“ Hello, orang yang anda panggil tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan pesanan selepas beep...,”
“ Suara operater lagi, aduh...mana dia pergi ni,” Ain menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Sudah banyak kali Ain cuba menghubungi Anita tapi semua panggilannya gagal. Bukan sahaja panggilan malah sudah berpuluh-puluh sms di hantar tapi satu pun tidak berbalas. Dua hari yang lalu Ain melonjak gembira apabila menerima panggilan daripada Anita. Menurut Anita, dia dan familinya dalam perjalanan ke airport untuk berangkat balik ke Malaysia.
“ Takkanlah tak sampai-sampai lagi. Jangan-jangan....,” Ain segera menekup mulutnya. Tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila andaian-andaian negatif datang menerjah kotak fikiran.
Ain meletakkan handphone di atas katil. Perlahan-lahan dia melangkah keluar ke balkoni biliknya. Dari situ dia dapat melihat sebuah taman terbentang di halaman rumahnya. Seingat Ain taman itu memang sedia ada di situ apabila mereka sekeluarga berpindah ke rumah teres dua tingkat itu. Isteri bekas pemilik rumah itu seorang yang suka berkebun, berbagai-bagai jenis dan warna bunga-bungaan di tanamnya di dalam taman itu. Dari bunga yang berbau harum semerbak hinggalah bunga yang berbau menyengat. "Bunga apalah agaknya yang bau menyengat ni...bunga tahi ayam kot..,"fikir Ain.
Sekarang taman itu di ambil alih oleh Puan Salmah untuk menjaganya. Sesekali pemilik taman itu datang dia pasti akan berhenti sejenak untuk melihat taman itu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Dan tidak lama lagi Ain akan jadi pembantu kepada isteri bekas pemilik rumah itu, sebab Ain akan berkahwin dengan anak lelakinya, siapa lagi kalau bukan Syed Harith Mirza. Dan wanita yang suka sangat berkebun itu semestinya Puan Sri Zawiyah.
Banyak benda yang akan berubah dan yang perlu Ain pelajari dalam beberapa minggu lagi. Ain melepaskan keluhannya.
Bunyi nada dering lagu tema drama Korea “He’s beautiful” mengejutkan Ain. Mendengar saja bunyi nada dering itu, Ain sudah dapat menjangka siapa pemanggilnya. Ain telah menetapkan nada dering bagi setiap insan-insan yang penting dalam hidupnya. Bagi memudahkannya mengenalpasti identiti orang yang memanggil. Almaklumlah kadang-kadang pasti ada saja panggilan-panggilan nakal yang sesat entah dari mana datangnya menelefon tanpa mengira waktu.
“ Hello, Anita...kau kat mana ni? Kau tak apa-apa ke?Apa dah jadi sebenarnya hah..” tanya Ain dalam keadaan cemas.
“ Assalamualaikum....boleh saya bercakap dengan Cik Ain Shauqiena Binti Azman?
“ Walaikumsalam...Anita kau tak jawab pertanyaan aku lagi,”
“ Maaf..ini Cik Ain Shauqiena Binti Azman ke...?” ulang pemanggil lagi.
“ Iya..ini akulah Ain, kau kenapa hah...Anita...tanya nama aku segala...,” jerit Ain kepada pemanggil yang disangkakan Anita.
“ Bawak bersabar Cik Ain Shauqiena, ini panggilan dari hospital, kami memerlukan kerjasama dari Cik untuk membantu dalam siasatan berkaitan seorang pesakit yang telah didaftarkan di hospital ini.
“ Siasatan...pesakit...hospital....kejap...kejap...inikan handphone Anita...maksud cik , Anita kawan saya masuk hospital...,” Ain menekup mulutnya, terkejut dengan khabar berita yang baru didengarinya itu.
“ Iya, betul..,”
“ Baiklah, saya akan membantu dalam siasatan itu, saya akan segera pergi ke hospital. Tapi, boleh tak tolong smskan alamat hospital ni, supaya senang saya pergi ke sana,” khabar berita yang baru diterimanya itu benar-benar membuat Ain jadi tidak tentu arah. Hinggakan sebatang pen pun tidak mampu di pegangnya pada saat itu.
“ Boleh. Sebentar lagi Cik Ain Shauqiena akan terima alamat hospital ni. Terima kasih sebab sudi membantu.,”
“ Sama-sama,” Sebaik sahaja memutuskan panggilan, Ain segera mencapai beg tangannya. Dalam keadaan cemas bercampur dengan kebimbangan, Ain hampir terjatuh di tangaga ketika melangkah turun. Ain segera mencapai kunci rumah yang tergantung di tepi pintu masuk, memandangkan ibu dan abahnya keluar, dia terpaksa membawa kunci sendiri. Kalau tak alamatnya duduk kat luarlah jawabnya kalau ibu dan abahnya belum balik ke rumah.
