Assalamualaikum...assalamualaikum
Kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah. Ain yang sedang leka melayari internet segera menghentikan jari-jemarinya. Dia segera angkat punggung, berjalan ke arah pintu utama rumah. Dia memulas tombol pintu sebaik sahaja membalas salam.
“ Aunty...uncle, masuklah..,” Ain mempersilakan tetamunya masuk ke dalam rumah.
“ Aunty, uncle...sila duduk,” Pantas tangan Ain mengemas laptop dan beberapa fail yang berterabur di atas meja untuk dibawa ke dalam bilik nya.
“ Aunty...uncle, duduk kejap ye, Ain panggil ibu dengan abah kat atas,”
Tan Sri Syed Hisham dan Puan Sri Zawiyah mengganggukkan kepala sambil tersenyum. Mata mereka leka memerhatikan susun atur ruang tamu itu. Sudah terlalu lama mereka tidak menjejakkan kaki ke rumah itu. Ruang tamu rumah itu terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian untuk ruang santai dan satu lagi ruang untuk tetamu yang datang.
Ada perasan kagum dalam diri Puan Sri Zawiyah tatkala melihat perhiasan dinding yang tergantung di dinding rumah itu. Kebanyakan perhiasannya terdiri dari bingkai ayat-ayat suci dan bingkai lukisan bercorak abstrak serta terdapat satu sudut yang memaparkan beberapa frame gambar keluarga serta gambar ketiga-tiga anak Encik Azman semasa graduate.
“ Apa khabar, Tan Sri, Puan Sri...,” tegur Encik Azman sebaik sahaja turun dari tingkat atas.
“ Alhamdulillah, sihat...abang Man macam mana,”
“ Macam nilah...Tan Sri...dah lama duduk rumah, rasa bosan pulak,”
“ Tak pelah ..abang Man, rehatkan badan...,”
Seketika kemudian, Puan Salmah keluar dari dapur sambil menatang dulang yang berisi minuman untuk tetamu.” Jemputlah minum, Tan Sri, Puan Sri,”
“ Susah-susah je..kak Mah,” ujar Puan Sri Zawiyah
“ Hish...tak adalah...,”
“ Mana Mirza, tak ikut sekali,” tanya Puan Salmah.
“ Ehmm..apa lagi...kak Mah, jumpa kawan-kawan lama dialah tu, orang baru balik lah katakan. Dia kirim salam dengan abang Man dan kak Mah,”
“ Walaikumsalam,” jawab Encik Azman dan puan Salmah serentak.
“ Makanan dah siap dah ke, Mah,” tanya Encik Azman kepada isterinya.
“ Dah siap dah, Ain tengah hidangkan tu,” jawab Puan Salmah. Tadi semasa dia membancuh minuman untuk tetamu, dia sempat memyuruh anak gadisnya memanaskan lauk untuk makan malam.
“ Tan sri, Puan Sri, jemputlah makan malam, semuanya dah terhidang kat atas meja dah tu,” Puan salmah mempelawa tetamunya untuk menikmati hidangan makan malam.
“ Wah..langkah kanan betullah kita malam ni,’ ujar Tan Sri sambil ketawa kecil.
Mereka beriringan menuju ke meja makan. Kelihatan Ain yang baru sahaja keluar dari dapur sambil membawa jag air. Dia menuang air untuk semua orang, kemudian duduk bersebelahan dengan ibunya.
Keadaan menjadi sunyi seketika, masing-masing leka menikmati hidanagn makan malam. Hanya sesekali terdengar suara Tan Sri Syed Hashim dan Encik Azman bercakap.
Selesai makan malam, Encik Azman mengajak Tan Sri Hisham duduk di ruang santai sambil menonton siaran berita. Sudah menjadi kewajipan bagi Encik Azman untuk menonton siaran berita pada pukul 8.00 malam. Dengan cara itu dia dapat mengetahui perkembangan semasa dalam dan luar negeri.
Sementara itu, Ain pulak mengemas meja makan dan di bantu oleh Puan Sri. Walaupun sudah berkali-kali dilarang oleh Puan Salmah. Tapi Puan Sri tetap degil mahu membantu.
Selesai menbasuh pinggan, Ain meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Ada sedikit kerja yang perlu disiapkan. Beberapa hari yang lalu, sahabat karibnya, Anita, ada meghubunginya, meminta Ain menolongnya menyiapkan kerjanya.
