merah bak delima, bila di amati dengan teliti rupa paras Ain persis seperti gadis-gadis padang pasir. Dalam diam Syed Harith Mirz memuji kecantikan Ain Shauqiena.

  “ Macam mana Encik tahu saya....

  “ Shhh...,” Syed Harith Mirza meletakkan jari telunjuk ke bibirnya sebagai isyarat untuk senyap.

Ain terpinga-pinga melihat gelagat Syed Harith Mirza. Aik...apa hal pulak dia ni. Macam tak betul je dia ni.  Ha...ni mesti terkena sindrom entah apa-apa kat oversea tu. Orang macam ni nak jadi laki aku, oh..tidakkkk.. Jerit hati  Ain.

 “ Ehem...Encik Syed Harith Mirza, are you ok..,” tanya Ain.

 “ Panggil Encik Mirza sahaja, ok..,”

 “ Cik Ain, awak dengar bunyi tak..,”

 “ Bunyi...bunyi apa...,” Soal Ain dengan wajah yang kehairanan.

 “ Bunyi perut nyanyi lagu keroncong..,” jawap Syed Harith Mirza sambil tersenyum sinis ke arah Ain Shauqiena.

 Ohh...nak kenakan aku ek, nak kata aku laparlah ni, ok orang menjual kita membeli. “ Ah”halah, Encik Mirza...saya pun dengar bunyi tu, tapikan tadi tak adapun bunyi tu, rasanya bunyi tu baru sahaja datang ...masa Encik Mirza duduk tadi tu... So, untuk meredakan bunyi tu apa kata, kita makan dulu...,”

Riak muka Syed Harith Mirza bertukar merah sebaik saja mendengar kata-kata Ain itu. Niatnya untuk mempermainkan Ain tidak menjadi sebaliknya dia pulak yang dipermainkan. Dan itu benar-benar membuat hatinya sakit.

 “ Encik Mirza nak makan apa, biar saya order,”

 “ Nama pun restoran KFC kan, mestilah nak makan ayam, tak tahulah pulak kalau kat sini boleh makan tom yam ke, makan nasi padang ke....tolong orderkan saya  hidangan snack plate, chezy wedges and air pepsi,” pinta Mirza sambil menghulurkan duit RM 50.00 kepada Ain.

Pantas riak airmuka Ain berubah. Apa dia ingat aku tak mampu nak bayar ke. " Aku tahulah kau tu anak orang kaya, tak payahlah nak menunjuk," Gerutu Ain dalam hati.

“ Tak apa...saya belanja,” balas Ain. Dia segera angkat punggung dan mengatur langkah ke arah kaunter pesanan.

Syed Mirza sekadar mengangguk. Tidak mahu berdebat hanya kerana isu membayar makanan. Namun ada sesuatu yang sedang difikirkan. Dia senyum sendirian.

Demikian melihat Ain sedang membuka beg tangannya, Syed Mirza segera berjalan ke arah Ain dan berdiri tepat di belakangnya. Duit RM 50.00 segera dihulurkan kepada cashier di kaunter.

Ain segera berpaling, ingin melihat siapakah gerangannya  pemilik wang yang begitu bermurah hati itu. Hah..diaaa.. ingatkan jejaka manalah tadi. Ehmm..rupa-rupanya Syed Harith Mirza. Hampeh betul...

Buat beberapa ketika keadaan menjadi hening. Posisi badan mereka yang rapat, menyebabkan Ain tidak selesa. Dia segera mengangkat hidangan  ke tempat duduk yang dipilih. Meninggalkan Syed Harith Mirza untuk menunggu bil dan duit baki.

Tidak ada kata-kata atau pun sebarang perbualan  diantara Ain dan Syed Harith Mirza sepanjang masa mereka makan. Masing-masing hanyut dalam perasaan sendiri. Barangkali masing-masing sedang memikirkan tujuan pertemuan mereka ini.