Setelah memastikan pintu rumah telah dikunci. Pantas Ain menghayunkan langkahnya dengan laju, dalam fikirannya sekarang dia mahu segera sampai ke hospital. Begitu Ain hampir sampai ke pintu pagar rumahnya, dia terdengar sayup-sayup suara memanggil namanya. Dia berhenti sekejap. Memasang telinga untuk mengenalpasti bunyi yang baru di dengarnya.
“ Wei. Ain ko nak pergi mana tu ha...,” panggil Anita sambil mencekak pinggang.
Sepantas kilat Ain memusingkan badannya untuk melihat siapakah gerangan pemlik suara itu.Ain terkejut melihat orang yang memanggilnya itu. Lantas dia menjerit “Anitaaa.....,” dan berlari mendapatkan Anita dan memeluknya erat.
“ Ain, lepaslah ...nanti aku lemas dalam pelukan maut kau ni tahu tak,”
“ Sorry..sorry, aku gembira jumpa kaulah beb, kau menghilangkan diri dua minggu, aku susah hati tau,”
“ Susah hati sebab kau tak dapat ganggu aku bila kau tak dapat tidur malam ataupun bila kau tengah serabutkan, betul tak...” Anita sudah faham benar dengan perangai Ain yang satu itu.
“ Isk mana ada...aku memang rindu gila dengan kaulah, gila pun tak macam ni tahu tak. Kau ni tak percaya pulak,”
“ Kau pergi mana hah...kata bila balik jumpa aku...tapi aku tunggu punya tunggu punya tunggu...kau senyap je...bila aku call...kembar kau tu sibuk nak menjawab,” sambung Ain lagi.
“ Kalau iya pun kau nak interview aku yang famous ni ...jemputlah aku masuk, bagilah aku minum ke.. makan ke...aku dah kebulur tunggu kau kat bawah ni...tak turun-turun tahu tak...,”
“ Alamak...sorry..sorry, jemputlah masuk, Cik Anita...tak ada orang kat rumah ni, aku seorang je...parents aku keluar beli barang,” ucap Ain sebaik saja menolak daun pintu rumah.
Ain berlalu masuk ke dapur. Tak lama kemudian dia keluar dengan membawa sebotol minuman coca-cola dan beberapa paket keropok.
“ Aik..kenapa tak duduk. Malu ke...macam tak biasa...,”
“ Tak adalah...aku tengok gambar-gambar family kau ni. Lain ek, gambar kau masa kecil, muka macam anak-anak orang Arab...,” walau pun sudah kerap kali datang ke rumah Ain sebelum ini tapi dia tidak pernah mengamati gambar-gambar yang tergantung di sudut ruang santai itu. Tapi entah kenapa kedatangannya kali ini agak berlainan. Seperti ada magnet yang menariknya untuk pergi ke ruang itu.
Ain yang tidak percaya akan kata-kata kawannya itu, bergerak mendekati Anita dan turut mengamati raut wajahnya sewaktu kecil. Memang Ain akui ada kebenaran pada kata-kata kawannya itu tapi dia lebih suka menafikannya kerna dia tidak mahu timbul syak wasangka dalam hati.“ Iya ke..pandailah kau nak mereka-reka cerita. Meh, minum...,”
Anita membuntuti Ain dan duduk bersebelahannya. Dia menyambut minuman yang dihulurkan Ain. Anita menghirup minuman perlahan. Terasa nyaman bila dapat membasahkan tekak dengan minuman sejuk. Lebih-lebih lagi sekarang cuaca agak panas. Tangannya mencapai keropok di atas meja dan perlahan-lahan mengunyahnya.
Ain berdehem sekali dua sebelum membuka mulutnya.“ Baiklah Cik Anita...aku dah jemput kau masuk...dah bagi kau minum, makan...jadi sekarang aku perintahkan kau cerita apa yang sebenarnya terjadi... Kenapa kau memdadak pergi ke Bali?”
“ First.. aku minta maaf sebab aku pergi mengejut. Kau pun mesti terkejut dapat message aku tu kan. Tapi siapa suruh kau tak on handphone...bila aku call..asyik kembar kau je yang angkat..aku suruh dia panggil kau dia kata tak dapat...,”
“ Sorry... handphone aku meragam masa tu...tak cukup cas...,”
“ Pagi tu aku dapat call dari abang aku ...dia nak buat surprise party sempena ulangtahun perkahwinan our parents. Kebetulan semasa tarikh ulangtahun perkahwinan tu parents aku kat Bali. So diaorang pun plan buat kat sana. Itulah sebab kenapa aku mendadak pergi ke Bali. Alang-alang dah sampai kat sana aku pun terus liburan dong dan tunggu sampai papa habis urusan bisnes di sana. Jangan jealous ya...,” Anita menerangkan dengan panjang lebar sebab musabab kehilangannya dua minggu.