Puan Sri Zawiyah hanya memerhatikan langkah Ain berlalu meninggalkan dirinya dan Puan Salmah.
“ Kak Mah, macam mana dengan hal hari tu,”
“ Saya tak boleh bagi jawapan lagi, Puan Sri. Saya dah tanyakan tapi tuan punya diri tak buka mulut pun lagi,”
“ Macam mana kalau saya tanya sekarang, rasa-rasa dia dah ada jawapan tak..,”
“Saya tak tahu pulak, tapi elok juga kalau Puan Sri sendiri yang tanyakan,”
************************************
Ain leka meneliti hasil kerja yang di taip di screen komputer. Setelah puas hati, Ain menekan butang save.
“ Tok..tok..,” bunyi pintu diketuk dari luar.
“ sk..siapa pulak ni,” desis hati Ain. Dalam keadaan malas, dia berdiri juga, melangkah ke arah pintu.
“ bu...auntie,” Ain jadi kaku seketika.
“ Boleh kami masuk...,” tanya Puan Salmah sambil tersenyum.
“ Hah...bo...boleh..masuklah..,”
“ Kamu ni kenapa, Ain,” tanya Puan Salmah lagi, tidak puas hati malihat Ain yang masih dalam keadaan kalut.
“ Tak de apa-apa ibu, Ain ingatkan kawan Ain datang tadi,”
“ Kawan kamu janji nak datang ke,”
“ Tak adalah...manalah tau, kot-kotlah kan dia rajin datang...,”Ain menutup daun pintu perlahan.
“ Ain mari duduk sini..,” Puan Salmah mengamit Ain untuk duduk di antara dia dan Puan Sri Zawiyah.
Ain jadi binggung melihat tingkah ibunya dan Puan Sri Zawiyah. Terasa diri seperti penjenayah yang nak di soal siasat sahaja. Namun dia tetap menurut kata ibunya. Ain cuba buat selamba. Tangannya membuka helaian demi helaian majalah yang sempat dicapainya sebelum duduk tadi.
“ Ain, kalau auntie tanya sikit boleh tak,” Tiada jawapan yang disuarakan Ain. Sekadar mengangguk sahaja. Macam burung belatuklah pulak lagaknya.
“ Auntie nak tanya Ain tentang lamaran uncle dan auntie untuk Mirza tu, macam mana, Ain setuju tak,”
Seperti orang yang terkena renjatan elektrik sahaja reaksi Ain saat mendengar pertanyaan itu. Buat seketika terasa masa seolah-olah terhenti. Otak Ain masih berputar-putar untuk membuat keputusan dengan kadar yang segera. Walaupun sudah berkali-kali diingatkan oleh ibunya tapi Ain tidak pernah memberikan keputusan muktamad. Nampak gayanya, Ain tak ada pilihan lain. Ini memang betul-betul keputusan terjun punya.
Tidak sanggup hati ini untuk menyakiti perasaan ibu dan auntie Zawiyah. Ain tahu ibu suka kalau Mirza jadi menantu mereka, begitu jugak sebaliknya. Biarlah Ain berkorban demi kasih sayang dan ketaatan Ain terhadap kedua orang tuanya dan demi budi yang telah ditaburkan keluarga Tan Sri Syed Hisham terhadap mereka.
Puan Sri Zawiyah dan Puan Salmah masing-masing menunggu jawapan dari mulut Ain dengan debaran yang sukar untuk digambarkan. Adakah mereka akan dengar jawapan yang mereka inginkan ataupun sebaliknya. Mereka perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Akhirnya...Ain tersenyum memandang umi dan auntie Zawiyah Sambil menanggukkan kepala perlahan-lahan tanda setuju.
Kelihatan kedua-dua wanita itu menghembus nafas lega. Berpuas hati dengan jawapan yang di berikan oleh tuan punya badan. Terserlah senyuman kegembiraan di bibir mereka.
Mampukah seorang wanita yang bernama Ain Shauqiena memupuk perasaan cinta dan sayang terhadap insan yang bernama Syed Harith Mirza. Walaupun hatinya penuh dengan perasaan benci terhadap lelaki itu, siapa sangka lelaki itu jugaklah yang akan menyandang gelaran suami dalam bahterah rumahtangga yang bakal mereka layari. Sempat lagi Ain bermonolog .
No comments:
Post a Comment