“ So, apa pendapat awak tentang perkahwinan terancang ni,” Syed Harith Mirza memulakan bicara.

“ Saya hanya ikut kehendak kedua orang tua saya,” jawab Ain ringkas sambil kepalanya tunduk memandang sisa tulang ayam di dalam pinggann.  Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan Syed Harith Mirza. Baginya renungan lelaki itu terlalu sukar untuk ditafsirkan. Penuh dengan teka-teki. 

“ Walaupun terpaksa korbankan kebahagian diri sendiri, baguslah awak ni, memang seorang anak yang patuh,” balas Syed Mirza sinis.

“ Awak yakin ke dengan keputusan awak ni, awak masih ada peluang untuk menolak,” Sambungnya lagi.

“ Keyakinan orangtua saya adalah keyakinan saya. Kenapa?..Encik Mirza tak yakin dengan pilihan orang tua Encik Mirza ke ataupun Encik Mirza dah ada pilihan sendiri. Kalau ada, lebih baik Encik Mirza berterus-terang dengan parents Encik Mirza. So, Encik Mirza tak akan rasa terperangkap pulak dalam perkahwinan terancang ini nanti,” Syed Harith Mirza tersentak. Ada ketidakpuasan terpancar di wajahnya saat mendengar kata-kata Ain. Hei..Ain Shauqiena ..siapa kau nak mengajar aku hah. Ada api kemarahan yang muncul dari dalam hati Syed Harith Mirza.

“ Of course I yakin dengan pilihan mereka, mana nak cari perempuan zaman sekarang ni yang baik, ikut cakap mak bapak, sopan dan paling penting hormatkan orang tua. Betul tak Cik Ain ,” Sindir Syed Mirza. Rasa terbalas sakit hatinya. Baru kau tahu. Ingat senang-senang aku nak kalah. This is Syed  Harith Mirza,ok....


Ain membuang pandang ke arah pengunjung-pengunjung yang masing-masing leka menjamu selera. Berlagak seolah-olah tak dengar apa yang di katakan oleh Syed  Harith Mirza.


“ Aku paling malas orang yang suka-suka hati dia sahaja nak kenakan orang lain. Kalau tak fikir pasal ibu , abah, Tan Sri dan Puan Sri , tak nak Ain kahwin dengan dia. Mamat perasan baik. Apa dia ingat, dia tu hensem...muka macam kodok...bla..bla...bla...,” Ain mengutuk Syed Mirza dalam hati.

“ Awak cakap apa, awak kutuk saya..ek,”

“ Alamak , takkan dia dengar aku kutuk dia kot," desis hati Ain.

“ Aik...takkan terasa kot..siapa makan cili dia rasa pedas...betul tak..” jawab Ain selamba. Padan muka. Kalau dia sedap je kutuk orang...ha..sekarang aku nak kau tahu apa perasaan kau kalau orang kutuk kau pulak . Kira fair and squarelah kan.

Ain menghirup kembali minumannya sambil merenung  wajah Syed Harith Mirza. Jelas sekali mamat perasan hensem ni tengah panas, muka merah sampai ke telinga.

Bunyi lagu tema drama Korea "Flower over boys" mengejutkan Ain, segera tangannya mengambil telefon dari dalam tas tangan.

“ Walaikumsalam, ibu,” jawab Ain sebaik sahaja mendengar suara si pemanggil di hujung talian memberi salam.

  Ain masih kat Midvalley ke ni,” Lembut suara Puan Salmah bertanya kepada anak gadisnya

“ Ha’ah, ibu , Ain masih kat Midvalley ni,” Sebelum keluar Ain telahpun memberitahu terlebih dahulu perjumpaan di antara dirinya dan Syed Harith Mirza. Dia tidak mahu ibu khuatir tentang dirinya apabila keluar bersendirian.