“ Tak ada maknanya aku nak jealous...oklah, aku lega selepas dengar cerita kau ni. Tapi tadi kan aku...,” Belum pun sempat Ain menghabiskan ayatnya, Anita segera mencelah.
Anita sengaja mencelah Ain dari bercakap sebab dia tahu apa yang ingin ditanyakan oleh Ain. Anita tersenyum kepada Ain. Lalu bertanya “ Ain, orang hospital dah smskan alamat hospital tu tak...?,”
“ Hah...aku baru nak bagitahu kau pasal tu tapi....,” Ain berhenti seketika dan berpaling melihat Anita yang duduk disebelahnya.. Dia meletakkan gelas minumannya di atas meja. “ Macam mana kau tahu pasal orang hospital...,” sambungnya lagi.
“ Tahulah...,” Balas Anita sambil tersenyum penuh makna.
“ Ohhhh..kau kenakan aku ek....,” Ain geram lalu mengeletek pinggang Anita sebagai tanda balas dendam sebab mengenakannya. Apa lagi Anita menjerit mengalahkan orang histeria. Keadaan rumah yang sunyi itu terus bertukar menjadi riuh-rendah walaupun cuma ada dua orang di dalam rumah itu.
“ Ok...aku minta maaf sebab menyamar jadi orang hospital,” Anita mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengalah.
“ Siapa suruh kau, aku ketuk pintu bagai nak rak kat bawah ni, boleh pulak kau kat atas buat tahi mata,” Sambung Anita lagi. Cuba membela diri.
“ Weiii...kau jangan nak tuduh sembarangan hah...orang susah hati fikirkan dia, boleh pulak dia cakap aku buat tahi mata,” Ain meninggikan suaranya. Dia berpura-pura berlagak marah. Kau ingat kau je boleh kenakan aku ek, ha..kau tengok kehebatn Ain Shauqiena berlakon. Habislah kau Anita.
“ Aku main-main je lah. Janganlah serius sangat,”
“ Apa..main-main, kalau aku ada sakit jantung aku dah mati dah tadi, tahu tak,”
“ Ain...sorrylah ok, aku janji tak buat lagi macam ni lain kali,”
“ Tak payah nak berjanji segala. Mulai saat ini, takkan ada lagi panggilan telefon daripada aku. Aku akan delete nama kau dari contacts handphone aku,” Ain masih meneruskan lakonannya.
“ Wei, Ain aku dah minta maaf dahkan ..kenapa kau nak besar-besarkan hal ni,”
“ Suka hati akulah nak besar ke, nak kecil..kau apa peduli,”
“ Ni dah main kasar dah ni,”
“ Ohh...kalau kau buat boleh...aku pun nak juga sekali-sekala kenakan kau,” Ain menunjuk isyarat peace sambil tersengih memandang Anita.
Anita terkebil-kebil memandang Ain. Sekarang barulah dia faham Ain nak pulangkan paku buah keras kepada dia. Apalah Anita ni, lambat pick up betullah....
Sekali lagi rumah itu menjadi riuh-rendah apabila Anita bertindak mengeletek pinggang Ain dan terjadilah aksi kejar-mengejar antara mereka.
Tak cukup ruang di dalam rumah, halaman rumah pula menjadi sasaran. Mengalahkan filem hindustan pulak. Habis taman Puan Salmah di kelilingi oleh mereka. Dalam mereka berkejar-kejaran, Ain terfikir sesuatu yang nakal apabila terpandang pili air dan hose di tepi taman itu. Pantas tangan Ain membuka pili air dan menyiram Anita menggunakan hose yang sedia ada di situ.
Anita yang terkejut tidak dapat mengelak serangan Ain. Manakala Ain pulak ketawa berdekah-dekah, dia tidak dapat menahan hati apabila melihat Anita yang telah basah lencun dibuatnya. Rasa puas hati kerana telah berjaya membalas dendam kepada Anita.
“ Dahlah..Ain aku dah sejuk ni,” Anita menyuruh Ain berhenti menyiramnya sambil menuding jari telunjuknya kearah ke belakang Ain.
“ Ohh...sejuk, alasan...apa kau tunjuk-tunjuk tu...kau nak suruh aku siram bunga ek...supaya kau boleh lepaskan diri ..no..no..no...ibu aku.. ,” Belumpun sempat Ain menghabiskan kata-katanya, dia dikejutkan oleh suara Puan Salmah.
