SeLaMaT DaTang Ke Blog Aini Qirana

Terima kasih semua sebab follow blog Aini. Terima kasih juga sebab baca e-novel yang tak seberapa ini. Lepas baca tu...sila-silalah tinggalkan komen.

Wednesday, June 24, 2015

Cinta Untuk Kamu bab 15


“Dah siap kemas barang ke.” tanya Mirza sebaik saja keluar dari tandas. Selepas jogging tadi Mirza terus mandi, tidak selesa dengan bau keringat yang melekat di badan.

Ain mengangguk lemah. Rasa sedih pulak bila memikirkan selepas ini dia akan tinggal dengan keluarga Mirza. Walaupun untuk sekejap kerana Mirza telah berjanji untuk tinggal di rumah sendiri tapi Ain tetap rasa sedih. Sedih bila memikirkan akan meninggalkan ibu dan ayah.

“Tak payahlah nak bawa baju banyak sangat. Kita bukannya tak balik sini. Lagipun kitakan nak duduk dengan keluarga dulu sebelum kita pindah kat rumah kita.”

“Kalau macam tu, Ain bawa sikit jelah.”

“Lepas majlis resepsi, kita duduk kat rumah parents saya dalam dua minggu. Lepas tu baru giliran rumah parents Ain.  Lepas tu, baru kita masuk rumah kita. Macam mana , ok tak...”

“Ok...sangat-sangat..”

“Good.”

“Bila dah duduk sendiri , kita balik tak rumah parents Ain.”

“ Mestilah balik. Bila Mr Mirza ada cuti kita baliklah, kalau Mr Mirza tak ada cuti, Mrs Mirza boleh datang sendiri jenguk ibu dengan abah. Lepas jenguk ibu dengan abah, jangan lupa jenguk mama dengan papa pulak.”

“Mestila jenguk mama dana papa, barulah fair and square.”

“Anyway...thanks sebab memahami perasaan saya.” mata Ain terus bersinar mendengar kata-kata perihatin dari Mirza. Betapa Mr Mirza begitu memahami situasinya di saat ini. Aik kenapa dengan aku ni, semakin hari semakin cair aku dibuatnya. Adakah ini tandanya ada aura cinta yang hadir dan menyelinap masuk ke dalam taman hatiku perlahan-lahan. Apa aku harus buat ni, haruslah aku menyambut huluran cinta itu atau pun memberi sedikit waktu agar aku bisa mengenali dan memahami dirinya.

“Alah...benda kecil je pun. Apa yang penting, Mrs Mirza tak adalah  sedih-sedih macam budak kecil lepas ni. Maklumlah anak emak.”

“Amboi, bukan main lagi kalau nak mengata orang ek.”

“Ain, budak kecil...,Ain, budak kecil...” Mirza menyakat isterinya sambil memukul kusyen kecil ke  atas kepala Ain berserta gelak jahat yang dibuat-buat.

“ Hish...Mr Mirrza nikan suka sangat nak gelakkan sayalah...bila masa awak ni nak belajar cakap serius...” balas Ain sambil mengelak dari kusyen yang sengaja di pukul di atas kepalanya. Dia meneruskan kerja mengemas beg pakaian mereka walaupun menjadi bahan usikan suaminya.

“Hah...belajar apa, cakap serius.. senang je, dengar ni..serius...serius...serius...tak ada perkataan lain lagi ke nak belajar...” Mirza tersenyum, geli hati dengan Ain yang selalu saja kalut setiap kali mereka berdua-duan.

“Ain mengetis lengan Mirza kerana tidak mahu berhenti menyakatnya.”

Mirza tidak memperdulikan Ain, malah dia semakin meneruskan usikannya.

Ain mengigit bibirnya, menahan geram. Sedang asyik melihat Mirza yang mentertawakannya, Ain mendapat idea. Ain merapatkan dirinya dengan Mirza dan mula mengeletek pinggang lelaki itu. Mirza yang terkejut tidak dapat mengelak. Akhirnya dia yang sendiri kegelian dan minta Ain berhenti mengeletek pinggangnya.

Ain tidak menghiraukan permintaan Mirza, sebaliknya Ain semakin ligat mengusik suaminya. Inilah namanya balasan. Tadi kenakan orang, sekarang rasakan.

Mirza jenuh menyuruh Ain berhenti akhirnya dia pantas menangkap tangan Ain. Ain yang terkejut, tergamam. Dia cuba menarik tangannya tapi genggaman tangan Mirza terlalu kuat. Mata Ain buntang apabila Mirza mendekatkan mukanya ke muka Ain.