“ Ehmm...iya, ibu, kitaorang masih kat Midvalley, ibu nak suruh Ain beli barang ke,”

“ Tak adalah...sekarang ibu kat rumah Puan Sri Zawiyah ni, dia ajak kita makan malam kat sini hari ni,”

“ Iya ke...tapi Ain tak pasti dapat pergi ke tak, lagipun Ain dah janji dengan Anita, dia nak  Ain temankan dia kat rumah. Papa dengan mama dia ke luar negara. Hari tu Ain dah bagitau ibu dengan abah kan..,”

“ Lahhh..iya ke, ibu lupalah sayang..habis macam mana ni,”

" Ehmm.....,”belum sempat Ain bercakap Syed Harith Mirza dengan pantas merebut handphone dari tangan Ain. Tindakan mengejut Syed Harith Mirza itu benar-benar mengejutkan Ain. 

“ Hello, assalamualaikum, mak cik, ini Mirza.., mak cik  nanti  Mirza bawa Ain jemput kawan dia , lepas tu kitaorang balik untuk dinner,”

“ Mak cik ikut aje...yang penting mama Mirza ni nak sangat jumpa Ain,”

“ Oklah mak cik, jumpa kat rumah nanti ya,” Mirza menyerahkan handphone kepada Ain.

Ain  menyambut handphone tapi Syed Harith Mirza menahan hujung handphone. Mereka bertentangan mata seketika. Masing-masing bermain dengan perasaan sendiri. Yang pasti , kemarahan Ain sedang mengelegak, macam gunung berapi yang menunggu saat sahaja nak memuntahkan laharnya. Sakit hati bila dirinya asyik di permainkan oleh Syed Mirza.


Syed Harith Mirza pulak buat muka selamba sahaja, semakin Ain marah semakin dia suka . Itulah yang sebenarnya dia nak. Terus menerus menyakitkan hati  insan yang bernama Ain Shauqiena. Terasa puas hati bila melihat muka Ain yang merah menahan kemarahan.

*******************************

Sepanjang perjalanan balik dari rumah keluarga Tan Sri Syed Hisham, Ain lebih suka mendiamkan diri. Cuma sesekali kedengaran suaranya mengiyakan kata-kata ibu dan abahnya. Hatinya masih terasa panas dek kata-kata yang ditujukan kepadanya oleh Syed Harith Mirza. Walaupun dalam nada yang lembut tapi Ain dapat menangkap setiap makna kata-kata itu.

“ Mana Anita, Ain ...kata nak ajak Anita..,” tanya Puan salmah sebaik sahaja Ain melabuhkan punggung untuk duduk bersebelahan ibunya.

Ain mengangkat bahu. Malas nak menjawab, kerana dia tahu pasti akan ada suara-suara sumbang yang akan mencelah untuk mencari silapnya.

“ Anita tak ada kat rumah dia mak cik,” jawab Syed Harith Mirza sambil mengerling ke arah Ain.

“ Dah seminggu dia ikut family dia pergi Bali. Orang gaji dia cakap dia ada call Ain untuk bagitahu pasal tu. Banyak kali dia call tapi Ain tak angkat handphone dia,” tambahnya lagi. Syed Harith Mirza sengaja menekan ayat yang kedua supaya Ain rasa malu di hadapan orang tua mereka. Ada senyuman sinis dibibir lelaki itu.

Ain buat muka selamba saat mata Syed Mirza singgah ke mukanya.  “ Ha...inilah orang yang suka menyibuk bila orang lain bercakap. Suka nak tunjuk dia bijak. Sukalah tu dapat mengenakan aku, dasar kaki buli punya Syed Harith Mirza.
Sengaja nak malukan aku depan family dia, kurang asam punya Syed Harith Mirza. Nanti tahulah aku nak balas balik.,” gerutu Ain dalam hati.


“ Dahlah tu, Mir...Anita tak datang nak buat macam mana, yang penting kita kat sini ni dah lapar dah...jomlah , makanan dah terhidang tu,” Puan Sri Zawiyah pantas mencantas kata-kata anak terunanya.