“ Kenapa dengan ibu?,” Ain terkejut beruk mendengar suara ibunya, dia segera menutup pili air. Aduh, habislah kali ni. Apa aku nak kelentong kat ibu ni. Bisik Ain di dalam hati.
“ Tak ada apa-apa bu...Ain nak bagitau Anita yang ibu rajin siram pokok bunga setiap hari, setiap pagi...,”
Puan Salmah mencebik mendengar jawapan Ain. Dia sudah masak dengan perangai Ain. Pandai nak mengayat bila dah buat salah.
“ Dah, pergi masuk, suruh Anita tukar baju, ibu tengok dah kesejukan dah dia tu. Ain pun tukar baju sekali, baju Ain pun dah basah dah ibu tengok tu, pakai baju yang elok sikit,”
“ Tukar baju, kenapa pulak Ain kena tukar baju bu, baju Ain tak basah pun,”
Puan Salmah menunjuk ke arah kereta BMW berwarna hitam yang sedang parking di dalam garaj.” Mirza, nak ajak Ain keluar sebab tu ibu suruh tukar baju.”
Riak wajah Ain berubah saat melihat Syed Harith Mirza turun dari kereta BMW itu dan berjalan menuju ke arahnya. “ Patutlah bau semacam...ada orang baru nak mandi rupanya...,”
“ Bau bukan sembarang bau. Bau-bau orang ni pun, ada juga orang nak ajak keluar..,”
“Jangan nak perasan...kalau bukan mama yang suruh beli cincin kahwin...saya pun tak ingin nak ajak awak keluar tahu tak. Ramai lagi orang lain saya boleh ajak ,”
“ Kalau macam tu awak ajak jelah orang lain tu keluar ok..habis cerita...tak ada apa-apa lagikan..So, silalah balik..,” Ain mengangkat tangannya dan membuat gerakan melambai. Dia naik geram dengan perlian Syed Harith Mirza.
Anita yang tidak tahu apa-apa hanya mendiamkan diri. Dengan keadaannya yang mengigil kesejukan, tidak mengizinkannya untuk mencelah dalam perdebatan antara Ain dan Syed Harith Mirza itu. Lebih-lebih lagi dia sendiri tidak tahu-menahu dengan apa yang telah terjadi selama ketiadaannya..
“ Ain, aku sejuk ni...jomlah tukar baju...,” Anita bersuara setelah tidak tahan dalam keadaan basah lencun itu.
Ain menarik Anita agar mengikutnya. Dia tidak mempedulikan Syed Harith Mirza yang memandang mereka. Entah kenapa dia tidak sebulu dengan lelaki itu. Setiap kali mereka berjumpa pasti akan ada perbalahan antara mereka. Kadang-kala Ain merasakan keputusan mereka untuk berkahwin bukanlah keputusan yang tepat. Jika sekarang mereka terus-menerus bergaduh, bagaimana pula bila mereka sudah berkahwin nanti. Adakah mereka akan temui kebahagian dalam bahterah perkahwinana mereka nanti. Ain berkata-kata dalam hatinya sendiri.
“ Ain...,”
“ Ehmm..,”
“ Lain kali boleh tak jangan lagi sms hantar yang sama berulangkali sampai penuh inbox aku...ok,” dalam keadaan tubuh yang menggigil sempat juga Anita mengingatkan Ain agar tidak mengulangi tabiat buruknya itu.
Ketawa Ain meletus apabila mendengar kata-kata kawannya itu. Dia teringat akan sms yang telah dihantar kepada Anita. Bukan satu tapi berpuluh-puluh jugak sms telah dihantar. Mungkin kerisauannya pada masa itu mendorongnya berbuat begitu. Mahu tak penuh inbox orang tu. Nasib kaulah Anita dapat kawan yang bernama Ain Shauqiena. Seorang gadis yang tidak pernah berhenti dari terus menjadikan hidupnya huru-hara Lantas dia memeluk bahu Anita dan mereka beriringan masuk ke dalam rumah.
Syed Harith Mirza yang masih berdiri di halaman rumah hanya memandang Ain dan Anita yang telah pun meloloskan diri, masuk ke dalam rumah. Dia mengetap bibirnya tanda marah terhadap Ain. Sakit hatinya apabila Ain menghalaunya pulang. Dia tidak mungkin menyerah kalah kepada Ain. Aku akan pastikan kau keluar dengan aku. Tahulah aku macam mana nak buat.Desis hati kecil Syed Harith Mirza.
No comments:
Post a Comment