Mirza dapat mendengar degupan jantung Ain yang berdenyut kencang. Jelas kelihatan bibir Ain yang merah dan mungil di ruang mata Mirza. Ain menutup mata rapat apabila Mirza semakin berani mendekatkan wajahnya. Mirza tersenyum melihat reaksi spontan Ain, muncul idea nakal dalam fikiran Mirza.

Ain masih menutup mata, dia tidak berani untuk melihat apa yang Mirza cuba lakukan. Ain memberanikan diri untuk mencuri pandang dan “cup...” sepantas kilat bibir Mirza mendarat di atas bibir Ain. Ain yang tergamam and terkejut tidak mampu untuk mengelak. Ain segera menutup bibirnya dan membuka mata perlahan-lahan. 

Kelihatan Mirza sedang berdiri berdepan dengannya. Ain berpaling dari memandang wajah Mirza. Wajahnya merona merah. Malu sangat-sangat.

“Mr Mirza..kenapa awak buat ..." pertanyaan Ain terbantut tatkala terpandang wajah Mirza yang mengukir senyuman nakal di depannya.

“Buat apa...,”

“Ehmm...tak ada apa-apalah...,”

Ain, saya tahu awak malu kalau kita duduk berdua-duaankan. Saya suka tengok gelagat malu-malu kucing awak tu.

“Dahlah tu jangan nak senyum kambing je...cepat tolong angkat beg ni.” Ain berlagak selamba. Berpura-pura seolah-olah babak romantis sebentar tadi tidak pernah berlaku. Dalam hati tuhan saja yang tahu. Suhu badan pun terus naik...rasa panas semacam je sekarang ni. Kejutan ni memang sangat -sangat mengejutkan. Tulah asyik nak tunggu kejutan konon sekarang kan dan terkejut beruk. Entah-entah beruk pun tak terkejut macam aku sekarang ni.
 “Aik...cepatnya berkemas.”

“Tulah...asyik ketawa je...tangan langsung tak bekerja.”

“Amboi, mulut...apa guna ada isteri...kalau suami kena kemas baju sendiri.”

“Baiklah..encik suami, lawan cakap dengan awak ni tak ada guna...bukannya boleh menang pun menambahkan sakit hati lagi ada.”

“Tahu tak apa.”

Beg sudah pun bertukar tangan. Ain membuntuti Mirza untuk berjumpa kedua orang tuanya. Mereka akan pergi terus ke hotel manakala ibu dan ayahnya akan menyusul kemudian. Majlis resepsi malam ini diurus sepenuhnya oleh mama Mirza.


“Hah...dah turun pun pengantin baru kita. Ingatkan tak nak keluar dari bilik tu.”Encik Azman mengusik anak gadis dan menantunya.

“Abah ni...ada-ada je, buat apa nak duduk lama-lama dalam bilik...bukannya ada apa-apa pun..,” balas Ain dengan wajah yang merona merah. Malulah tu.

“Iya ke...macam tak percaya je...”

“Hish, abang ni dahlah tu...kang merajuk anak awak tu, jenuh pulak nak pujuk.” pintas Puan Salmah. Tidak mahu suaminya terus-terusan mengusik anak dan menantunya.

“Duduklah, yang tercegat tu kenapa...kamu sarapan dulu baru gerak. Ops..ibu lupa..ada orang tu dah ada suami yang pandai memasak. Awal-awal lagi dah sediakan sarapankan abahnya.” sambung Puan Salmah.

Ain hanya tersenyum tanpa sebarang komen. Kedua-dua mereka menarik kerusi dan duduk. Ain melihat sarapan yang terhidang di atas meja sama dengan sarapan yang disediakan oleh Mr. Mirza, rajin pulak dia ni sediakan sarapan untuk semua orang.

“Ibu...abah...Mirza dengan Ain dah nak gerak ke hotel. Mama nak kami datang awal.”

“Nanti petang, saya hantar driver ambil ibu dengan abah.” sambung Mirza lagi.
“Hish..tak payah susah-susah Mirza, nanti abah drive sendiri.”

“Kalau abah dah cakap macam tu, tak apalah...kita jumpa kat hotel.”

“Iyalah.”

“Abah..kami gerak dululah.” Mirza bersalam dengan kedua ibubapa mertuanya kemudian diikuti oleh Ain.

“Hati-hati bawa kereta tu.” pesan Puan Salmah

“Baik ibu.” jawab Mirza.

Puan Salmah dan Encik Azman mengiringi anak dan menantunya dengan pandangan yang kosong dari mereka masuk ke dalam kereta sehinggalah kereta perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah. Hati ibubapa manalah yang tidak sedih mengenangkan anak akan mengikut suami dan hidup sendiri. Hanya doa yang mampu dititipkan buat bekalan mereka dalam menempuh alam rumah tangga, semoga mereka bertemu kebahagian hingga ke Jannah. Amin

No comments:

Post a Comment