Ain angkat punggung bergerak bersama yang lain ke meja makan, sebelum itu dia sempat berpaling dan tersenyum kepada Syed Harith Mirza sambil menjelir lidah. Jelas kelihatan wajah Syed Harith Mirza merona merah, menahan sakit hati.

“Ehem...ehem, nak tidur dalam kereta kah Ain,”

Ain tersedar dari lamunananya apabila mendengar suara abahnya berdehem. Dia segera turun  dari kereta dan  berlari-lari anak mengejar ibunya yang sudah pun masuk ke dalam rumah. Dia malu, pasti ibu dan abah fikir yang bukan-bukan. Entah-entah diaorang fikir aku syok dengan Si Mirza, mamat perasan bijak itu. Oh! Nahi, kabhi nahi...tak ada maknanya....

Ain menghempas badannya ke atas katil. Badannya terasa penat. Kalau tidak kerana Syed Harith Mirza pasti Ain dapat tidur selepas balik dari Mid Valley tadi. Ternyata alasannya untuk ke rumah Anita tidak dapat menolak pelawaan mama Syed Harith Mirza untuk makan malam. Lagi parah apabila Anita tiada di rumahnya. Nampak sangat pada pandangan Syed Harith Mirza seolah-olah Ain mereka-reka cerita. " Lantaklah kau nak fikir apa wahai si Mirza mamat perasan bijak. Ada aku kisah," Desis hati Ain.

Tapi yang menghairankannya, kenapa Anita tiada di rumah, hanya secebis nota di tinggalkan untuknya itupun diberikan  oleh orang gajinya, Mak Uteh. Tangannya pantas mengelurkan nota itu dari dalam kocek seluar jeansnya.




Ain,

Aku terima panggilan papa dari Bali. Aku kena pergi sana. Ada hal.
Aku cuba call ko tapi tak dapat. So, aku tulis nota ni untuk bagitau ko. Nanti balik dari sana aku cari ko..ok..bye


Anita


Ain menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia musykil, seperti ada sesuatu yang di sembunyikan oleh Anita " Ah! tak mau fikir, nanti aku juga yang sakit kepala. Lagipun, dia cakap dia nak jumpa aku bila dia balik dari sana. Masa tu bolehlah aku menyiasat Anita sepusa-puasnya,” bisik hati Ain .





Saat Cinta Bersemi 2


Assalamualaikum...assalamualaikum

Kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah. Ain yang sedang leka melayari internet segera menghentikan jari-jemarinya. Dia segera angkat punggung, berjalan ke arah pintu utama rumah. Dia memulas tombol pintu sebaik sahaja membalas salam.


“ Aunty...uncle, masuklah..,” Ain mempersilakan tetamunya masuk ke dalam rumah.

“ Aunty, uncle...sila duduk,” Pantas tangan Ain  mengemas laptop dan beberapa fail yang berterabur di atas meja untuk dibawa ke dalam bilik nya.


“ Aunty...uncle, duduk kejap ye, Ain  panggil ibu dengan abah kat atas,”


Tan Sri Syed Hisham dan Puan Sri Zawiyah mengganggukkan kepala sambil tersenyum. Mata mereka leka memerhatikan susun atur ruang tamu itu. Sudah terlalu lama mereka tidak menjejakkan kaki ke rumah itu. Ruang tamu  rumah itu terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian untuk ruang santai dan satu lagi ruang  untuk tetamu yang datang.

Ada perasan kagum dalam diri Puan Sri Zawiyah tatkala melihat perhiasan dinding yang tergantung di dinding rumah itu. Kebanyakan perhiasannya terdiri dari bingkai ayat-ayat suci dan bingkai lukisan bercorak abstrak serta terdapat satu sudut yang memaparkan beberapa frame gambar keluarga serta gambar ketiga-tiga anak Encik Azman semasa graduate.


“ Apa khabar, Tan Sri, Puan Sri...,” tegur Encik Azman sebaik sahaja  turun dari tingkat atas.

“ Alhamdulillah, sihat...abang Man macam mana,”

“ Macam nilah...Tan Sri...dah lama duduk rumah, rasa bosan pulak,”

“ Tak pelah ..abang Man, rehatkan badan...,”
                       


Seketika kemudian, Puan Salmah keluar dari dapur sambil menatang dulang yang berisi minuman untuk tetamu.” Jemputlah minum, Tan Sri, Puan Sri,”

“ Susah-susah je..kak Mah,” ujar Puan Sri Zawiyah


“ Hish...tak adalah...,”

“ Mana Mirza, tak ikut sekali,” tanya Puan Salmah.

“ Ehmm..apa lagi...kak Mah, jumpa kawan-kawan lama dialah tu, orang baru balik lah katakan. Dia kirim salam dengan abang Man dan kak Mah,”

“ Walaikumsalam,” jawab Encik Azman dan puan Salmah  serentak.

“ Makanan dah siap dah ke, Mah,” tanya Encik Azman kepada isterinya.

“ Dah siap dah, Ain tengah hidangkan tu,” jawab Puan Salmah. Tadi semasa dia membancuh minuman untuk tetamu, dia sempat memyuruh anak gadisnya memanaskan lauk untuk makan malam.

“ Tan sri, Puan Sri, jemputlah makan malam, semuanya dah terhidang kat atas meja dah tu,” Puan salmah mempelawa tetamunya untuk menikmati hidangan makan malam.

“ Wah..langkah kanan betullah kita malam ni,’ ujar Tan Sri sambil ketawa kecil.



Mereka beriringan menuju ke meja makan. Kelihatan Ain yang baru sahaja keluar dari dapur sambil membawa jag air. Dia menuang air untuk semua orang, kemudian duduk bersebelahan dengan ibunya.

Keadaan menjadi sunyi seketika, masing-masing leka menikmati hidanagn makan malam. Hanya sesekali terdengar suara Tan Sri Syed Hashim dan Encik Azman bercakap.

Selesai makan malam, Encik Azman mengajak Tan Sri Hisham duduk di ruang santai sambil menonton siaran berita. Sudah menjadi kewajipan bagi Encik Azman untuk menonton siaran berita pada pukul 8.00 malam. Dengan cara itu dia dapat mengetahui perkembangan semasa dalam dan luar negeri.

Sementara itu, Ain pulak mengemas meja makan dan di bantu oleh Puan Sri. Walaupun sudah berkali-kali dilarang oleh Puan Salmah. Tapi Puan Sri tetap degil mahu membantu.

Selesai menbasuh pinggan, Ain meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Ada sedikit kerja yang perlu disiapkan. Beberapa hari yang lalu, sahabat karibnya, Anita, ada meghubunginya, meminta Ain menolongnya menyiapkan kerjanya.

Puan Sri Zawiyah hanya memerhatikan langkah Ain berlalu meninggalkan dirinya  dan  Puan Salmah.

“ Kak Mah, macam mana dengan hal hari tu,”

“ Saya tak boleh bagi jawapan lagi, Puan Sri. Saya dah tanyakan tapi  tuan punya diri tak buka mulut pun lagi,”

“ Macam mana kalau saya tanya sekarang, rasa-rasa dia dah ada jawapan tak..,”

“Saya tak tahu pulak, tapi elok juga kalau Puan Sri sendiri yang tanyakan,”

************************************

Ain leka meneliti hasil kerja yang di taip di screen komputer. Setelah puas hati, Ain menekan butang save.

“ Tok..tok..,” bunyi pintu diketuk dari luar.

“ sk..siapa pulak ni,” desis hati Ain. Dalam keadaan malas, dia berdiri juga, melangkah ke arah pintu.

“ bu...auntie,” Ain jadi kaku seketika.

“ Boleh kami masuk...,” tanya Puan Salmah sambil tersenyum.

“ Hah...bo...boleh..masuklah..,”

“ Kamu ni kenapa, Ain,” tanya Puan Salmah lagi, tidak puas hati malihat Ain yang masih dalam keadaan kalut.

“ Tak de apa-apa ibu, Ain ingatkan kawan Ain datang tadi,”

“ Kawan kamu janji nak datang ke,”

“ Tak adalah...manalah tau, kot-kotlah kan dia rajin datang...,”Ain menutup daun pintu perlahan.
“ Ain mari duduk sini..,” Puan Salmah mengamit Ain untuk duduk di antara dia dan Puan Sri Zawiyah.


Ain jadi binggung melihat tingkah ibunya dan Puan Sri Zawiyah. Terasa  diri seperti penjenayah yang nak di soal siasat sahaja. Namun dia tetap menurut kata ibunya. Ain cuba buat selamba. Tangannya membuka helaian demi helaian majalah yang sempat dicapainya sebelum duduk tadi.


“ Ain, kalau auntie tanya sikit boleh tak,” Tiada jawapan yang disuarakan Ain. Sekadar mengangguk sahaja. Macam burung belatuklah pulak lagaknya.

“ Auntie nak tanya Ain tentang lamaran uncle dan auntie untuk Mirza tu, macam mana, Ain setuju tak,”


Seperti orang yang terkena renjatan elektrik  sahaja reaksi Ain saat mendengar pertanyaan itu. Buat seketika terasa masa seolah-olah terhenti.  Otak Ain masih berputar-putar untuk membuat keputusan dengan kadar yang segera. Walaupun sudah berkali-kali diingatkan oleh ibunya tapi Ain tidak pernah memberikan keputusan muktamad. Nampak gayanya, Ain tak ada pilihan lain. Ini memang betul-betul keputusan terjun punya.

Tidak sanggup hati ini untuk menyakiti perasaan ibu dan auntie Zawiyah. Ain tahu ibu suka kalau Mirza jadi menantu mereka, begitu jugak sebaliknya. Biarlah Ain berkorban demi kasih sayang dan ketaatan Ain terhadap kedua orang tuanya dan demi budi yang telah ditaburkan keluarga Tan Sri Syed Hisham terhadap mereka.


Puan Sri Zawiyah dan Puan Salmah masing-masing menunggu jawapan dari mulut Ain dengan debaran yang sukar untuk digambarkan. Adakah mereka akan dengar jawapan yang mereka inginkan ataupun sebaliknya. Mereka perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Akhirnya...Ain tersenyum memandang umi dan auntie Zawiyah Sambil menanggukkan kepala perlahan-lahan tanda setuju.

Kelihatan kedua-dua wanita itu menghembus nafas lega. Berpuas hati dengan jawapan yang di berikan oleh tuan punya badan. Terserlah senyuman kegembiraan di bibir mereka.

Mampukah seorang wanita yang bernama Ain Shauqiena memupuk perasaan cinta dan sayang terhadap insan yang bernama Syed Harith Mirza. Walaupun hatinya penuh dengan perasaan benci terhadap lelaki itu, siapa sangka lelaki itu jugaklah yang akan menyandang gelaran suami dalam bahterah rumahtangga yang bakal mereka layari. Sempat lagi Ain bermonolog .

Thursday, January 06, 2011

Saat Cinta Bersemi 1

Aduh, apasal aku tak boleh tidur ni, bisik Ain. Sekejap dia kalihkan badan ke kanan, sekejap lagi ke kiri tapi mata ni tetap tak nak lelap. Dia jeling jam dinding pukul 11.30 malam. Dah lewat rupanya, bisik hati Ain. Entahlah kenapa mata ni susah sangat nak lelap. Dah seminggu dah macam ni, terasa macam pesakit insomnialah pulak. Dia tersenyum sendirian.

 Ain bingkas dari katil, berjalan ke arah tingkap. Matanya tertancap kearah buaian yang terdapat di halaman rumah. Dengan spontan idea datang menjelma. Pantas tangan Ain mencapai jaket yang tergantung di pintu bilik, lantas menyarungkan ke tubuhnya. Perlahan-lahan dia menolak daun pintu biliknya, mengatur langkah menuju  ke dapur.

Sekali sekala nak lepak apalah salahnya. Kalau bawa bekal, best jugak...hehehe. Lepak apa ke bendanya, dah jam 11.30 malam lah Cik Ain Shauqina. Otak waras Ain menyatakan ketidakpuasan hatinya. Iya lah waktu malam kan waktu orang nak tidur, nak relaks, macam tu jugaklah otak kita ni. Tapi sekarang ni masalahnya cik Ain Shauqina tak boleh tidur, so secara automatic lah otak ni kena overtime. Aduh..pagal..pagal..ini macam punya orang pun adakah....

 Ain membuka peti ais, matanya melilau mencari apa yang nak di makan. Perut tak lapar tapi terasa nak makan. Ain mencapai fresh orange dan menuangnya ke dalam gelas. Dia bergerak ke almari simpanan makanan kering. Manalah tau kalau-kalau ada stok jajan yang boleh di rembat. Alhamduliilah, rezeki ..rezeki..Ain mencapai 2 paket keropok dan gelas yang berisi fresh orange, bergerak ke ruang tamu.

Ain mematikan niatnya untuk duduk di buaian memandangkan waktu sudah terlalu lewat. Dia melabuhkan puggung ke atas sofa yang berbentuk L. Akhirnya, Ain memutuskan untuk menonton tv, tangannya mencapai  remote control kemudian menekan satu persatu channel mencari rancangan yang sesuai untuk di tonton. Tangannya terhenti  di saluran tv 2, kebetulan hari sabtu ada midnight mega movie show. Macam ok je citer ni , bolehlah layan, detik hati Ain.

Matanya tak berkelip memandang tv, sambil mulut terkumat kamit mengunyah keropok. Siap ada bunyi lagi. Mengalahkan budak-budak. Itulah ayat yang selalu dia dengar bila ibunya memarahinya kerana tabiat yang satu itu. Ibu kata, anak gadis kena jaga adap, tatasusila dan sopan santun. Jangan sesekali buat perkara-perkara yang boleh menjatuhkan martabat dan maruah sebagai seorang wanita. Kalau ibu dah membebel siaplah, satu jam tak cukup…owhh. Ain mengosok-gosok perutnya. Kenyang. Cepatnya masa berlalu, tup tup tanpa di sedari jam dah menjangkau ke pukul 1.30 pagi. Tapi tak ada pun  tanda-tanda nak tidur. “Agaknya, aku kena penyakit insomnia kot,” Fikir Ain. Dia menutup matanya,  cuba untuk lelap tapi masih jugak tak boleh.

Ini semua gara-gara, seorang insan yang bernama  MIRZA. Huh...kenapalah dia ni tiba2 muncul. Secara tak sengaja aku pun terlibat sama dengan dia. Pening..pening..bila memikirkan permintaan ibu untuk menerima lamaran dari keluarga Tan Sri Syed Hisham untuk satu-satunya anak lelaki tunggal mereka. Tak lain tak bukan Syed Harith Mirza. Perasaan Ain jadi berbelah bagi.

Macam mana aku nak terima dia , kalau dia ni orang yang aku benciiiiii sangat. Sombong, ego, kaki buli. Eh...paling aku tak suka dia ni suka mengarah. Tak nak lah orang macam ni jadi pasangan hidupku. Tak pasal-pasal aku jadi hamba tetap dan berpencen. Simpang 44 malaikat.

Apa nak buat ni. Boleh tolak ke??? Persoalan inilah yang menganggunya selama seminggu. Persoalan inilah juga  yang menjadikan malam-malamnya tak lena.

Tak sampai hati pulak bila tengok ibu dengan abah. Mereka tak paksa, tapi Ain tahu pasti mereka berharap agar Ain terima lamaran itu. Bagi mereka itu saja satu-satunya cara untuk membalas jasa yang telah di taburkan oleh keluarga Tan Sri Syed Hisham .

Apa-apa pun, Ain pasti akan buat keputusan yang terbaik demi ibu dan abah. Sesungguhnya kalian adalah satu anugerah yang tidak terhingga dalam hidup Ain. Sayang ibu. Sayang abah. Huarrgghhh...Ain menguap. Mata terasa berat nak buka. Perlahan..perlahan..finally, Ain  terlena.

 _____________________________________________


“Ain...Ain...,” lembut suara Puan Salmah menbangunkan anak gadis kesayangannya itu sambil tangannya mengoyang bahu anak gadisnya itu. “Kenapa tidur kat bawah ni,” Soal Puan Salmah.

Ain menggeliat. Perlahan-lahan dia membuka mata. Puan Salmah hanya memandang gelagat Ain sambil mengelengkan kepalanya.

“ Selamat pagi, ibu,” ucap Ain.
“ Ibu, kenapa awal sangat kejutkan Ain?’ soal Ain
“ Awal apa ke bendanya, sekarang ni pukul 8.00 pagi. Kamu kenapa tidur kat sini,”
“ Semalam, Ain tengok Midnight movie, bu. Lepas tu , terus terlelap kat bawah ni,” jawab Ain separuh mamai.
“  Ain terlepas subuh hari ni,”
“ Ehm...taklah ibu, Ain ..Ain...cuti,”
“ Ehm...dah, pergi naik, mandi, kejap lagi  teman ibu dengan abah pergi pasar,”
“ Hah..pasar, tak mahulah bu. Ain nak sambung tidur,”
“ Jangan nak angan-angan, hari ni Ain kena tolong ibu masak, kita ada tetamu hari ni,”
“ Tetamu, pasti keluarga Tan Sri Syed Hisham,” fikir Ain.
“ Dengar tak,” Puan Salmah tidak puas hati apabila Ain mendiamkan diri.
“ Yes, maam,” Ain terkejut, pantas berdiri dan mengangkat tangan  lagak seorang polis memberi tabik hormat.

Puan salmi hanya memerhati Ain yang bergerak menapak ke tingkat atas rumag itu. Ain....Ain...dari kecik sampai sekarang tak pernah berubah-ubah. Nakal. Tapi kenakalannya itulah yang sering menghidupkan suasana rumah mereka. Selepas abang dan kakak Ain berkahwin, Ainlah satu-satunya menjadi peneman mereka.

Puan Salmi berbangga dengan kejayaan anak-anaknya. Anaknya yang sulung, Aiman kini dah berjaya mengapai cita-citanya sebagai seorang arkitek. Begitu juga dengan anaknya yang kedua, Ain Nadira,  menjadi seorang pendidik. Manakala Ain baru sahaja menamatkan  pengajian dan sedang mengintai peluang  pekerjaan.


Satu permulaan...

Salam semua,

Kehadiran blog ini adalah sebagai satu wadah untuk Aini berkongsi idea-idea yang tercetus di minda, lalu Aini zahirkan dalam bentuk penulisan. Aini memang minat membaca novel sejak dari bangku sekolah lagi, lama-kelamaan minat ini memberi inspirasi kepada diri Aini untuk cuba menulis. Walaupun begitu masih banyak yang perlu Aini pelajari dari mereka-mereka yang lebih pakar dalam bidang penulisan ini.



Semoga Aini akan dapat menghasilkan karya yang baik dan menepati citarasa pembaca. Aini mengalu-alukankan komen-komen yang boleh menaikkan  semangat Aini untuk terus berkarya dan memperbaiki skil penulisan Aini dari semua pembaca. Sesungguhnya ini adalah satu permulaan untuk Aini melangkah dalam bidang penulisan ini.